Sayur Lodeh @ Jangan Lodhèh

11:32 PG

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Dah lebih sebulan kita menjalani PKP. Encik Suami kata, kalau bulan puasa dah cukup tempoh untuk menyambut hari raya. Memang tak disedari dalam keluhan sana dan sini sudah sepurnama kita stay at home.
Maka, kelmarin Amie pun masak sayur lodeh, hidangan tradisi orang kampung Amie ketika tibanya Syawal, atau dijadikan sebagai satu pilihan lauk untuk  munjung.
Sayur lodeh ini dipelbagaikan bahannya, jadi kalau terjumpa bahan yang berbeza dari satu hidangan dengan hidangan yang lain di rumah orang Jawa, itu adalah kebiasaan dan bukannya sesuatu yang luar biasa. Kamus Dewan sendiri mentakrifkan lodeh bermaksud sejenis masakan yang dimasak dengan santan hingga empuk. Wikipedia pula menjelaskan bahawa Sayur Lodeh @ Jangan Lodhèh adalah masakan sayur yang berkuah santan terutamanya di Jawa Tengah. Sayur ini mempunyai pelbagai variasi terutama pada bumbunya yang santannya berwarna putih dan ada juga uyang santannya berwarna kuning keemasan.
Oleh kerana Sayur Lodeh @ Jangan Lodhèh ini berasal dari Jawa Tengah, barangkali tanah leluhur orang kampung kami dan yang sewaktu dengannya berasal dari Jawa Tengah. Maklumlah, entah berapa generasi nenek moyang kami sehingga tidak dapat dikesan dari mana asal-usulnya. Mujurlah, melalui budaya masakan begini, sedikit-sebanyak dapat mewarisi dan seterusnya mengenali identiti susur galur keturunan kami.

Resepi Sayur Lodeh @ Jangan Lodhèh
Perencah Sayur Lodeh @ Jangan Lodhèh ini pelbagai, tidak terhad dan tidak terikat kepada satu jenis sahaja. Misalnya, selain penggunaan bawang, untuk menyedapkan masakan boleh ditambah ikan bilis. Selain ikan bilis boleh ditambah udang kering atau udang basah. Mempedal dan hati ayam juga boleh digunakan. Sayur-sayurannya pula biasanya terdiri darpada kacang panjang, terung, tempe, kobis, petai, lobak merah dan seumpamnya. Untuk melengkapkan Sayur Lodeh @ Jangan Lodhèh, suhun akan ditambah di akhir masakan. Jika sukakan kuah yang pekat, boleh tambahkan 4-5 biji buah keras dalam bahan kisar. Masakan lodeh ini Amie tak bubuh buah keras.
Jom kita masak Sayur Lodeh @ Jangan Lodhèh gunakan bahan yang ada di dapur Amie.

Bahan-bahan:
5 batang kacang panjang - potong serong
2 keping tauhu basah - potong dadu
2 keping tauhu kering - rendam hingga kembang - potong kecil
1 cawan suhun yang sudah direndam
1 biji kentang - kupas - potong kecil
1 keping tempe - potong kecil
1 biji cili merah - hiris
1 cawan udang basah yang sudah dibersihkan
1 batang serai - diketuk
2 cm lengkuas - diketuk
1 liter santan cair
3 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai dan lengkuas hingga terbit aroma.
2. Kemudian masukkan santan cair. Masukkan kentang dan tempe dan tauhu basah. Masak sehingga kentang hampir empuk dengan api sederhana. Kacau selalu.
3. Seterusnya masukkan udang, tauhu kering, cili merah serta kacang panjang. 
4. Setelah udang dan kacang hijau berubah warna, masukkan suhun.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

Resepi Sayur Lodeh @ Jangan Lodhèh
Sayur Lodeh @ Jangan Lodhèh dah siap!

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe