Puas Hati Menginap 3 Malam di Fave Hotel Balikpapan
4:22 PTG
Menurut Pak Google, Fave Hotel di Jl. MT Haryono No.78, Damai, Balikpapan Kota, Kota Balikpapan, Kalimantan Timur 76114, Indonesia ini bertaraf 2 bintang.
Percaya ke?
Kami tak percaya!
Sebab kemudahan dan layanannya melebihi taraf 2 bintang itu!
Woooooooo!!!!
Tahniah pihak pengurusan Fave Hotel!
Khidmat anda sangat memuaskan hati kami!
Kami tambah 1.5 bintang lagi!
Kami membuat pilihan tepat kerana menempah 3 malam untuk menginap di hotel ini.
Sebaik sahaja memasuki ruang lobby, sementara nano dan Sue mengurus bayaran, kami duduk di kerusi warna-warni yang disediakan sambil menikmati minuman ringan.
Ibaratnya seperti orang mengantuk disorongkan bantal, panas terik dan rasa dahaga bertukar menjadi kelegaan setelah menikmati minuman dingin bersebelahan kaunter.
Bukan setengah gelas, atau segelas tapi bergelas-gelas kami minum....hiks!
Nyamannya!
Benarlah!
Balipapan Kota BERIMAN : Bersih, Indan, Aman dan Nyaman!
Nano dan Sue sedang berurusan di kaunter.
Dan kami pun terus menambah minuman dalam gelas masing-masing!
Jom kita rakam suasana di sekeliling. Pilihan warna yang pelbagai membangkitkan semangat dan keceriaan!
Intai-intai di ruang makan pula.
Tunggulah, nanti kami akan menikmati hidangan di sini.
Urusan pembayaran sudah selesai. Mari kita naik ke bilik.
Ingat tu...bilik 531, bilik kami bertiga : Amie, Nano dan Kam.
Cantikkan?
Bilik airnya pun luas.
Biasanya kalau menginap d hotel ketika kembara memang tak sempat pun nak buka televisyen apalagi nak masak air panas untuk bancuh minuman! Hotel hanyalah dijadikan tempat untuk membersihkan diri, solat dan melelapkan mata! Kali ini, disebabkan kembara santai-santai sahaja jadi ada kesempatan menonton dan minum-minum sambil mendengar lagu dan bergurau senda dengan kawan-kawan! WIFI pun laju, jadi masing-masing boleh layan whatsApp, FB untuk berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan.
Kalau malas nak turun, pesan sahaja makanan bawa masuk ke bilik dari restoran di hotel.
Hari pertama kami menginap di sini, kami tidak sempat bersarapan pagi kerana telah berjanji akan keluar awal ke Kota Samarinda.
Sebagai ketua, Sue memang cekap mengurus perjalanan kami. Kami telah menempah grab untuk bergerak ke Kota Samarinda, dan pulang pada sebelah petangnya pula. Perjalanan dari Balikpapan ke Kota Samarinda dijangkakan memakan masa di antara 2 hingga 2 jam 1/2.
Pada hari kedua dan ketiga barulah kami dapat menikmati sarapan di sini dengan bayaran sebanyak 35,000 rupiah per kepala, harga diskaun daripada 70,000 rupiah harga asal.
Pelbagai pilihan menu yang disediakan. Terpulang pada selera masing-masing dan juga ruang dalam perut yang boleh diisi....hiks!
Menu menyihatkan : Jagung rebus.
Keledek rebus.
Pisang rebus.
Jom, cuba sikit-sikit : Pecal, bubur nasi dan rebus-rebusan.
Pemandangan di luar hotel dari jendela.
Semuanya nampak ceria berada di sini!
Untuk sampai ke Fave Hotel, bagi yang larat bolehlah berjalan menapak jalan berbukit, tapi kalau tak larat minta saja pemandu teksi atau grab hantar sampai ke muka pintu hotel.
Moga ada rezeki di lain ketika untuk menginap lagi di sini!
Entri berkaitan:
0 comments