Resepi Som Tam Thai Sedap dan Mudah Disediakan

4:27 PTG

Assalamualaikum.
Selamat petang semua.
Cerita dari dapur Amie kali ini tentang resepi som tam atau salad betik mentah. 
Umumnya, bila disebut som tam, maka akan terbayang makanan Siam atau Thailand. Som Tam sebenarnya berasal dari Laos (tam som) tetapi dipopularkan di Thailand. Selain Thailand dan Laos, som tam juga terkenal di Vietnam dan Kemboja. Som tam juga pernah tersenarai di tempat ke-46 daripada 50 Makanan Paling Lazat di Dunia oleh CNN Go pada tahun 2011.

Sebenarnya dari minggu lepas lagi nak buat som tam tapi asyik tertangguh-tangguh. Dua hari lepas dapat beli sebiji betik muda, tapi agak terlewat dikupas dan diolah, jadi betik muda pun mula mengkal! Jadi hari ini cepat-cepatlah Amie buat som tam.

Akhirnya siaplah som tam hasil air tangan sendiri.
Som tam yang lazat ini menggabungkan lima rasa utama iaitu masam dari jus limau, pedas dari cili padi, masin dari sos ikan, manis dari gula kabung (gula siam) dan rasa savuri. Oleh kerana Amie beli gula kabung dari Bangkok, jadi Amie gunakannya. Kalau tidak ada gula tersebut, boleh gunakan saja gula melaka.

Gambar som tam di atas ini ketika mula-mula belajar melihat bagaimana som tam dibuat di restoran steamboat. Di satu sudut, di antara pelbagai hidangan ada kelengkapan alat dan bahan untuk membuat som tam. Pemandu van kami (orang Thai) ajar bagaimana untuk menyediakan som tam sendiri. Jadi kalau nak makan som tam di situ, kena buat sendiri. Bahan pertama yang diambil ialah beberapa ulas bawang putih saiz kecil yang masih berkulit. Katanya, tak perlu buang kulit bawang putih. Tumbuk saja dalam lesung kayu yang besar.

 Gambar atas dan bawah ini, hidangan som tam di restoran makan.
Som tam di bawah ini terdiri daripada betik muda, mangga muda dan lobak merah.

Bila belek-belek gambar, terpandang jenis buah tomato yang digunakan di sana. Tomato di sana berwarna agak merah jambu dan tebal. Berbeza dengan tomato yang ada di tempat kita. Tak kisalahlah. Hendak serbu daya, tak hendak seribu dalih... ahaks! Kalau nak gunakan tomato yang sama, sampai bila pun tak jadilah som tam olahan sendiri. Ada juga yang gunakan tomato ceri dalam som tam. Sebenarnya bahan asas untuk membuat som tam ialah betik muda! Jadi yang lain-lain itu hanya aksesori sampingan dan bagi meriah.

Jom, kita mulakan kerja-kerja menyomtam... hahahaaa!
Pada mulanya memang mengharapkan isi betik muda, tapi apakan daya. Kalau ada pokok betik sendiri, senanglah nak pilih. Jolok saja yang masih muda.

Amie tidaklah gunakan sebiji bulat buah betik ini. Banyak sangat nanti hasilnya, dah boleh buat makan kenduri pula...hiks! Amie hanya gunakan 1/5 daripada sebiji betik seperti di bawah ini.

Untuk memeriahkan hidangan som tam, Amie tambahkan hirisan lobak merah, mangga muda, serta kacang panjang. Tak banyak pun kacang panjang, cuma dua batang saja.

Hiriskan halus-halus semua bahan seperti betik muda, lobak merah dan mangga muda. Gunakan sagat pun boleh juga. Kacang panjang itu patah-patahkan saja dengan tangan.

Amie pilih bawang putih saiz kecil yang masih berkulit. Patutnya gunakan jus limau nipis, tapi tak ada pula limau nipis. Jadi gunakan saja limau kasturi. Gunakan 3 biji saja, sebab tak mahu terlalu rasa masam. Lagipun, sudah ada mangga muda yang sedia ada rasa masam.

Nisbah bahan lain tidaklah melebihi jumlah betik sebab yang hendak diolah ialah som tam yang bermaksud salad betik mentah. Jadi, Amie lebihkan betik berbanding bahan lain seperti mangga dan lobak merah.

Wokey!
Semua bahan sudah lengkap.
Marilah kita mula sediakan som tam.
Oleh kerana tidak ada lesung kayu khas untuk tumbuk som tam, kita gunakan saja lesung batu yang kita ada.

Bahan-bahan:
2 cawan hirisan betik muda
1 cawan hirisan mangga muda
1 cawan hirisan lobak merah
2 batang kacang panjang - patahkan sepanjang 3 cm
1 biji tomato - hiris-hiris
7 ulas bawang putih yang berkulit
11 biji cili padi
3 biji limau kasturi - ambil jusnya 
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula kabung / gula Siam
2 sudu besar kacang tanah goreng
2 sudu besar udang kering

Cara penyediaannya:
1. Tumbuk  bawang putih sekadar pecah di dalam lesung.
2. Masukkan cili padi, gula kabung /gula Siam. Tumbuk lagi tetapi sekadar pecah cili padi sahaja.
3. Seterusnya masukkan kacang panjang, tumbuk dan sambil korek bahan yang ditumbuk mengunakan senduk.
4. Kemudian masukkan lobak merah, mangga dan betik muda dan hirisan tomato. Gaul dan tumbuk sedikit lagi.
5. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan udang kering. Tumbuk beberapa kali dan masukkan sos ikan.
6. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Ada juga yang tambahkan belacan dan juga terung Thai mentah. Semuanya terpulang ikut selera masing-masing. Amie rasa gembira dapat kongsikan resepi ini kerana sudah ada keyakinan disebabkan telah melihat sendiri cara membuatnya, dan juga sudah menikmati sediri kelazatan rasanya! Cubalah. 

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe