Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga Amie tidak kongsi resipi dari dapur sendiri. Sempat jugalah ambil gambar masakan yang ringkas untuk hidangan makan dengan nasi. Akhirnya yang terpaksa habiskan kita sendiri! Dua beranak lagi makan lauk lain. Encik Suami pun sudah pandai panggang ikan dan ayam gunakan air fryer. Jadi, bertambah malaplah asap di dapur kita!
Amie paparkan Ikan Bilis Goreng yang menjadi kegemaran sejak kenal ikan bilis dan tahu ikan bilis itu sedap. Kalau tidak ada selera makan bolehlah sediakan lauk begini. Hidangkan dengan nasi panas atau bubur nasi!
Nak sediakannya tidaklah susah. Ada ikan bilis, bawang dan cili sudah mencukupi. Terpulanglah nak gunakan bawang merah atau bawang besar. Kalau nak pedas gunakan cili padi. Tak mahu pedas hiriskan saja cili besar merah atau hijau. Amie tambah kacang gajus sebagai bonus. Untuk rasa lebih lazat, jangan lupa hiriskan halus-halus halia muda. Hirisan halia itu nanti bolehlah dikunyah sekali waktu makan. Mula-mula goreng kacang gajus dulu. Angkat dan toskan. Kemudian goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan. Akhir sekali gorengkan halia, bawang dan cili. Takk perlu goreng garing. Nampak layu bolehlah angkat. Gaul bersaa ikan bilis dan kacang gajus.
Terakhir, renjiskan kicap lemak manis lebih kurang dua sudu besar, dan juga cuka. Nak rasa masam-masam manja bubuh sesudu besar saja. Nak rasa lebih masam bolehlah tambah ikut citarasa.
|
Ikan Bilis Goreng |
Ada lagi lauk lain yang kita suka tetapi Encik Suami tak mahu sentuh. Kita pun faham, Encik Suami takut makan yang masin-masin macam ikan masin. Kita nak makan ikan terubuk masin jadi kita pun gorenglah seperti hasilnya di bawah ini :Ikan Terubuk Masin Goreng.
Cuci ikan terubuk masin dan toskan seketika. Hiris kecil. Tak perlu buang sisik. Goreng hingga garing. Gorengkan hirisan bawang besar dan cili (cili padi atau cili besar) hingga layu. Hidangkan bersama ikan terubuk masin tadi dan jangan lupa perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.
Lauk begini kalau ada rakan yang seangkatan dengannya memang boleh menambah-nambah nasi dalam pinggan. Kalau Amie biasanya hidangkan dengan sayur bayam masak bening dan sambal belacan.... perghhhhh!
|
Ikan Terubuk Masin Goreng |
Walaupun samar2 asapnya namun tetap nampak berselera menikmatinya. Lauk ni sy memang tak boleh, bocor periuk nasi dibuatnya.
BalasPadamAduh Amie! Dua jenis lauk ni saja, dah boleh makan nasi bertambah tambah! Tak payah dah lauk lain hah..hah... diet ke laut!
BalasPadamIkan bilis simple ni memang kesukaan uncle... nak nak kalau waktu sahur
BalasPadamlauk simple macam ni selalu masak kalau dah jemu makan masakan berkuah. tapi tulah menambah-nambah nasi
BalasPadamsedapnya ikan bilis goreng tu. makan dgn nasi panas2 boleh bertambah tambah nasi.
BalasPadamramai kawan goreng ikan pekasam macam akak ni, katanya boleh bertambah makan. Dana je tak pernah buat takut sebab ada darah tinggi hhehee...
BalasPadamNampak sedapnyer
BalasPadamKadang yang ringkas tu lah nasi bertambah
BalasPadamWahh..memang berselera lauk ni Kak Amie. Lauk ikan bilis kak Amie versi kayangan tu ada kacang gajus. Sedapnya ikan terubuk masin. Suami saya pun tak suka makan ikan masin. Tak ada teman nak makan ikan masin. hehe...
BalasPadamYa allah...kalau lauk macam ni....memang mengundang bahaya..confirm lepas makan mennagis tepi sofa...hehehe...rosak diet
BalasPadamTerliur saya.
BalasPadamNanti hendak cuba letak gajus macam Puan Amie buat.
Sedapnyaa
BalasPadamIngin tahu rasa kacang gajus itu seperti apa. He he ..
BalasPadam