Terbang Pulang Ke Pangkal Jalan

3:14 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, akhirnya pesawat mendarat dengan selamat di KLIA Terminal 2 dan kami menaiki aerotrain untuk ke terminal satelit. Ketika entri ini ditulis, sudah ada perkhidmatan penerbangan MAS dan AirAsia terus dari Kota Kinabalu ke Jakarta. Sebelum ini kami terpaksa terbang dulu ke Kuala Lumpur kalau hendak ke Jakarta atau Pulau Sumatera. Jadi selepas ini kalau hendak ke sana, tak perlulah transit Kuala Lumpur terlebih dahulu.

Rasa syukur dan gembira yang hanya mampu dizahirkan melalui keceriaan yang terpancar dari wajah masing-masing kerana dapat menghirup kembali udara di tanah tumpah darah! 


Tempat pertama dituju setelah mengambil bagasi masing-masing sudah tentulah di Medan Selera. Rindu sangat rasanya hendak menjamah hidangan tempatan. Ketika ini kami tidak lagi bersama Kemi dan Liza kerana kedua-duanya meneruskan perjalanan pulang ke Melaka.

Masakan yang sungguh menyelerakan! Amie memilih nasi putih lauk ikan keli masak lemak cili padi, sambal belacan dan sayur peria!

Gee pun pilih ikan keli juga, dengan sayur rebung masak lemak.

Fresh Orange

Jus Tembikai


Nampaknya ramai yang memilih ikan keli. Nanti sampai LD memang tak jumpa ikan keli atau ikan air tawar yang lain.

Amie : Jus Nanas

Kuetiaw Goreng

Boleh tarik nafas lega. Hanya tinggal satu lagi penerbangan untuk sampai ke sarang masing-msing.

Penerbangan Kuala Lumpur - Tawau dijadualkan pada pukul 5:35 petang dan memakan masa selama 2 jam 50 minit untuk sampai ke destinasi. Bermakna kami akan mendarat di Lapangan Terbang Tawau pada pukul 8:25 malam.


Sudah banyak kali naik kapal terbang tapi apabila sampai masa untuk self drop bagasi dan pasang tag itulah yang menjadi masalah! Jadi, kenalah saling bantu-membantu... ahaks! Kemudian kami sama-sama solat di musolla dan seterusnya menuju ke pintu masuk. Sempat menyimpang ke pintu sebelah untuk beli kek pisang dan kemudian patah balik ke pintu masuk sebenar pesawat yang akan kami naiki.

Begitu dan begini, sampailah di Lapangan Terbang Tawau. Van yang kami sewa sudah sedia menanti. Dalam perjalanan pulan ke LD, singgah di masjid di Kunak untuk tunaikan solat jamak. Pukul 11:35 malam, Encik Suami hantar video Firdaus sedang duduk di tepi pagar menunggu kepulangan kita. Ya Allah... hibanya rasa hati!

Firdaus sedang menunggu kepulangan kita. Tepat pukul 12:00 malam van sampai di depan rumah! Tak sabar-sabar Firdaus hendak peluk kita, sambil bergenang air matanya!

Seperti biasa, kita kena tunjuk wajah gembira dan ceria, sebab Encik Suami tak mahu dengar perkataan kita penatlah, sakitlah dan yang sewaktu dengannya. Kalau penat, kata Encik Suami lain kali jangan jalan-jalan lagi. Ayoyoyooooo!

13 comments

  1. Alhamdulillah
    Jauh perjalanan luas perbelanjaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Selamat pergi dan selamat kembali.

      Padam
  2. Sadis sungguh ayat encik majid. Dah le travel tu minat amie. Tapi sain pulak tenguk daus. alolo rindu kat amie le tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... dia tak minat travel dan lasak-lasak macam kami. Yang penting, diizinkan hehehee. Itulah, Firdaus sudah faham kalau ditinggal. Memang rindu sangat tu.

      Padam
  3. Balasan
    1. Memang sedap. Tambah sedap sebab seco'et hihihiii.

      Padam
  4. Balasan
    1. Alhamdulillah. Boleh atur rancangan untuk terbang lagi.

      Padam
  5. rindu Daus pd maknya...travel mmg letih, tapi pengalaman tu yg mahal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sungguh meletihkan, tapi tambah manis setelah semuanya jadi kenangan.

      Padam
  6. Jauuuuh juga ya ke tempat akak dari KL. Tapi memang pulau Kalimantan itu jauh sangat. Dari jakarta pun lumayan juga lamanya 😄.

    Itulah kenapa sampai skr saya blm kesana lagi. Selain jauh, tiketnya juga mahal.hrs cari waktu yg pas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang jauh Fanny.
      Kalau travel, terpaksa terbang dahulu ke Kuala Lumpur. Boleh terbang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu, dan sambung ke Kuala Lumpur tapi biayanya tinggi. Jadi kami pilih samada dari Tawau atau Sandakan.
      Walaupun halangannya disebabkan jarak yang jauh, namuan kerana suka travel, diusahakan juga agar rajin menabung untuk memenuhi impian.

      Padam
  7. Baguslah sekarang dah ada flight direct dari KK ke Jakarta, tak perlu transit dah ke KLIA.
    Masing2 macam balas dendam je makan masakan Malaysia bila dah sampai. Tapi best kan.. kita melancong dapat merasa masakan negara lain pula.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe