Pakalangan Bay Semporna

9:09 PG

Dari Tawau, kereta terus meluru arah ke Semporna. Encik Suami bawa kami jalan-jalan ke Pakalangan Bay. Tempat ini kami pernah kunjungi lebih kurang setahun yang lalu di sini: PAKALANGAN BAY - PANTAI WARNA-WARNI DI SEMPORNA.

Merehatkan diri di dalam buaian sambil menghirup bayu laut di waktu pagi.


Seperti biasa kalau datang awal ke sesuatu tempat sudah tentulah tidak bersesak dengan pengunjung yang lain. Cuma, waktu itu air laut belum pasang jadi tidaklah dapat mendengar bunyi ombak menderi menghempas ke pantai. Jika kedatangan dirancang, sudah tentu boleh buat persediaan misalnya membawa bahan makanan untuk BBQ di tepi pantai.


Ada beberapa penambahbaikan di tempat ini. Misalnya sudah ada papan tanda atau peta sebagai panduan, surau dan tambahan sebuah lagi cafe. Suasananya masih juga berwarna-warni seperti dahulu.



Warna-warni keriangan di tepi pantai!


Kita hanya ambil gambar dari pinggiran saja.
Tak sanggup berpanas sebab tak bawa topi dan tidak bawa sunburn cream. Lagi satu tak mahu kulit muka terbakar oleh pancaran matahari laut. Maklum sahajalah lapisan ozon semakin tipis dari semasa ke semasa. Kulit pun tak mampu menahan pancaran sinar ultra violet.  Apabila usia sudah sangat matang, memang lambatlah kesan terbakar di wajah akan hilang.


Di sini warna-warni, di sana biru air laut dan hijau bukit-bukau.


Banyak lagi pulau yang belum kita jejaki.



Boleh singgah di kafe ini untuk minum sambil menikmati kudap-kudapan.



Di sebelah kafe ada tiga buah akuarium berisi ikan dan ketam yang masih hidup. Mungkin boleh pilih sendiri untuk tempahan masak di kafe.


Tandas pun warna-warni juga.


Di sebelah kanan melalui pintu masuk terdapat surau dan sebuah kafe lagi.


Dulu rama-rama ini tidak ada di sini. Firdaus ambil kesempatan bergambar di sini.


Menjelang petang tempat ini akan dipenuhi pengunjung.



Kepada pengunjung yang berminat untuk aktiviti kayak boleh menyewa peralatan di sini.


Sewa kayak RM15untuk 30 minit.
RM10 untuk 18 minit.


Jom masuk ke bahagian dalam pula.



Tempat duduk nampak kemas dan bersih. 
Disediakan sekali tempat BBQ.


Anak-anak kecil tentu seronok berkelah di sini.










Tempat memancing ikan.
Airnya nampak jernih.


Firdaus ingin berlama-lama di sini. Kalau boleh dia nak tidur dalam buaian, menikmati tiupan angin laut yang segar dan nyaman.


Video Firdaus dalam buaian.

12 comments

  1. wahhh cantiknya kak... dahla tempatnya luas, tempat duduk, nak ambil gambar dan beraktiviti pun banyak.... pandai mereka nak tarik minat orang untuk singgah situ ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Dana. Pandai reka cipta tempat biasa jadi luar biasa.

      Padam
  2. Berwarna warni tempatnya.. Lawa sungguh.. Kalaulah berpeluang, nak juga ke sini..
    Ketam dia besar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada saiz ketam besar dan kecil. Yang bestnya masih hidup.

      Padam
  3. Memang cantik tempatnya berwarna-warni. Alah, salah timing pulak sebab air belum pasang lagi ya, tapi gambar tetap cantik.

    BalasPadam
  4. cantik view persekitarannya bersih terjaga

    BalasPadam
  5. Betul la Kak Ammie...memang berwarna warni pantai ni ha...banyak spot cantik nak bergambar

    BalasPadam
  6. Tengok warna warni ni teringat jugak Kak Amie pernah cerita dulu. Ada tambahan rama rama tu cantik. Pantai dia bersih sungguh, seronok dapat lepak tepi pantai duduk di kerusi batu tu. Amboiii santai kemain Firdaus berbuai. Seronok dia jalan jalan.

    BalasPadam
  7. Sedapnya Firdaus berbuai!
    Nampak terjaga tempat ni, seronok nak bersantai kan

    BalasPadam
  8. pandai pemilik Pakalangan Bay decorate dan jaga kebersihan. memang tertarik orang nak bergambar, so boleh dapat free promo. sekarang matahari memang perit kan. kena pakai sunblock selalu kak, nanti naik jeragat.

    BalasPadam
  9. Ceria sahaja warnanya. Memang tidak nampak orang ramai lagi dalam gambar.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe