Pindang Tumis Ikan Selar @ Salai-Salai
8:02 PTG
Jumpa lagi dengan cerita dari dapur maya.
Kali ini Amie kongsikan resipi Pindang Tumis Ikan Selar. Tak tahulah selar jenis apa. Kalau di LD, orang tempatan panggil ikan salai-salai.
Ikan begini memang sedap masak singgang. Amie tambahkan dua biji terung bulat. Terung bulat saja yang ada di dapur. Peti sejuk masih lagi belum dibaiki, jadi nak simpan sayuran hijau banyak-banyak pun kena fikir 9 kali. Nampaknya terung bulat ini jenis tahan lasak. Letak dalam suhu bilik pun masih ok walaupun sudah ebberapa hari dibeli. Jadi kira masak sekali harunglah, ada ikan dan ada terung. Cukuplah untuk lauk makan tengahari.
Kali ini perencah masakan singgang semuanya Amie hiris. Gunakan pisau sahaja, tidak gunakan lesung langsung.
Inilah dia ikan selar atau ikan salai-salai. Masak dua ekor sahaja untuk kami sekeluarga. Firdaus seperti biasa, dicarinya telur dadar dengan serunding kelapa. Tambah kicap. Itulah lauk kegemarannya sampai menambah nasi dalam pinggan.
Wokey!
Walaupun dah banyak kali kongsi resipi singgang ikan, tapi kali ini pun nak paparkan juga.
Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar - bersihkan - ikut suka nak potong atau tidak
2 biji terung bulat - belah 6
4 sudu besar minyak
4 cawan air
1 keping asam gelugor
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 batang serai
2 cm kunyit
2 cm halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris sehingga terbit aroma.
2. Masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan asam gelugor, terung dan ikan selar.
4. Masak sehingga terung lembut dan ikan selar masak.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Pindang Tumis Ikan Selar @ Salai-Salai dah siap!
5 comments
Sedap ni kak, saya jarang masak ikan singgang ni sebab anak-anak tak suka..
BalasPadamTq singgah blog saya ya.
BalasPadamWahhh...menu sihat dan menyelerakan sekali. Makan nasi panas2 ni waduhhhh
BalasPadamSinggang ni....sama dgn Pindang kan? Ke tak sama? Ahakz....lelaki taw makan je...
BalasPadamCik Matahariku,
BalasPadamanak-anak sekarang selera tak sama dengan selera kita.
Nieda,
sama-sama.
Cik Wan,
Inilah menu kegemaran orang kampung kan Cik Wan heheee.
jeBateja,
terima kasih, sebenarnya pindang tu sebab bubuh kunyit, ada warna kuning, kalau singgang kuah putih jernih.