Setiap kali menuju ke pekan Semporna, pasti akan terpandang bangunan hotel yang unik ini. Letaknya di sebelah kiri jalan arah ke pekan. Uniknya disebabkan ada tumbuhan hijau menjalar terjuntai menutupi sebahagian bangunan.
Entah bagaimana, sampai pula jodoh kami untuk bermalam di sini pada hari Isnin lepas. Satu daripada daya tarikannya, sudah tentulah ada tempat letak kereta di kawasan tersebut. Kita terbaca ulasan yang kurang baik, tetapi kita buat-buat tak nampak. Antara ulasan pengunjung termasuklah:
- Breakfast choice is too limited.
- Breakfast was minimal, could be improved to increase selection.
- Breakfast should be buffet.
Kebanyakan ulasan tentang sarapan menyampaikan maksud yang sama seperti di atas. Kita bayangkan sekurang-kurangnya keadaan sarapannya 1/2 daripada apa yang dihidangkan di Borneo Royale Hotel. Dua-dua hotel memang berbintang, dan beza harganya hanya lebih RM5.57 sen sahaja di Borneo Royale Hotel.
Jom kita daftar masuk ke Green World Hotel yang terletak di KM 1, Jalan Bubul, Taman Bandar Semporna, Semporna, Malaysia, 91307.
Sumber : Google |
Selamat datang pengunjung cilik!
Suasana dalan bilik 305. Bersih dan kemas.
Firdaus terus merebahkan dirinya di atas tilam.
Kuat betul Firdaus tidur sejak suntikan vaksin dua hari sebelumnya.
Syukurlah sehingga ke hari ini tidak ada keluhan demam atau sebarang alahan.
Sebentar lagi akan berbunyilah air mendidik dari cerek.
Bolehlah hirup secawan kopi atau secawan teh sebelum meronda pekan Semporna sebentar lagi.
Toiletnya pun kemas dan bersih.
Terfikir-fikir juga, hendak mandi sekarang atau mandi selepas jalan-jalan?
Baiklah mandi selepas balik dari jalan-jalan kan?
Melihat Firdaus masih lena tidur, kita pun ikut sama lelapkan mata.
Rasanya seperti duduk dalam bilik di rumah sendiri sebab apabila toleh arah langsir terpandang pokok-pokok hijau nan rendang.
Keesokan paginya, Encik Suami mahu segera daftar keluar. Katanya, ada kerja sedang menunggu di Lahad Datu. Baiklah. Mari kita turun bersarapan.
Selamat pagi Firdaus.
Nampaknya Firdaus kenalah belajar berdikari, duduk sendiri ketika bersarapan pagi.
Ada dua pilihan minuman panas iaitu kopi dan teh serta air mineral.
Makanan dihidangkan terus kepada pengunjung.
Inilah menu yang dihidangkan kepada setiap pengunjung sebagai sarapan pagi : sebatang popia, dua ketul nugget ayam, kuetiaw kering goreng dan sambal tumis. Sedap juga hidangannya. Habis licin kami makan. Firdaus hanya makan nugget ayam dan separuh popia sahaja.
Selesai bersarapan, kami terus daftar keluar hotel.
Ikut keadaan ada hotel pilihan makanan memang sedikit. Asal sedap dan berasa.
BalasPadamUnik 🥰
BalasPadamdlm.pun cantikk
wah sonok firdaus dapat tido hotel lagi hehehe
BalasPadamSi cilik mesti enterframe!
BalasPadamBetullaah tu komen tu eh.. hehe.. tapi takpa.. bekpes tmpt lain ada.. asalkan makanan itu bersih, sedap dan mengenyangkan dah mencukupi.. kan...
BalasPadamsimple jgk breakfast dia, tp yg penting kenyang dan sedap..
BalasPadamhotelnya nampak comfort dan clean ya kak amie...firdaus kelihatan senang rebahan di situ hihi
BalasPadamsarapannya menggiurkan...kwetiaw nyammmm
unik bangunannya makan sikit ja ya daus nmpk kurus sikit
BalasPadamWah ..., Senangnya nginap di hotel bawa anak kecil. Tahun depan mungkin Firdaus tak mau lagi diajak ikut Emaknya. Karena dia sudah besar. He he. Selamat malam minggu dobat Amie
BalasPadamCantik hotelnya serba putih dengan tema minimalist. Macam hotel boutique. Yang menarik tu hiasan luar dia ada tumbuhan menjalar. Penat betul Firdaus jalan jalan. Jadi, dia punya breakfast tu benarlah seperti yang dikatakan. Tak banyak pilihan.
BalasPadamDah baca review awal-awal so takdelah terkejut tengok menu breakfast tak semeriah hotel lain. Kalau saya suka mndi dulu sebelum berjalan-jalan. Biar badan segar. Nanti nak tido mandi lagi. Hehe
BalasPadamSikitnya Daus sarapan,mesti tak kene selera dia tu
BalasPadam