Makan Snek Korea Halal di Mukbang Lab Cafe

1:54 PTG

Firdaus asyik ulang-ulang sebut nak makan tteobokki. Pernah sekali anak buah belanja dia makan, itu yang dia ulang-ulang macam sedap sangat tteobokki pada seleranya. Kebetulan pula sewaktu di Semporna kami ternampak tempat makan Korea halal Mukbang Lab Cafe. Jadi kami singgah di situ. Sayangnya tteobokki yang Firdaus cari tidak ada, katanya stok untuk hari itu sudah habis. Kami pun datang pada waktu malam! Kalau datang siang, mungkin sempat makan tteobokki.

Tteobokki ialah sejenis snek Korea yang diperbuat daripada kek beras lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. Kita pernah makan tteobokki sewaktu jalan-jalan ke Korea Selatan. Kalau dibandingkan dengan rasa tteobokki di negara kita sudah tentulah ada sedikit sebanyak beza rasanya. Barangkali olahan di tempat kita mengikut cita rasa orang kita.


Monyong jew mukanya tak dapat nak makan tteobokki. Nantilah kita cari tteobokki ye dik.
Kami memesan:
  • Green Tea
  • Honey Lemon
  • Salted Caramel Ice Cream
  • Teriyaki Chicken
  • Okonomiyaki
  • Set Sushi Party Small


Green Tea & Honey Lemon

Salted Caramel Ice Cream


Amie pujuk Firdaus, gantikan tteoboki dengan Teriyaki Chicken. Apabila ditanya, sedap tak? Terus Firdaus angguk dan habiskan 4 ketul ayam teriyaki itu. Muka yang monyong pun kembali ceria.


Tak tahulah apa rasa Teriyaki Chicken di Mukbang Lab Cafe ini sebab Firdaus makan seorang diri.

Okonomiyaki

Kita makan lempeng Jepun dan Korea Selatan yang dipanggil okonomiyaki. 


Biasanya makan takoyaki, tapi kali ini cuba okonomiyaki pula.

Tempura

Datang pula satu pinggan berisi tempura, sejenis makanan Jepun berupa makanan laut dan sayur-sayuran yang dicelup dalam adunan tepung dan digoreng sehingga kekuning-kuningan.

Set Sushi Party Small

Hidangan terakhir sampai ke meja ialah sushi yang didatangkan bersama sos masin dan wasabe. Wasabenya pula tidaklah menakutkan seperti selalu (yang bagi tembus hidung).  Wasabe nampak lebih cair dan kurang menyengat. Jadi, tidaklah rasa pedas macam terus tembus dari rongga hidung masuk ke otak!

13 comments

  1. Anak-anak saya lebih gemar makan nasi goreng.. Senang le sikit.. Hihi

    BalasPadam
  2. Kesian Firdaus tak dapat nak makan tteobokki. Muka monyok je. Harap adalah rezeki Firdaus makan tteobokki nanti. Okay juga ada ayam yang boleh hilangkan monyok dia kejap. Suka tempura. Tapi itulah makanan snek korea ni kenyang kejap je. Hehe...

    BalasPadam
  3. Tak silap saya ada tteobokki frozen. Tapi entah lah di LD sana ada ke tidak. Menarik kedainya, makanan Jepun pun ada

    BalasPadam
  4. Hihihi...habis juga 4 ketul ayam ye Daus .
    Okonomiyaki...saya baca mula macam ekonomiyaki🤣
    Ada macam rupa takoyaki versi lempeng .Nampak sedap.

    BalasPadam
  5. Alahai kesiannya Daus....takpe..next time boleh makan lagi kan.... teriyaki chicken pun sedap kan...x pedas pun...

    BalasPadam
  6. Hehe hilang monyong Firdaus.
    Kena datang lagi pada waktu lain.

    BalasPadam
  7. ala siannya dia, monyok je. next time ye makan yer, this time leh try makanan baru plak..

    BalasPadam
  8. bdk2 mmg suka Tteobokki..sian firdaus monyok je ye...tkpe nanti cari tmpt lain...gelas air tu cantik

    BalasPadam
  9. sedapnya.. takpe, nnti singgah lg ya firdaus..

    BalasPadam
  10. Nampak sedap semuanya kak... sian tengok muka monyok Daus tu, harapnya dapatla makan teobokki yg diingini tu nanti ya

    BalasPadam
  11. Ala.. ciannya Firdaus tak dapat makan teobokki eh..

    BalasPadam
  12. Kesiannya Daus. Cuba tengok di pasaraya, ada jual kek berasnya kak Amie, sos pun ada jual. Baca label dulu sebab ada yg mengandungi alkohol. Sy rasa (walaupun tak pernah pergi Korea) sos topokki di Malaysia ni lagi sedap kot, hihi.

    BalasPadam
  13. Kasihan Firdaus tak tertunai hajat nak makan tteobokki

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe