Sarapan di Kedai Mamak

12:28 PTG

Sarapan apa pagi ini? Kami sarapan lewat! Sampai kedai mamak sudah ada semua hidangan makan tengahari termasuk nasi Arab dan nasi briani. Oleh kerana tujuan asal hendak bersarapan, jadi kami pesan menu ringan sahaja.


Roti puri sudah sejuk tapi tetap sedap, lembut jew. Itulah.... orang sudah mengadap nasi untuk makan tengahari, awak baru terhegeh-hegeh hendak sarapan!


Kadang-kadang keliru, sama ada ini sambar atau kentang masala. Rasanya macam sambar sebab berkuah.


Makan dengan Encik Suami dua keping roti puri tapi tak kenyang. Roti puri itu tipis saja.
Jangan risau sebab ada makanan lain yang masih panas akan sampai ke meja.


Tosei & The Gang

Tosei yang ditunggu sudah tiba!
Inilah yang kita suka sangat. Panas dari kuali dan tipis.
Yang ini sudah makan sekeping pun rasa hendak menambah lagi.


Tosei ini apabila sudah bertemu dengan chutney kelapa memang bagaikan lagu dengan irama!
Makan selalu pun tak rasa jemu!


Encik Suami dengan bihun goreng seafood memang tak dapat dipisahkan. Tengok tu, di sebelahnya ada semangkuk kecil sup kosong. Melihat kita bersungguh-sungguh makan tosei, dia pun tinggalkan separuh bihun goreng, dan ikut sama makan tosei. Lepas itu kata Encik Suami, balik rumah nanti tak payah masak untuk makan tengahari sebab sudah kekenyangan makan sarapan.


Budak satu ini, sudah ada tosei dan roti puri di hadapannya, dia nak juga kentang goreng!

20 comments

  1. roti puri kayak pratakah kak amie? mbul kepengen roti puri dan kentang masala...sama kak amie mbul juga suka kebiasaan telat sarapan...hehehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti puri ringan, kembong apabila digoreng, roti prata pula ada yang panggil roti canai. Isinya lebih padat tepai tetap lembut dan dimasak atas kuali leper gunakan renjisan minyak.

      Padam
  2. Tergoda tengok roti puri dan tosei tu. Hehehe anakanda yang seorang tu dengan kentang goreng berpisah tiada :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti puri dah kempes... hahahaa patutnya datanglah awal sikit, lagi sedap dapar roti puri kembong dan masih panas.

      Padam
  3. Hehe kalau saya makan nasi sebab sudah hampir tengahari.
    Lewat makan tapi kenyang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, lewat sarapan tapi kenyang sampai ke petang.

      Padam
  4. Ni buat sy nak ajak Pak Inche pi mamu malam nanti.. sedapnya tosei dan chutney.. tak pernah order bihun goreng di kedai mamak tapi tengok gambar tu, macam nak terjangkit pulak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bihun atau mi goreng kedai mamak ni lain sikit rasanya banding kedai orang kita, tapi memang sedaplah. Tosei tu kalau Encik Suami tak kacau habis dua gulung kita makan. Eh, garing dan nipislah SK. First time jumpa yang sedap begini. Tu pasal, Encik Suami berhenti makan bihun, beralih ke pinggan tosei hehehee.

      Padam
  5. Uish ..
    Hampir sama la menu sarapan kita hari ni.
    Saya pun makan mihun goreng dan order juga tosei & roti canai banjir special..tapi kedai pakistan🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo... ya, India dan Pakistan tak samaye Mama Cella.

      Padam
  6. Balasan
    1. Bila dah jumpa tosei yang garing memang ta boleh berhenti makan... nak menambah hahahaa.

      Padam
  7. Sedapnya tosei...sedapnya bihun goreng seafood..A suka bihun yang tekstur dia macam tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya esok nak datang lagi makan tosei di kedai mamak tu SA hihihiii.

      Padam
  8. Saya pernah cuba makan roti puri. Sedap juga.. Cuma tosei saya dah cuma tapi tak berapa nak.masuk tekak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selera tak semua sama kan, citarasa yang berbeza.

      Padam
  9. sedap nmpk roti puri dia.

    firdaus dan kentang goreng berpisah tiada.. haha

    BalasPadam
  10. dana paling faveret tosei rawa kak... layan sebab ada rempahnya dan ranggup

    BalasPadam
  11. Kena makan nasi jugak kaedahnya kalau nak kenyang kan. Tapi dah makan berbagai bagai menu ni mestilah kenyang. Bihun goreng tu menyelerakan. Porsi dia besar. Ini barulah namanya breakfast like a King :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe