Hidangan Turki di Little White Turkish Cuisine

4:16 PTG

Jom jalan-jalan cari makan di Sandakan. Agak lama juga tidak berkunjung ke sana.  Pagi Sabtu 12 Mac 2022, seawal pukul 8 pagi kami bertolak dari Lahad Datu dengan menaiki kereta. Encik Suami memandu perlahan sahaja kerana banyak jalan berlopak dan berkurap. Beberapa kali jugalah kami singgah di stesen minyak. Entah di mana silapnya, perut kita memberontak sepanjang jalan!

Berhati-hati di jalan yang rosak, mengelak lubang dan yang seumpama dengannya mengambil masa lebih 3 jam! Jarak perjalanan lebih kurang 175 kilometer.

Kami singgah makan tengahari di Little White Turkish Cuisine di Bandar IJM Sandakan.


Untuk melepaskan rindu masakan Turki bolehlah menjamu selera di Little White Turkish. Hidangannya tidak mengecewakan. Apakan daya, jauh juga perjalanan dari Lahad Datu untuk selalu datang ke sini selalu. 
Antara menu yang kami pesan termasuklah:
  • Turkish Pizza Pide Turkish Pepperoni
  • Turkish Shish Kofte Beef Shish (Fries)
  • Chicken Doner Kebab (with Rice)
  • Turkish Tea Apple
  • Turkish Coffee
  • Basbusa
  • Milo (Cold)
Sementara menanti hidangan disajikan, sempatlah meninjau dekorasi dalam restoran. Kesemua hiasan dinding dan siling mempunyai ciri-ciri budaya Turki. Apabila terpandang gambar Ephesus, seakan-akan sedang bergambar di sana. Terkenanglah juga Cappadocia, tempat kita naik belon panas pada tahun 2017.


Tiba-tiba teringin hendak jalan-jalan lagi ke negara yang berada di antara benua Asia dan Eropah ini. Kalau boleh ingin mencemar duli ke kawasan yang belum pernah dijejaki.


Uniknya budaya pelbagai masyarakat di bumi Allah ini. Melihat lampu sahaja pun sudah tahu identiti masyarakat sebelah mana. Apa lagi dengan hasil kraftangan yang tinggi mutunya seperti hamparan kain yang direntang di siling.


Ketika kami pesan makanan, Amie memilih Turkish Pizza Pide Turkish Pepperoni. Pelayan di situ tunjukkan kami sosej yang tergantung di ruang hadapan restoran. Katanya, itulah sosej pepperoni buatan Turki yang dijadikan salah satu bahan dalam pizza.


Ini ialah simit iaitu sejenis roti bundar, ditaburi dengan bijan,  biji poppy, rami atau bunga matahari. Kalau pernah ke Turki memang wajiblah jumpa simit sama ada sebagai makanan jalanan atau hidangan di hotel. Amie pernah buat simit di dapur sendiri.


Budak Firdaus ini tak sabar menunggu makanan tengaharinya.

Chicken Doner Kebab (with Rice)

Encik Suami memesan Chicken Doner Kebab (with Rice). Memang sungguh sedap! Terasa seperti makan tengahari di Restoran Tamara di Istanbul. Beras yang digunakan ialah beras basmathi dari Turki dan memang ada perbezaan dengan nasi dari beras Basmathi yang biasa kita makan.

Turkish Pizza Pide Turkish Pepperoni.

Ada pelbagai pilihan pizza, tetapi Amie memilih Turkish Pizza Pide Turkish Pepperoni. Firdaus memang nampak tak sabar, nak terkam pizza.... ahaks! Katanya dia ingin menikmati mozzarella cheese!

Turkish Shish Kofte Beef Shish (Fries)

Ini menu pilihan Firdaus. Dia mesti nak cari kentang goreng! Set Kofte Beef menjadi pilihannya. Kita pula yang terliur melihat kofte beef dalam pinggannya!


Firdaus pun tak habis makan kelima-lima kofte beef itu. Apa tidaknya, sebelum makan hidangannya sendiri, sudah cukai sekeping pizza dari pinggan kita.... ahaks! Akhirnya Firdaus minta kita dan Encik Suami habiskan kofte beefnya. Sedap!


Turkish Tea Apple

Jemput makan.
Bismillah.



Kita makan dua keping pizza ini pun dah rasa kenyang!

Bergelas-gelas kita minum Turkish Apple Tea.
Jika ingin rasa manis, bolehlah tambah sedikit gula pasir ke dalam gelas.
Minuman panas ini membuatkan kita berpeluh-peluh!


Setelah hampir habis apple tea, pelayan restoran mempelawa untuk menambah air panas lagi kerana apple tea (dalam saringan) masih boleh keluarkan rasa.  Kami pun minta tambah lagi untuk minum-minum sambil menikmati basbusa.

Basbusa.

10 minit sebelum menjelang pukul 2 petang kami tinggalkan Little White Turkish Cuisine untuk daftar masuk ke hotel di bandar Sandakan.

Boleh singgah makan di sini:
Little White Turkish Cuisine,
Lot 19, Block C,
Utama Place 1,
Batu 6, Jalan Utara,
Bandar IJM, Sandakan, Sabah.




12 comments

  1. Teruja plak SA tengok Apple tea tu...mesti sedap tu...

    BalasPadam
  2. nasib baru semalam makan dekat restoran turki..klu x kecur ni kak amie..hii hii..kofte tu sedap..klu kt pakistn di pnggil kofta..tp sama je rupanya..rasa pun sama

    BalasPadam
  3. Nampak sedap makanan kat sini, saya tak pernah lagi rasa masakan Turkish..

    BalasPadam
  4. Teringin pulak rasa simit tuh!! Alaaa. nak cari kedai makan Turkish pulak lah nanti.. hehee.. Sebab terbaca entri nih... Aduh

    BalasPadam
  5. Nampak besar portion.. Kalau saya mesti tak habis. Hehe. Saya pun teringin nak berjalan-jalan lagi

    BalasPadam
  6. sedap nampak semua menu turkish ni

    BalasPadam
  7. menarik cafe nya. Simple dan santai. Menu pun nampak sedap.

    BalasPadam
  8. Aduhai, terliur tengok menunya! Saya tengah teringin nak makan simit ni, kak. Tapi malas nak keluar cari sebab restoran turki jauh dari rumah :)

    BalasPadam
  9. Teh epal Turki memang sedap.
    Memang kena selera saya makanan Turki. Hehe. Nampaknya kena juga tekak Puan Amie.

    BalasPadam
  10. Teringin pula apple tea tu ..kena pula dengan basbusa...mmmm teliur..terliur nih!

    BalasPadam
  11. semua nampak sedap kak... simit tu rasa manis ke tawar kak? kalau tengok Daus makan sentiasa berselera dia...

    BalasPadam
  12. Menarik dekorasi restaurant Turkish ni mengikut tema. Sesekali bertukar selera ke timur tengah pulak kan. Roti tu menarik minat untuk mencuba.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe