Menganyam Rindu....
7:46 PGBismillahirrahmanirrahim.
Anak-anak sudah tidak sabar untuk bertemu dan berkumpul satu keluarga hujung tahun ini. Nampaknya Abang Farid kena turun dari Perak, Fuad dari Penang dan Fairuz dari Kota Kinabalu ke Selangor.
Apa cerita anak-anak Mommy dan Baba sekarang?
Pada 1 Disember 2023 Abang Farid menghadiri Malam Kimia 2023 di Citrine Ruby Ballroom One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya sebagai salah seorang penerima hadiah Research Prize in Polymer and Material Science.
Tahniah Abang Farid. |
Fuad pula, kelmarin walaupun Ahad tetap bekerja. Katanya untuk kumpul cuti sebab Mommy dan Baba balik ke Selangor. In syaa Allah nanti kita bercuti bersama sekeluarga ya dik.
Fuad tayang-tayang nasi kandar! |
Si bongsu tak jadi, Fairuz akan terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Katanya, mahal pula tiket penerbangan balik ke Kota Kinabalu. Kota Kinabalu - Kuala Lumpur RM300.00, tapi Kuala Lumpur - Kota Kinabalu RM1,000,00 pula!
Nampak sedih saja wajahnya. Maaf dik, Mommy dan Baba tak sempat datang ke Kota Kinabalu seperti yang adik pinta. Nanti kita jumpa di Kuala Lumpur - Selangor ya! |
12 comments
tahniah abang farid!!! nampaknya cuti nnt ada orang fly ke selangor lah ye
BalasPadamKasihan si bungsu... semoga rindunya bs terobati di lain waktu
BalasPadamPasti seruuuu nanti bisa berkumpul semua ya kak. 🤗. Anak2' dah jauh, jadi kesempatan untuk bertemu semua pasti selalu ditunggu
BalasPadamTahniah Abang Farid.
BalasPadamAnak muda yang hebat, semoga terus sukses!
tahniah abang farid terbaik
BalasPadamseronoknya berkumpul semua...tahniah abg farid
BalasPadamwahhh tahniah farid👍👍💪👍💪🔥
BalasPadamehemmm bleh ajak kak amie ronda2 kl ni smbl JJCM
Alhamdulillah dan Tahniah Farid. Suami pun ada pada majlis di One World tu.
BalasPadamTahniah Abg Farid 👍
BalasPadamMana gambar si bongsu sebenar Kak Amie? Haha gurau 😁
Memang tak sabar rasanya nak berkumpul ramai-ramai kan. Semoga dipermudah segala urusan semua orang. Aamiin...
BalasPadamTahniah Abang Farid, semoga terus berjaya.
Cerita Firdaus pula, sudah pasti rindu abang-abangnya.
Tahniah farid, nak cuti sekolah ni kak tak datang ke semenanjung ke jenguk anak-anak?
BalasPadamtahniah abang Farid... yang membaca pun tumpang bangga
BalasPadam