Pada hari Sabtu lepas, Encik Suami bawa Firdaus ke Hospital Lama Lahad Datu untuk suntikan vaksin. Pada masa yang sama Encik Suami suntik booster pula. Alhamdulillah, kedua-dua anak-beranak sihat walafiat. Keesokannya Encik Suami tunaikan janji bawa Firdaus jalan-jalan ke Tawau.
Biasanya Firdaus akan bercerita sepanjang perjalanan, tetapi kali ini tidak sampai 15 minit sembang, dia terus tidur sambil memeluk bantal busuknya sampailah ke Tawau.
|
Sumber : Google |
Perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau mengambil masa selama dua setengah jam. Ketika menghampiri bandar Tawau, hujan turun dengan lebatnya. Apabila hujan, rasa tak berasa selesa untuk singgah di mana-mana dan keluar dari kereta. Kami terus menuju ke Jalan Kuhara untuk daftar masuk ke Borneo Royale Hotel.
Borneo Royale Hotel terletak di Eastern Plaza:
Mile 1, Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah.
Ruang menunggu di Borneo Royale Hotel.
Firdaus lepak dulu di sini.
Tak sempat nak melihat lebih dekat tentang sepasang kerusi di sudut lobby.
Firdaus tidak sabar untuk masuk ke bilik.
Di sinilah kami bermalam, dalam suasana dingin kerana siang dan malam hujan turun.
Walaupun daftar masuk pada pukul 2:15 petang tetapi bilik agak gelap kerana di luar cuaca mendung. Kenalah buka lampu untuk menerangi suasana suram.
Suasana yang suram begini memang menggamit mata untuk lelap!
Firdaus masih ingin menyambung tidurnya.
Kami biarkan budak kecil ini sambung tidur seketika lagi.
Warna tema bilik kami ialah putih dengan sentuhan warna merah di kepala katil.
Sterika pun warna putih.
Sudut kegemaran Encik Suami, cerek sudah menunggu untuk diisi air!
Peti sejuk mini masih kosong. Biasanya Firdaus suka isi dengan minuman tin. Nanti kita beli buah dan minuman ye sayang.
Bilik air agak luas dan selesa.
Antara kelengkapan yang disediakan termasuklah set berus dan ubat gigi, shaving kit, vanity kit dan sikat rambut.
Shower gel, shampoo dan losyen badan.
Nampaknya tuala tidak disediakan di bilik kami. Kebetulan ada pekerja sedang membersihkan bilik hotel di sebelah, jadi Amie minta tuala daripadanya.
Sekarang kami sudah ada tuala.
Biasanya kami bawa tuala kecil dan tuala besar dari rumah, tetapi kali ini lupa pula nak bawa.
Selepas solat Asar, kami turun ke bawah. Ada pintu bersambung masuk ke shopping mall. Jom cuci mata di situ.
Lepas vaksin mengantuk betul ye Daus... cantik deco hotelnya kak... bilik pun nampak selesa sangat. Bila cuaca mendung memang rasa nak tidur jelah.
BalasPadamBaru saya perasan, sebelum ini susah sangat nak tengok Firdaus tidur siang. Selepas vaksin kuat pula tidurnya!
PadamWahh daus dh vaccine ye..Muhammad x lg nie..cantik hotel dia ..
BalasPadamDaus sudah vaksin, ikut arahan pihak sekolah tapi tak ramai murid yang pergi suntik vaksin. Kalau tak diarahkan, agaknya entah bila nak bawa Daus pergi suntik hehehee.
PadamTak pernah lagi sampai ke Tawau...
BalasPadamIn syaa Allah, akan sampai juga nanti.
Padambestnya...rasa macam da lamaaaaa giler tak tido hotel..
BalasPadamAgaknya sebab cucuk vaksin, terus rasa penat tu. Bantal busuk tak tinggal tu. Seronoklah Firdaus jalan jalan cuti tidur hotel. Bila musim hujan ni tak dapat lah nak kemana mana. Luas jugak bilik hotel ni, selesa menginap kat sini. Suka kalau ada peti ais sekali.
BalasPadampenat betul firdaus, tido je dia sepanjang perjalanan ya..
BalasPadamWah bagus lah firdaus tak takut nak ambil vaksin. cuaca mendung dan hujan bantal adalah port yang paling best.Ngorok jom eh
BalasPadamLawanya hotel dia.. lengkap dengan kemudahan..
BalasPadam