Kononnya Hendak Beli Limau Saja.....
5:43 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kita suka makan limau Mandarin Honey Marcott. Biasanya kita bawa sebiji ke tempat menoreh. Balik rumah makan sebiji, dan malam makan sebiji. Kadang-kadang terlajak makan berbiji-biji, berlawan-lawan dengan Encik Suami. Biasanya kalau tinggal sebiji dua, Encik Suami tak makan. Dibiarkan saja sebab tahu makwenya memang suka makan limau itu.
Oleh kerana limau sudah habis, jadi lepas makan nasi briyani ayam dan kambing di kedai makan Pakistan, kita ajaklah Encik Suami beli limau lagi. Pergi dua buah pasar raya tapi limau Mandarin Honey Marcott tidak ada. Di pasar raya kedua, yang ada hanya ada Wogan Mandarin Oranges saja. Alang-alang sudah masuk dua pasar raya, beli sajalah Wogan Mandarin Oranges. Saiznya lebih kecil berbanding Mandarin Honey Marcott. Harga sekilogram RM14.90 sen.
Wogan Mandarin Oranges |
Kawan-kawan kita kata kalau hendak membeli-belah eloklah dalam keadaan perut kenyang. Kalau perut lapar semua hendak dibeli! Selepas kenyang makan nasi briyani memang hendak beli limau saja. Eh, selepas beli limau banyak pula benda lain yang dirembat:
- Lobak Merah
- Terung Taiwan
- Labu Air
- Limau Kapas
- Lemon
- Tomato Kristal
- Cili Hijau
Mulanya hendak beli limau saja, sudah bertambah tujuh jenis lagi! Semuanya jadi lapan. Itu tidak termasuk tiga jenis ikan lagi. Dan telur satu sarang! Orang kata berbelanja boleh hilangkan stress. Haaaa.... agaknya stress kerja-kerja menoreh lah tu! Tak apalah. Bahan-bahan yang dibeli pun memang akan digunakan juga untuk masak-masak di dapur.
Sesungguhnya hasil belian menjadi terapi minda! Apabila diletak dalam bekas, nampak warna-warni dan meriah.
Demikianlah kisah bermula dari limau menjadi warna-warni terapi mata di dapur!
Wogan Mandarin Oranges walaupun saiz lebih kecil berbanding Mandarin Honey Marcott tapi rasanya lebih manis. Mandarin Honey Marcott manis tetapi ada rasa masam sikit. Dua-dua sedap!
9 comments
Limau ni kalau manis memang sedap. Tak dapat nak bezakan. Kena baca label. hihi..betul sangat tu Kak Amie. Satu terapi membeli sayur-sayuran ni. Pantang nampak yang segar, terus rembat masuk troli.
BalasPadamSelalu nya begitulah hehe
BalasPadam'konon' tu yg bahaya!
BalasPadamHahahahah itulah kenapa sampai skr saya kalah belanja utk keperluan dapur masih online kak. Krn kalo pergi ke pasar langsung, pasti merembet beli yg lain 🤣🤣
BalasPadamsaya kalau betul2 nak beli 1barang memang minta suami yang belikan,kalau pergi sendiri 1barang boleh berjangkit jadi 1troli
BalasPadamSy jarang (atau tak pernah rasanya) beli limau ni. Sejenis malas makan buah lagi2 jika perlu dikopek kulitnya.
BalasPadamBetul juga tue . Kalau time perut lapar ni nampak semua makanan sedap-sedap . Sekua nak order . Lepas order baru nyesal order bebanyak . Makannya tidak banyak mana pun
BalasPadamwah sama lah peberet kita juga. Yang kecil kadang lagi manis
BalasPadamhahaha
BalasPadamorang pompuannn
fahammm sangat da