Makan Nasi Lemak & Sate di Morio Food Garden, Harbour Mall, Sandakan

8:07 PTG

Walaupun banyak restoran di sekitar Hotel Elopura tetapi hati terpaut untuk mencari makan di Morio Food Garden, Harbour Mall yang letaknya di hadapan hotel. Dari pintu hotel untuk sampai ke mall hanya dipisahkan oleh tempat letak kereta pengunjung hotel.


Banyak jugalah pilihan gerai makanan yang ada di sini. Kami membeli nasi lemak, sate dan mango bingsoo sebagai pencuci mulut. Encik Suami tidak berminat minuman manis. Oleh kerana tidak nampak gerai minuman panas, jadi, dibelinya dua botol mineral water.


Nasi lemak boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Lauknya pun pelbagai. Istimewanya di sini, nasi lemak diiringi dengan semangkuk kecil sup kosong!

Nasi Lemak Biasa

Nasi Lemak Ayam Goreng

Nasi Lemak Rendang Ayam



Sate ayam, daging dan paru serta nasi himpit.

Bismillahirrahmanirrahim.





Nasi Lemak Ayam Goreng ini Firdaus punya. Besar saiz ayam gorengnya. Lauk asas nasi lemak termasuklah sambal tumis, ikan bilis dan kacang tanah goreng serta telur rebus. Ada sesuatu yang agak menarik dalam hidangan nasi lemak ini. Biasanya ada hirisan timun, tetapi dalam pinggan nasi lemak kami ada acar timun!



Kesemua pinggan nasi lemak kami ada acar timun campur lobak!
Pada mulanya rasa pelik sedikit tetapi apabila Amie makan dengan meminta sedikit rendang ayam Encik Suami, rasa sedaplah pula!


Nasi lemak pilihan Amie ini nasi lemak biasa, ada telur mata sebelah. 


Lain padang lain belalang. Lain daerah lain hidangan nasi lemaknya. Memang ada kelainan rasa apabila makan nasi lemak dengan acar timun, tetapi apabila acar bertemu rendang ayam timbullah rasa yang unik tapi enak sekali!


Mango Bingsoo ini sangat sedap. Amie makan berdua dengan Firdaus tapi kita cuma dapat seketul mangga saja. Selebihnya masuk perut Firdaus.... ahaks!



Selepas makan nasi lemak dan sate, kami jalan-jalan jamu mata di tingkat bawah.  Sewaktu masuk mall, memang mata sudah terpikat dengan pelbagai blouse. Kononnya selepas makan hendaklah beli sehelai dua. Setelah perut kenyang, rasa malas pula hendak memilih blouse. Betul kot kata orang, kalau hendak berbelanja tunggu waktu perut kenyang. Ketika itu nafsu untuk membeli akan hilang!


Sebelum masuk ke hotel, bersiar-siar dahulu di tepi laut, ambil angin malam yang bertiup dari Laut Sulu.

14 comments

  1. Teringin nak ke Borneo. Ramai kawan masa belajar dari Labuan. Sebelum ni ramai offshore crew dari Sabah.

    BalasPadam
  2. Wahhh.. pelbagai cara rupanya untuk menikmati nasi lemak. Biasa makan dengan timun atau pernah juga makan dengan kacang panjang mentah semasa ke Tganu. Sedap jugak rupanya jika dimakan dengan acar timun, lebih lagi sedap sebab ada rendang.

    Daus, boleh ke acik minta mango satu ketul?

    BalasPadam
  3. meriah sungguh menunya
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. macam² makanan ada.

    BalasPadam
  5. Kat sana popular betul sate ya..Saya suka sate daging..Eh,makan nasi lemak dengan acar tu macam sedap jer..teringat nasi dagang pulak ni

    BalasPadam
  6. unik betul nasi lemak ada sup kosong dan acar timun. seronok Firdaus dapat ayam goreng

    BalasPadam
  7. sedapnya tgk mango bingsu tu..yummyy

    BalasPadam
  8. Teringin nak pi Sandakan ... dengar kata makanan laut nya fresh dan murah ;)

    BalasPadam
  9. besar sungguh portion untuk nasi lemak tu kak oi....

    BalasPadam
  10. Banyak portion Nasi lemak..satay tu macma biasa menggamit selera...kalau dapat time panas- panas lagi best kan kak

    BalasPadam
  11. Rare betul nasi lemak dengan acar timun. Tambah ada rendang ayam pulak tu kan. Sup tak pernah tinggal kalau makan kat sana kan. Keunikan hidangan di kedai kedai sabah. Ohh macam tu ye, rasa malas nak shopping bila dah kenyang.

    BalasPadam
  12. Ya betul. Kena tunggu kenyang baru nafsu membeli kurang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe