Kuih Penjaram - Kuih Tradisional Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas
8:31 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jom sembang-sembang tentang sejenis kuih bernama kuih penjaram yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, masih mendapat tempat di hati dan selera penggemar kuih tradisional di Sabah. Nama lain kuih ini ialah:
- Kuih Pinyaram
- Kuih Penyaram
- Cucur Jawa
- Cucur Gula Merah
- Kuih UFO
- Mexican Hats
Kuih Penjaram |
Dulu Amie rajin juga try and error buat kuih penjaram. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang jelek kejadiannya. Lama-lama tak berminat untuk mencuba lagi, akhirnya beli sajalah kalau teringin makan. Kalau beli, kadang-kadang rasanya sedap, kadang-kadang sebaliknya pula.
Biasanya kalau sudah beli di sebuah gerai dan rasanya enak, maka akan berkunjung lagilah ke gerai tersebut. Oleh kerana kuih penjaram boleh disimpan sehingga tiga atau empat hari, jadi bolehlah beli lebih. Kalau hendak makan lagi, panaskan saja di atas nasi yang sedang mengering. Kalau rajin Amie akan kukus. Kalau digoreng akan makan minyak dan menjadi keras pula. Sebenarnya boleh dimakan begitu saja tanpa memanaskan terlebih dahulu, tetapi Amie sukakan rasanya yang lembut dan panas.
Amie telah kongsikan resipi dan banyak cerita tentang kuih penjaram di sini:
Kudapan petang tadi : Kuih penjaram & rempeyek kacang tanah. |
Kuih Penjaram dari Gerai Seri Perdana, Lahad Datu. |
Bahan untuk membuat adunan kuih penjaram tidaklah sukar untuk diperolehi seperti tepung gandum, tepung beras, gula putih atau gula merah dan ada yang tambahkan santan untuk rasa lebih lemak. Untuk aroma lebih harum, ada yang menggunakan jus pandan.
Barangkali bergantung kepada tangan pembuat kuih atau bahan adunan, kerana setiap kali membeli kuih penjaram di tempat yang berbeza akan terlihatlah sedikit perbezaan dari segi bentuknya terutama bahagian tepi dan tengah. Ada yang berkeruping-keruping cantik di tepinya, dan ada yang mendatar di bahagian tengah. Ada juga yang bergelembung di tengahnya dan kelihatan seperti bentuk topi!
Kuih penjaram hasil tiga jenis adunan : Penjaram biasa (gula putih), penjaram pandan dan penjaram gula merah. Kuih penjaram ini Amie beli di Pasar Minggu Kota Belud. |
Penjaram Lahad Datu |
Penjaram dari Pasar Minggu Kota Kinabalu |
Penjaram dari Pasar Tani Lahad Datu |
Penjaram di Gerai Kota Belud |
Kuih penjaram sedap dimakan panas.
Tiba-tiba teringin pula hendak godek tepung dan goreng kuih penjaram di dapur sendiri!
9 comments
tak pernah jumpa lg yg gula putih & pandan...cantik pula ada 3 jenis..
BalasPadamBiasa nampak org panggil cucur jawa. Pernah rasa tapi tak kena pulak dgn tekak
BalasPadamBiasa nampak org jual masa balik Msia. Tapi nak beli asik bertangguh sbb takut tak kena dgn selera.. tengok pada rupa parasnya mcm manis sgt.
BalasPadamBanyak macam namanya ya kak...kami menyebutnya kue cucur.
BalasPadamsaya panggil kuih topi. rasanye org kelantan mmg panggil kuih topi. tapi saya tak makan kuih ni, tak kena dengan selera. Arwah abah saya suka sangat kuih ni
BalasPadamantara kuih yang dana tak pernah buat sendiri kak....
BalasPadamHaiyaaaa, nampak sedaaaaap semuaaa 🤣😄😍😍. Kami sebut ini kue cucur. Sama lah kak, saya kalo dah masalah kue2, give up. Beli aja dah paling betul 🤣. Pernah sekali bikin kue kastengel (kue keju), udahlah pakai butter wisjman yg mahal, keju edam tua, trakhir tak menjadi. Okaaaay, rugi besar sayaaa 🤣🤣🤣. Sejak itu males nak bikin kue. Better beli 😄
BalasPadamCantik kejadiannya. Baru jumpa masa di Melaka haritu tapi tak tergerak hati pula nak membeli sebab dah membeli kuih bakar, kuih keria dan kuih serabai. huhu...
BalasPadambaru mkn mggu lps. pekena dgn teh tarik fuhhhh heaven betul!
BalasPadam