Jalan-Jalan Cari Makan di English Tea House & Restaurant

10:11 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kita sambung cerita jalan-jalan cari penat di Sandakan. Kali ini kami singgah di  English Tea House and Restaurant. Dengan kata lain tempat ini merupakan rumah teh atau restoran Inggeris. Kedudukannya  terletak  di atas bukit kecil yang menghadap Laut Sulu di luar Teluk Sandakan.
Sebelum ini kami pernah datang ke sini selepas melawat Agnes Keith House tetapi tidak dapat makan kerana tempat ini sudah ditempah untuk majlis perkahwinan. 
Rezeki kami dapat berkunjung lagi ke sini, walaupun pada hari Ahad tetapi berpeluang juga untuk menikmati hidangan. Sememangnya terdapat tempahan untuk majlis pada hari tersebut, tetapi kami datang lebih awal, jadi tidaklah kami pulang dengan perut kosong. English Tea House Restaurant dibuka pada pukul 10 pagi dan kami datang tepat pada waktu tersebut. Ketika itu hanya ada beberapa orang pengunjung, dan mereka memilihtempat duduk bersantai di bawah pokok. Ada beberapa tempat pilihan untuk memenuhi keselesaan para pengunjung.

Pintu gerbang English Tea House & Restaurant

Walaupun jam menunjukkan pukul 10 pagi, tetapi cuaca sangat panas. Dari pintu gerbang English Tea House, pengunjung boleh menyaksikan pemandangan laut yang membiru. Tapi, faham-faham sahajalah kalau hawa laut memang hawanya rasa terik!

Pemandangan dari bahagian hadapan English Tea House & Restaurant.
English Tea House & Restaurant



Selain pemandangan Laut Sulu, pengunjung boleh menyaksikan sebahagian daripada pemandangan bandar Sandakan.


Antara pilihan tempat para pengunjung restoran.



English Tea House & Restaurant dari pintu masuk.



Dapur restoran terletak di bahagian hujung rumah.


Inilah tingkap restoran. Hidangan yang sudah siap diletakkan di sini oleh tukang masak, dan akan dibawa oleh pelayan kepada pelanggan.


Di bahagian anjung rumah terdapat ruang untuk para pelanggan menikmati hidangan.


Sambil duduk di anjung menanti hidangan tiba, tangkap dahulu beberapa keping gambar pemandangan.



Pada mulanya Firdaus duduk di bangku, tetapi bangun semula kerana katanya bangu tersebut sangat panas!



Baiklah duduk di tempat redup.


Mari kita melihat-lihat hiasan dalaman English Tea House.



Ini bahagian anjung yang dilengkapi dengan kerusi dan meja untuk pelanggan menikmati hidangan. Apabila menoleh ke bahagian belakang, terdapat satu ruang terbuka yang dihias indah dengan beberapa peralatan lama seperti peti nyanyi di bawah ini.

Peti nyanyi.


Firdaus mempunyai perasaan ingin tahu tentang peti nyanyi lama ini.


Agaknya kalau dipusing, boleh dengar lagunya.


Jom kita masuk ke bahagian dalamnya pula.


Hiasan dalamannya ringkas tapi kelihatan menarik dengan kombinasi warna pastel langsir dengan kepalanya yang berbentuk scallop.



Terdapat beberapa buah buku hasil tulisan Agnes Keith tersiampan rapi di dalam almari.


Pinggan mangkuk  dan cawan serta teko pelbagai corak dijadikan hiasan menarik di dalam almari.



Suasanya nampak tenang sahaja kan.



Team Jalan-Jalan Cari Makan dan TripAdvisor pun sudah tinggalkan jejak di sini.


Ruangn ini bersambung dengan dapur.


Firdaus tidak lepaskan peluang duduk di atas kerusi.
Di bahagian belakang Firdaus ada satu lorong kecil menghala ke pejabat.


Pintu masuk ke pejabat.


Dua buah tandas lelaki dan perempuan  di sebelah kiri laluan ke pejabat.




Nampaknya hidangan pertama sudah tiba di meja kami.
Encik Suami hendak minum dan makan ringan sahaja kerana katanya masih kenyang selepas bersarapan di Hotel Elopura. Jadi, kami memilih Delight Tea Set. Kami telah memesan hidangan:
  • Chicken Chop
  • Grill Fish Fillet
  • Milk Shake
  • Delight Tea Set


Gambar ini hasil tangkapan Encik Suami.


Gambar ini pula hasil tangkapan Firdaus.

Delight Tea Set

Ada sandwich dan cupcakes.



Scones (skon) bersama cream & jem strawberi.

Cupcake yang comel!

Bismillah.

Chicken Chop

Grill Fish Fillet


Isi ikan yang Amie makan ini ialah ikan barracuda. Tak sangka pula rasanya sangat sedap. Lain kali kalau beli ikan barracuda, kita nak panggang / bakar begini. Boleh makan dengan kentang lenyek atau kentang goreng.


Setelah hampir dua jam bersantai di sini, kami pun berangkat keluar.
Ketika itu orang ramai mula mendatangi tempat ini.

11 comments

  1. Great article! It is immediately clear that you have the talent of an english paper writer here . Your trip was simply unique! I wish you great success!

    BalasPadam
  2. Ma sha Allah cantiknya view yang pastinya sejuk hawanya...Layan pula engliah tea dengan scones..Aduh,seronok jadi Daus..dapat ikut mommy & babah jenjalan musim cuti sekolah..

    BalasPadam
  3. cantik tempatnya damai hijau suasana sekitar

    BalasPadam
  4. Wah..tak pernah makan ikan barracuda lagi. Pandai Firdaus ambil gambar

    BalasPadam
  5. tempting betul lah English dishes tu.

    BalasPadam
  6. Yey! Kita pernah sampai sini, Kak Amie. Tapi, tak makan.. tumpang toilet saja, haha. Masa suntuk sangat, tapi masa tu cemburu gila kenapa tak ada tempat macam ni di Johor.

    baru tahu ikan Barracuda boleh makan.

    BalasPadam
  7. cantik dan klasik betul tempatnya ye kak....
    makanan nya pun menarik, cup cakes tu memang jadi habuan Daus lah tu, comel betul

    BalasPadam
  8. Memang cantik. Tunggu makanan boleh jalan-jalan sekitarnya.

    BalasPadam
  9. best nya tempat mcm ni saya suka! duduk lama2 pun x apa hehehe

    BalasPadam
  10. Menarik idea tuan kedai English Tea House & Restaurant. Dari jauh nampak macam rumah, rupanya restaurant. 2 in 1 macam tu. Cantik luarannya terhampar rumput menghijau. Sesuai sangat kalau buat majlis tema garden. Patutlah setiap kali datang ada je majlis kahwinnnya. Hidangan pun ikut tema.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe