Sambut Hari Kemerdekaan Malaysia 2023 di Jakarta
7:59 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sekitar pukul sembilan pagi, kami beramai-ramai meninggalkan Hotel Alma bersama Pak Herman untuk melihat-lihat kawasan sekitar. Sempat pula bergambar di pagi 31 Ogos 2023 di hadapan hotel. Selamat Hari Merdeka 2023!
Moga negaraku terus aman dan makmur : Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. |
Jom kita jalan-jalan melihat suasana pagi di sekitar Bandar Petamburan.
Melintas jalan raya untuk ke sebuah lorong di seberang. |
Perarakan kecil-kecilan Sambutan Kemerdekaan Malaysia 2023. |
Ketika ini cuaca sangat cerah. Matahari bersinar dengan terang. Lorong yang kami lalui agak sempit dengan pelbagai kenderaan dari arah depan dan belakang. Kedai-kedai di kiri kanan jalan ada yang belum dibuka, dan sebahagiannya sudah memulakan operasi.
Perarakan merdeka!
Pengalaman dalam kembara tidak semestinya diperoleh di kawasan bandar dan tempat yang mewah sahaja. Sesekali menyelami kehidupan masyarakat setempat tidak kurang menariknya walaupun hanya seketika cuma.
Di tepi-tepi jalan, banyak gerai jualan goreng-gorengan seperti tempe dan bakwan serta pelbagai makanan lain seperti rojak.
Jika diperhatikan, terdapat banyak jenis jualan di atas gerobak ini seperti keropok, petai, ubi kayu, betik, honeydew dan seumpamanya. Macam-macam ada! |
Nanas Madu |
Jumpa lagi Rumah Makan Masakan Padang! |
Kami leka menyaksikan penduduk tempatan, para peniaga dan pengguna lorong sempit di sini tetapi sebenarnya mereka pun asyik memandang ke arah kami. Agaknya di dalam hati mereka berkata : Dari mana pula datangnya sembilan orang perempuan yang tiba-tiba memenuhi lorong di sini!
Berpeluh-peluh jugalah kami sepanjang berjalan kaki di sini! |
Rasa lapar pula apabila melihat pelbagai jenis lauk-pauk yang ada di gerai makanan. Tentu semuanya masih panas!
4 comments
Hahahahaha saluuuut kak amiee 😄👍👍👍. Mencoba lihat kehidupan warga lokal begini saya pun suka.
BalasPadamBisa dibilang kalo jakarta itu segala macam ada. Sampe penjual sayur mayur keliling pun ada 🤣. Biasanya mereka jalan di kompelk perumahan yg mana jauuh dari pasar. Dan banyak langganannya di perumahan itu, Krn sebenernya terbantu juga kan, tak payah ke pasar jauh2, pedagang kliling dah menghampiri. Harga ofkorslah LBH mahal dikit. Tapi kita jadi tak capek
Saya sendiri lain pula. Saya pakai jasa personal shopper. Jadi saya KSH list daftar belanjaan, dia yg pergi ke pasar beli semuanya. Lalu antar ke rumah. Biayanya tinggal saya transfer ke rekening termasuk biaya kirim dan tips lah. Tak mahal, lebih capek kalo saya yg beli sendiri 🤣
Btw, kakak tak ke kedutaan Malaysia merayakan kemerdekaan wktu itu? Biasanya embassy pasti ada acara 😄. Daerah Kuningan embassy Malaysia
BalasPadamamboiiiii 👍👍👍👍
BalasPadamcuma tak ada perarakan je ni.
kalau tak.lengkap dah
Dapat juga pengalaman sambut merdeka di luar negara. Walaupun diluar, tetap kita raikan. Kena dengan tema bajunya pun.
BalasPadamBanyak lauk pauknya tu. Nampak menyelerakan. Kedai pun bersih dan cantik susun aturnya.