Pages

Khamis, 16 April 2020

Mee Hoon Goreng Taucu Pedas Berapi

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua. Moga ceria bersama keluaga walaupun kena berkurung dalam rumah. In shaa Allah pengorbanan yang dilakukan akan mendapat hasilnya sedikit masa lagi.
Bersabarlah.

resepi mee hoon goreng taucu
Kita cerita pendek tentang menu sarapan pagi ini, Mee Hoon Goreng Taucu Pedas Berapi. Amie bubuh taucu pedas manis, dan tambahkan hirisan cili padi. Barulah meleleh-leleh bila menikmatinya! Jangan lupa hidangkan bersama secawan minuman panas juga! Tak perlu keluar joging di padi hari. Di dapur sahaja sudah basah kuyup dengan peluh gara-gara makan Mee Hoon Goreng Taucu Pedas Berapi... ahaks!

resepi mee hoon goreng taucu
Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - rendam dengan air sejuk hingga lembut - toskan
20 ekor udang basah - cabut kepala - tarik perlahan-lahan urat hitam dari tengkuk udang (nak bersihkan semua lagi bagus)
1/2 cawan hirisan lobak merah
1 sudu besar taucu pedas manis
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris / cincang:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar 
1 biji cili hijau
10 biji cili padi

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.
2. Kemudian masukkan hirisan lobak merah dan lobak. Masak sehingga udang berubah warna.
3. Masukkan taucu pedas manis dan kacau sebati.
4. Seterusnya masukkan mee hoon. Gaul rata.
5. Lengkapkan rasa dengan menaburkan garam / gula / perasa pilihan di atas mee hoon goreng. Gaul beberapa kali.
6. Padamkan api dapur.

resepi mee hoon goreng taucu
 Mee Hoon Goreng Taucu Pedas Berapi dah siap!
Wokey.....

Jumpa lagi.



3 ulasan:

  1. Tun lepas kawin baru kenal taucu ni. mama tun tak penah guna dlm masakan.
    Mak mertua tun suka masak letak taucu, tapi smp skrg tun xberapa blh telan taucu hi. hehe..

    BalasPadam
  2. 1st time tgk menu goreng ltk taucu

    BalasPadam
  3. Tun Telani,
    macam-macam ada dalam dunia masakan, banyak sangat sampai ada yang tak kenal

    Mama Tisya,
    pelbagaikan resepi musim PKP hihihii.

    BalasPadam