Resipi Sedap Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh

9:00 PTG

Sebelum melangkah ke kamar beradu, kongsi dahulu salah satu lauk hidangan berbuka puasa kami petang tadi. Kami di LD, berbuka pada pukul 6:13 minit petang, mendahului lebih kurang satu jam dari waktu berbuka puasa di Malaya. Ketika ini mungkin keluarga dan saudara-mara di sana sedang menunaikan solat terawih, manakala kami terlebih dahulu telah menyelesaikannya memandangkan masuknya solat fardhu Isya'  di sini pada pukul 7:15 malam. Sekarang masa untuk berehat bersama keluarga. 

 Resipi Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh
Kerabu Pucuk Paku dan Taugeh yang Amie sediakan petang tadi laris betul. Firdaus pun ikut makan tapi dia hanya memilih kelapa dan udang sahaja. Apa istimewanya kerabu pucuk paku ini? Sebenarnya, menu biasa-biasa sahaja, menu kampung gitu.

 Resipi Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh
 Bahan-bahan:
10 batang paku pakis - ambil pucuk dan batangnya yang muda serta daun-daunnya - celur
1 cawan taugeh - celur
1/2 cawan isi udang segar - celur
1 cawan parutan kelapa - sangai hingga kuning keemasan
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
garam / gula / perasa pilihan
1 sudu besar jus limau kasturi

Bahan tumbuk / kisar:
7 biji cili padi
3 ulas bawang putih - goreng
3 biji bawang merah - goreng
1 sudu kecil belacan - goreng
1 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut

Cara:
1. Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan bahan tumbuk / kisar, udang, dan kelapa, garam / gula / perasa pilihan. Gaul sebati.
2. Seterusnya masukkan paku pakis dan taugeh, bawang besar dan cili merah.
3. Tuangkan jus limau kasturi.
4. Gaul semua bahan.
5. Hidangkan.

 Resipi Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh
Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh sudah habis masuk perut.... ahaks!

3 comments

  1. Alhamdulillah
    Nampak sedap
    Selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  2. Sedapnya kak... sussh betul nak dapat sayur sekarang ni, asik dapat kobis je

    BalasPadam
  3. Warisan Petani,
    terima kasih.

    Dana,
    betul tu, musim PKP susah sikit nak dapat sayur hijau, ni kebetulan ada di pasar.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe