Firdaus asyik ulang-ulang sebut nak makan tteobokki. Pernah sekali anak buah belanja dia makan, itu yang dia ulang-ulang macam sedap sangat tteobokki pada seleranya. Kebetulan pula sewaktu di Semporna kami ternampak tempat makan Korea halal Mukbang Lab Cafe. Jadi kami singgah di situ. Sayangnya tteobokki yang Firdaus cari tidak ada, katanya stok untuk hari itu sudah habis. Kami pun datang pada waktu malam! Kalau datang siang, mungkin sempat makan tteobokki.
Tteobokki ialah sejenis snek Korea yang diperbuat daripada kek beras lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. Kita pernah makan tteobokki sewaktu jalan-jalan ke Korea Selatan. Kalau dibandingkan dengan rasa tteobokki di negara kita sudah tentulah ada sedikit sebanyak beza rasanya. Barangkali olahan di tempat kita mengikut cita rasa orang kita.
Monyong jew mukanya tak dapat nak makan tteobokki. Nantilah kita cari tteobokki ye dik.
Kami memesan:
- Green Tea
- Honey Lemon
- Salted Caramel Ice Cream
- Teriyaki Chicken
- Okonomiyaki
- Set Sushi Party Small
|
Green Tea & Honey Lemon |
|
Salted Caramel Ice Cream |
Amie pujuk Firdaus, gantikan tteoboki dengan Teriyaki Chicken. Apabila ditanya, sedap tak? Terus Firdaus angguk dan habiskan 4 ketul ayam teriyaki itu. Muka yang monyong pun kembali ceria.
Tak tahulah apa rasa Teriyaki Chicken di Mukbang Lab Cafe ini sebab Firdaus makan seorang diri.
|
Okonomiyaki |
Kita makan lempeng Jepun dan Korea Selatan yang dipanggil okonomiyaki.
Biasanya makan takoyaki, tapi kali ini cuba okonomiyaki pula.
|
Tempura |
Datang pula satu pinggan berisi tempura, sejenis makanan Jepun berupa makanan laut dan sayur-sayuran yang dicelup dalam adunan tepung dan digoreng sehingga kekuning-kuningan.
|
Set Sushi Party Small |
Hidangan terakhir sampai ke meja ialah sushi yang didatangkan bersama sos masin dan wasabe. Wasabenya pula tidaklah menakutkan seperti selalu (yang bagi tembus hidung). Wasabe nampak lebih cair dan kurang menyengat. Jadi, tidaklah rasa pedas macam terus tembus dari rongga hidung masuk ke otak!
Anak-anak saya lebih gemar makan nasi goreng.. Senang le sikit.. Hihi
BalasPadamKesian Firdaus tak dapat nak makan tteobokki. Muka monyok je. Harap adalah rezeki Firdaus makan tteobokki nanti. Okay juga ada ayam yang boleh hilangkan monyok dia kejap. Suka tempura. Tapi itulah makanan snek korea ni kenyang kejap je. Hehe...
BalasPadamTak silap saya ada tteobokki frozen. Tapi entah lah di LD sana ada ke tidak. Menarik kedainya, makanan Jepun pun ada
BalasPadamHihihi...habis juga 4 ketul ayam ye Daus .
BalasPadamOkonomiyaki...saya baca mula macam ekonomiyaki🤣
Ada macam rupa takoyaki versi lempeng .Nampak sedap.
Alahai kesiannya Daus....takpe..next time boleh makan lagi kan.... teriyaki chicken pun sedap kan...x pedas pun...
BalasPadamHehe hilang monyong Firdaus.
BalasPadamKena datang lagi pada waktu lain.
ala siannya dia, monyok je. next time ye makan yer, this time leh try makanan baru plak..
BalasPadambdk2 mmg suka Tteobokki..sian firdaus monyok je ye...tkpe nanti cari tmpt lain...gelas air tu cantik
BalasPadamsedapnya.. takpe, nnti singgah lg ya firdaus..
BalasPadamNampak sedap semuanya kak... sian tengok muka monyok Daus tu, harapnya dapatla makan teobokki yg diingini tu nanti ya
BalasPadamAla.. ciannya Firdaus tak dapat makan teobokki eh..
BalasPadamKesiannya Daus. Cuba tengok di pasaraya, ada jual kek berasnya kak Amie, sos pun ada jual. Baca label dulu sebab ada yg mengandungi alkohol. Sy rasa (walaupun tak pernah pergi Korea) sos topokki di Malaysia ni lagi sedap kot, hihi.
BalasPadamKasihan Firdaus tak tertunai hajat nak makan tteobokki
BalasPadam