Mee Hoon Goreng Taucu Pedas Berapi
9:16 PG
Assalamualaikum.
Selamat pagi semua. Moga ceria bersama keluaga walaupun kena berkurung dalam rumah. In shaa Allah pengorbanan yang dilakukan akan mendapat hasilnya sedikit masa lagi.
Bersabarlah.
Kita cerita pendek tentang menu sarapan pagi ini, Mee Hoon Goreng Taucu Pedas Berapi. Amie bubuh taucu pedas manis, dan tambahkan hirisan cili padi. Barulah meleleh-leleh bila menikmatinya! Jangan lupa hidangkan bersama secawan minuman panas juga! Tak perlu keluar joging di padi hari. Di dapur sahaja sudah basah kuyup dengan peluh gara-gara makan Mee Hoon Goreng Taucu Pedas Berapi... ahaks!
Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - rendam dengan air sejuk hingga lembut - toskan
20 ekor udang basah - cabut kepala - tarik perlahan-lahan urat hitam dari tengkuk udang (nak bersihkan semua lagi bagus)
1/2 cawan hirisan lobak merah
1 sudu besar taucu pedas manis
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris / cincang:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji cili hijau
10 biji cili padi
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.
2. Kemudian masukkan hirisan lobak merah dan lobak. Masak sehingga udang berubah warna.
3. Masukkan taucu pedas manis dan kacau sebati.
4. Seterusnya masukkan mee hoon. Gaul rata.
5. Lengkapkan rasa dengan menaburkan garam / gula / perasa pilihan di atas mee hoon goreng. Gaul beberapa kali.
6. Padamkan api dapur.
Mee Hoon Goreng Taucu Pedas Berapi dah siap!
Wokey.....
Jumpa lagi.
3 comments
Tun lepas kawin baru kenal taucu ni. mama tun tak penah guna dlm masakan.
BalasPadamMak mertua tun suka masak letak taucu, tapi smp skrg tun xberapa blh telan taucu hi. hehe..
1st time tgk menu goreng ltk taucu
BalasPadamTun Telani,
BalasPadammacam-macam ada dalam dunia masakan, banyak sangat sampai ada yang tak kenal
Mama Tisya,
pelbagaikan resepi musim PKP hihihii.