Green World Hotel

5:17 PTG

Setiap kali menuju ke pekan Semporna, pasti akan terpandang bangunan hotel yang unik ini. Letaknya di sebelah kiri jalan arah ke pekan. Uniknya disebabkan ada tumbuhan hijau menjalar terjuntai menutupi sebahagian bangunan. 

Entah bagaimana, sampai pula jodoh kami untuk bermalam di sini pada hari Isnin lepas. Satu daripada daya tarikannya, sudah tentulah ada tempat letak kereta di kawasan tersebut. Kita terbaca ulasan yang kurang baik, tetapi kita buat-buat tak nampak. Antara ulasan pengunjung termasuklah:

  • Breakfast choice is too limited.
  • Breakfast was minimal, could be improved to increase selection.
  • Breakfast should be buffet.
Kebanyakan ulasan tentang sarapan menyampaikan maksud yang sama seperti di atas. Kita bayangkan sekurang-kurangnya keadaan sarapannya  1/2 daripada apa yang dihidangkan di Borneo Royale Hotel. Dua-dua hotel memang berbintang, dan beza harganya hanya lebih RM5.57 sen sahaja di Borneo Royale Hotel.

Jom kita daftar masuk ke Green World Hotel yang terletak di KM 1, Jalan Bubul, Taman Bandar Semporna, Semporna, Malaysia, 91307.

Sumber : Google

Selamat datang pengunjung cilik!


Suasana dalan bilik 305. Bersih dan kemas.


Firdaus terus merebahkan dirinya di atas tilam.



Kuat betul Firdaus tidur sejak suntikan vaksin dua hari sebelumnya.
Syukurlah sehingga ke hari ini tidak ada keluhan demam atau sebarang alahan.


Sebentar lagi akan berbunyilah air mendidik dari cerek.

Bolehlah hirup secawan kopi atau secawan teh sebelum meronda pekan Semporna  sebentar lagi.


Toiletnya pun kemas dan bersih.



Terfikir-fikir juga, hendak mandi sekarang atau mandi selepas jalan-jalan?
Baiklah mandi selepas balik dari jalan-jalan kan?



Melihat Firdaus masih lena tidur, kita pun ikut sama lelapkan mata.
Rasanya seperti duduk dalam bilik di rumah sendiri sebab apabila toleh arah langsir terpandang pokok-pokok hijau nan rendang.

Keesokan paginya, Encik Suami mahu segera daftar keluar. Katanya, ada kerja sedang menunggu di Lahad Datu. Baiklah. Mari kita turun bersarapan.


Selamat pagi Firdaus.


Nampaknya Firdaus kenalah belajar berdikari, duduk sendiri ketika bersarapan pagi.
Ada dua pilihan minuman panas iaitu kopi dan teh serta air mineral.


Makanan dihidangkan terus kepada pengunjung.


Inilah menu yang dihidangkan kepada setiap pengunjung sebagai sarapan pagi : sebatang popia, dua ketul nugget ayam, kuetiaw kering goreng dan sambal tumis. Sedap juga hidangannya. Habis licin kami makan. Firdaus hanya makan nugget ayam dan separuh popia sahaja.

Selesai bersarapan, kami terus daftar keluar hotel.


12 comments

  1. Ikut keadaan ada hotel pilihan makanan memang sedikit. Asal sedap dan berasa.

    BalasPadam
  2. wah sonok firdaus dapat tido hotel lagi hehehe

    BalasPadam
  3. Betullaah tu komen tu eh.. hehe.. tapi takpa.. bekpes tmpt lain ada.. asalkan makanan itu bersih, sedap dan mengenyangkan dah mencukupi.. kan...

    BalasPadam
  4. simple jgk breakfast dia, tp yg penting kenyang dan sedap..

    BalasPadam
  5. hotelnya nampak comfort dan clean ya kak amie...firdaus kelihatan senang rebahan di situ hihi
    sarapannya menggiurkan...kwetiaw nyammmm

    BalasPadam
  6. unik bangunannya makan sikit ja ya daus nmpk kurus sikit

    BalasPadam
  7. Wah ..., Senangnya nginap di hotel bawa anak kecil. Tahun depan mungkin Firdaus tak mau lagi diajak ikut Emaknya. Karena dia sudah besar. He he. Selamat malam minggu dobat Amie

    BalasPadam
  8. Cantik hotelnya serba putih dengan tema minimalist. Macam hotel boutique. Yang menarik tu hiasan luar dia ada tumbuhan menjalar. Penat betul Firdaus jalan jalan. Jadi, dia punya breakfast tu benarlah seperti yang dikatakan. Tak banyak pilihan.

    BalasPadam
  9. Dah baca review awal-awal so takdelah terkejut tengok menu breakfast tak semeriah hotel lain. Kalau saya suka mndi dulu sebelum berjalan-jalan. Biar badan segar. Nanti nak tido mandi lagi. Hehe

    BalasPadam
  10. Sikitnya Daus sarapan,mesti tak kene selera dia tu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe