Dari Tawau, kereta terus meluru arah ke Semporna. Encik Suami bawa kami jalan-jalan ke Pakalangan Bay. Tempat ini kami pernah kunjungi lebih kurang setahun yang lalu di sini: PAKALANGAN BAY - PANTAI WARNA-WARNI DI SEMPORNA.
Merehatkan diri di dalam buaian sambil menghirup bayu laut di waktu pagi. |
Seperti biasa kalau datang awal ke sesuatu tempat sudah tentulah tidak bersesak dengan pengunjung yang lain. Cuma, waktu itu air laut belum pasang jadi tidaklah dapat mendengar bunyi ombak menderi menghempas ke pantai. Jika kedatangan dirancang, sudah tentu boleh buat persediaan misalnya membawa bahan makanan untuk BBQ di tepi pantai.
Ada beberapa penambahbaikan di tempat ini. Misalnya sudah ada papan tanda atau peta sebagai panduan, surau dan tambahan sebuah lagi cafe. Suasananya masih juga berwarna-warni seperti dahulu.
Warna-warni keriangan di tepi pantai!
Kita hanya ambil gambar dari pinggiran saja.
Tak sanggup berpanas sebab tak bawa topi dan tidak bawa sunburn cream. Lagi satu tak mahu kulit muka terbakar oleh pancaran matahari laut. Maklum sahajalah lapisan ozon semakin tipis dari semasa ke semasa. Kulit pun tak mampu menahan pancaran sinar ultra violet. Apabila usia sudah sangat matang, memang lambatlah kesan terbakar di wajah akan hilang.
Di sini warna-warni, di sana biru air laut dan hijau bukit-bukau.
Banyak lagi pulau yang belum kita jejaki.
Boleh singgah di kafe ini untuk minum sambil menikmati kudap-kudapan.
Di sebelah kafe ada tiga buah akuarium berisi ikan dan ketam yang masih hidup. Mungkin boleh pilih sendiri untuk tempahan masak di kafe.
Tandas pun warna-warni juga.
Di sebelah kanan melalui pintu masuk terdapat surau dan sebuah kafe lagi.
Dulu rama-rama ini tidak ada di sini. Firdaus ambil kesempatan bergambar di sini.
Menjelang petang tempat ini akan dipenuhi pengunjung.
Kepada pengunjung yang berminat untuk aktiviti kayak boleh menyewa peralatan di sini.
Sewa kayak RM15untuk 30 minit. RM10 untuk 18 minit. |
Jom masuk ke bahagian dalam pula.
Tempat duduk nampak kemas dan bersih.
Disediakan sekali tempat BBQ.
Anak-anak kecil tentu seronok berkelah di sini.
Firdaus ingin berlama-lama di sini. Kalau boleh dia nak tidur dalam buaian, menikmati tiupan angin laut yang segar dan nyaman.
Video Firdaus dalam buaian.
wahhh cantiknya kak... dahla tempatnya luas, tempat duduk, nak ambil gambar dan beraktiviti pun banyak.... pandai mereka nak tarik minat orang untuk singgah situ ya
BalasPadamKan Dana. Pandai reka cipta tempat biasa jadi luar biasa.
PadamBerwarna warni tempatnya.. Lawa sungguh.. Kalaulah berpeluang, nak juga ke sini..
BalasPadamKetam dia besar..
Ada saiz ketam besar dan kecil. Yang bestnya masih hidup.
PadamMemang cantik tempatnya berwarna-warni. Alah, salah timing pulak sebab air belum pasang lagi ya, tapi gambar tetap cantik.
BalasPadamcantik view persekitarannya bersih terjaga
BalasPadamBetul la Kak Ammie...memang berwarna warni pantai ni ha...banyak spot cantik nak bergambar
BalasPadamSangat warna-warni!
BalasPadamTengok warna warni ni teringat jugak Kak Amie pernah cerita dulu. Ada tambahan rama rama tu cantik. Pantai dia bersih sungguh, seronok dapat lepak tepi pantai duduk di kerusi batu tu. Amboiii santai kemain Firdaus berbuai. Seronok dia jalan jalan.
BalasPadamSedapnya Firdaus berbuai!
BalasPadamNampak terjaga tempat ni, seronok nak bersantai kan
pandai pemilik Pakalangan Bay decorate dan jaga kebersihan. memang tertarik orang nak bergambar, so boleh dapat free promo. sekarang matahari memang perit kan. kena pakai sunblock selalu kak, nanti naik jeragat.
BalasPadamCeria sahaja warnanya. Memang tidak nampak orang ramai lagi dalam gambar.
BalasPadam