Lauk Ringkas yang Mengundang Selera!

2:02 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga Amie tidak kongsi resipi dari dapur sendiri. Sempat jugalah ambil gambar masakan yang ringkas untuk hidangan makan dengan nasi. Akhirnya yang terpaksa habiskan kita sendiri! Dua beranak lagi makan lauk lain. Encik Suami pun sudah pandai panggang ikan dan ayam gunakan air fryer. Jadi, bertambah malaplah asap di dapur kita!

Amie paparkan Ikan Bilis Goreng yang menjadi kegemaran sejak kenal ikan bilis dan tahu ikan bilis itu sedap. Kalau tidak ada selera makan bolehlah sediakan lauk begini. Hidangkan dengan nasi panas atau bubur nasi!

Nak sediakannya tidaklah susah. Ada ikan bilis, bawang dan cili sudah mencukupi. Terpulanglah nak gunakan bawang merah atau bawang besar. Kalau nak pedas gunakan cili padi. Tak mahu pedas hiriskan saja cili besar merah atau hijau. Amie tambah kacang gajus sebagai bonus. Untuk rasa lebih lazat, jangan lupa hiriskan halus-halus halia muda. Hirisan halia itu nanti bolehlah dikunyah sekali waktu makan. Mula-mula goreng kacang gajus dulu. Angkat dan toskan. Kemudian goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan. Akhir sekali gorengkan halia, bawang dan cili. Takk perlu goreng garing. Nampak layu bolehlah angkat. Gaul bersaa ikan bilis dan kacang gajus.

Terakhir, renjiskan kicap lemak manis lebih kurang dua sudu besar, dan juga cuka. Nak rasa masam-masam manja bubuh sesudu besar saja. Nak rasa lebih masam bolehlah tambah ikut citarasa. 

Ikan Bilis Goreng


Ada lagi lauk lain yang kita suka tetapi Encik Suami tak mahu sentuh. Kita pun faham, Encik Suami takut makan yang masin-masin macam ikan masin. Kita nak makan ikan terubuk masin jadi kita pun gorenglah seperti hasilnya di bawah ini :Ikan Terubuk Masin Goreng.

Cuci ikan terubuk masin dan toskan seketika. Hiris kecil. Tak perlu buang sisik. Goreng hingga garing. Gorengkan hirisan bawang besar dan cili (cili padi atau cili besar) hingga layu. Hidangkan bersama ikan terubuk masin tadi dan jangan lupa perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.

Lauk begini kalau ada rakan yang seangkatan dengannya memang boleh menambah-nambah nasi dalam pinggan. Kalau Amie biasanya hidangkan dengan sayur bayam masak bening dan sambal belacan.... perghhhhh! 


Ikan Terubuk Masin Goreng

13 comments

  1. Walaupun samar2 asapnya namun tetap nampak berselera menikmatinya. Lauk ni sy memang tak boleh, bocor periuk nasi dibuatnya.

    BalasPadam
  2. Aduh Amie! Dua jenis lauk ni saja, dah boleh makan nasi bertambah tambah! Tak payah dah lauk lain hah..hah... diet ke laut!

    BalasPadam
  3. Ikan bilis simple ni memang kesukaan uncle... nak nak kalau waktu sahur

    BalasPadam
  4. lauk simple macam ni selalu masak kalau dah jemu makan masakan berkuah. tapi tulah menambah-nambah nasi

    BalasPadam
  5. sedapnya ikan bilis goreng tu. makan dgn nasi panas2 boleh bertambah tambah nasi.

    BalasPadam
  6. ramai kawan goreng ikan pekasam macam akak ni, katanya boleh bertambah makan. Dana je tak pernah buat takut sebab ada darah tinggi hhehee...

    BalasPadam
  7. Kadang yang ringkas tu lah nasi bertambah

    BalasPadam
  8. Wahh..memang berselera lauk ni Kak Amie. Lauk ikan bilis kak Amie versi kayangan tu ada kacang gajus. Sedapnya ikan terubuk masin. Suami saya pun tak suka makan ikan masin. Tak ada teman nak makan ikan masin. hehe...

    BalasPadam
  9. Ya allah...kalau lauk macam ni....memang mengundang bahaya..confirm lepas makan mennagis tepi sofa...hehehe...rosak diet

    BalasPadam
  10. Terliur saya.
    Nanti hendak cuba letak gajus macam Puan Amie buat.

    BalasPadam
  11. Ingin tahu rasa kacang gajus itu seperti apa. He he ..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe