Borneo Royale Hotel

10:56 PG

Pada hari Sabtu lepas, Encik Suami bawa Firdaus ke Hospital Lama Lahad Datu untuk suntikan vaksin. Pada masa yang sama Encik Suami suntik booster pula. Alhamdulillah, kedua-dua anak-beranak sihat walafiat. Keesokannya Encik Suami tunaikan janji bawa Firdaus jalan-jalan ke Tawau.

Biasanya Firdaus akan bercerita sepanjang perjalanan, tetapi kali ini tidak sampai 15 minit sembang, dia terus tidur sambil memeluk bantal busuknya sampailah ke Tawau.

Sumber : Google

Perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau mengambil masa selama dua setengah jam. Ketika menghampiri bandar Tawau, hujan turun dengan lebatnya. Apabila hujan, rasa tak berasa selesa untuk singgah di mana-mana  dan keluar dari kereta. Kami terus menuju ke Jalan Kuhara untuk daftar masuk ke Borneo Royale Hotel.

Borneo Royale Hotel terletak di Eastern Plaza:
Mile 1, Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah.


Ruang menunggu di Borneo Royale Hotel.


Firdaus lepak dulu di sini.


Tak sempat nak melihat lebih dekat tentang sepasang kerusi di sudut lobby.


Firdaus tidak sabar untuk masuk ke bilik.


Di sinilah kami bermalam, dalam suasana dingin kerana siang dan malam hujan turun.


Walaupun daftar masuk pada pukul 2:15 petang tetapi bilik agak gelap kerana di luar cuaca mendung. Kenalah buka lampu untuk menerangi suasana suram.



Suasana yang suram begini memang menggamit mata untuk lelap!



Firdaus masih ingin menyambung tidurnya.


Kami biarkan budak kecil ini sambung tidur seketika lagi.


Warna tema bilik kami ialah putih dengan sentuhan warna merah di kepala katil.


Sterika pun warna putih.



Sudut kegemaran Encik Suami, cerek sudah menunggu untuk diisi air!



Peti sejuk mini masih kosong. Biasanya Firdaus suka isi dengan minuman tin. Nanti kita beli buah dan minuman ye sayang.


Bilik air agak luas dan selesa.




Antara kelengkapan yang disediakan termasuklah set berus dan ubat gigi, shaving kit, vanity kit dan sikat rambut.


Shower gel, shampoo dan losyen badan.


Nampaknya tuala tidak disediakan di bilik kami. Kebetulan ada pekerja sedang membersihkan bilik hotel di sebelah, jadi Amie minta tuala daripadanya. 


Sekarang kami sudah ada tuala. 
Biasanya kami bawa tuala kecil dan tuala besar dari rumah,  tetapi kali ini lupa pula nak bawa.


Selepas solat Asar, kami turun ke bawah. Ada pintu bersambung masuk ke shopping mall. Jom cuci mata di situ.

11 comments

  1. Lepas vaksin mengantuk betul ye Daus... cantik deco hotelnya kak... bilik pun nampak selesa sangat. Bila cuaca mendung memang rasa nak tidur jelah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru saya perasan, sebelum ini susah sangat nak tengok Firdaus tidur siang. Selepas vaksin kuat pula tidurnya!

      Padam
  2. Wahh daus dh vaccine ye..Muhammad x lg nie..cantik hotel dia ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daus sudah vaksin, ikut arahan pihak sekolah tapi tak ramai murid yang pergi suntik vaksin. Kalau tak diarahkan, agaknya entah bila nak bawa Daus pergi suntik hehehee.

      Padam
  3. Tak pernah lagi sampai ke Tawau...

    BalasPadam
  4. bestnya...rasa macam da lamaaaaa giler tak tido hotel..

    BalasPadam
  5. Agaknya sebab cucuk vaksin, terus rasa penat tu. Bantal busuk tak tinggal tu. Seronoklah Firdaus jalan jalan cuti tidur hotel. Bila musim hujan ni tak dapat lah nak kemana mana. Luas jugak bilik hotel ni, selesa menginap kat sini. Suka kalau ada peti ais sekali.

    BalasPadam
  6. penat betul firdaus, tido je dia sepanjang perjalanan ya..

    BalasPadam
  7. Wah bagus lah firdaus tak takut nak ambil vaksin. cuaca mendung dan hujan bantal adalah port yang paling best.Ngorok jom eh

    BalasPadam
  8. Lawanya hotel dia.. lengkap dengan kemudahan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe