Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Kegemaranku!

5:06 PTG

Assalamualaikum.
Tentu masing-masing baru saja mendengar pengumuman lanjutan tempoh PKP oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kita. Terimalah dengan hati yang terbuka, bahawa semua keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan negara dalam  jangka masa panjang. Bukan negara kita sahaja yang terkesan, tetapi seluruh dunia sedang menghadapi masalah yang sama dan mereka juga sedang bertungkkus-lumus mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah Covid-19 yang tidak berhati dan perasaan ini.

resepi ikan cencaru sumbat sambal kelapa
Resepi dari Amie's Little Kitchen kali ini ialah Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa. Amie memang suka sangat kalau dapat makan nasi lauk ikan cencaru sumbat sambal kelapa. Tak kisahlah, sama ada ikan itu digoreng atau dipanggang. Dan sudah tentunya, bagi mereka yang sukakan resepi begini pasti mempunyai resepi tersendiri. Tidak semestinya ikan cencaru hanya boleh disumbat dengan sambal kelapa, malah sambal belacan dan sambal tomato pun boleh. 
Kalau makan nasi dengan ikan cencaru sumbat sambal kelapa ini, Amie tak suka lauk lain yang berkuah masuk dalam pinggan yang sama. Bukan apa, nanti kurang nikmatnya makan nasi dengan ikan cencaru sumbat sambal kelapa! Haaa... citarasa masing-masingkan....hiks!

resipi ikan cencaru sumbat sambal kelapa
Ada banyak jenis sambal kelapa boleh disediakan untuk sumbat belakang ikan cencaru. Ada sambal kelapa warna merah sebab tambah dengan cili merah, ada yangwarna kuning sebab tambah dengan kunyit dan ada yang kosong sahaja tanpa warna cili atau wayna kuning kunyit. Ini pun ikut citarasa masing-masing juga...ahaks! Bagaimana dengan resipi sambal kelapa olahan Amie? Amie tambahkan 1/2 biji cili merah  buang biji dan hirisan daun kunyit. Ada yang tak sukakan aroma daun kunyit, tapi Amie suka baunya yang klasik itu. Ia seakan mengundang memori silam, duduk di kampung bertemankan aroma herba kampung sewaktu memasak di dapur seperti serai, lengkuas dan kunyit. Kalau tak suka daun kunyit, jangan masukkan ye. Serai pun Amie bubuh juga dalam sambal kelapa ini. Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 cawan kelapa parut
1/2 biji cili merah - buang biji
3 biji cili padi hijau
1 helai daun kunyit muda - hiris halus
1 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil belacan
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
garam / gula / perasa pilihan


Cara:
1. Tumbuk cili merah, serai, belacan, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.
2. Masukkan kelapa parut, serbuk kunyit, asam jawa, garam / gula / perasa pilihan dalam lesung dan tumbuk lagi tetapi jangan sampai kelapa parut hancur.
3. Seterusnya masukkan hirisan daun kunyit dan gaul sebati.

resipi ikan cencaru sumbat sambal kelapa
Isikan sambal kelapa ke dalam perut ikan cencaru melalui belakangnya. Sambal kelapa yang Amie sediakan ini cukup untuk dua ekor ikan saiz sederhana besar.


resipi ikan cencaru sumbat sambal kelapa
Ikut sukalah nak panggang atau goreng ikan cencaru sumbat sambal kelapa ini. Amie suka panggang saja dalam kuali ajaib. Sebelum dipanggang, Amie taburkan sedikit garam halus di bahagian luar ikan cencaru dan lumurkan sedikit serbuk kunyit. Kemudian Amie renjiskan sedikit minyak di atas ikan tadi.

resipi ikan cencaru sumbat sambal kelapa
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa sedia untuk dipanggang! Dengan menggunakan api kecil, Amie panggang ikan selama 7 minit, dan kemudian terbalikkan kuali ajaib untuk meneruskan panggangan selama 3 minit pula. 

resipi ikan cencaru sumbat sambal kelapa
 Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa dah siap!

3 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe