Salam sayang buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen.
Agak lama juga Amie tak kongsi resepi.
Nampaknya mood bercuti masih belum dapat dipisahkan...ahaks!
Dan agak kekok juga untuk siapkan entri resepi kali ini sebab semenjak dua menjak ini sudah terbiasa lepas masak terus makan!
Wokey...kita cerita tentang kuih penjaram. Kuih ini sering Amie temui di Lahad Datu, dan juga tempat-tempat lain di negeri Sabah. Enak dinikmati ketika masih panas. Opps!!! Janganlah makan sebaik keluar dari kuali! Kang melecur mulut tu....hiks!
Banyak kali juga Amie cuba buat kuih penjaram. Kalau di negeri lain namanya memang berbeza, tapi mungkin bahannya sama. Ada yang sebut nama cucur Jawa, ada yang kata topi Mexico! Cara penyediaannya pun mungkin agak sama, tapi mengikut pengamatan Amie, melalui beberapa pertanyaan dengan rakan-rakan dan mereka yang menjual kuih penjaram ini ada sedikit yang membezakannya. Ada yang kata kena peram semalaman. Ada juga kata biarkan saja selama 2 hingga 4 jam dan ada pula yang kata tak perap! Terus goreng! Ada yang gunakan gula merah. Ada yang suka campurkan gula melaka. Ada yang hanya bbuh gula putih sahaja, dan tidak kurang juga gunakan dua jenis gula!
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
200 gram gula melaka - parut
3/4 cawan gula pasir - jika suka manis, boleh tambah
2 cawan air
secubit garam
minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Ayak tepung beras bersama tepung gandum.
2. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka, garam, air dan gaul rata.
3. Tapis adunan.
4. Biarkan lebih kurang 8 jam - biasanya Amie siapkan adunan sebelum tidur dan biarkan semalaman. Keesokan paginya barulah Amie goreng.
5. Panaskan lebih kurang 2/3 cawan minyak di dalam kuali melengkung saiz kecil.
6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali. (Jika suka saiz besar boleh gunakan senduk besar tapi tambahkan minyak. Jika suka yang kecil dan comel, gunakan senduk saiz yang agak kecil).
7. Ketika adunan sedang digoreng, kuih mula kelihatan seakan-akan obor-obor, dan keruping-keruping di bahagian tepinya terbentuk.
8. Setelah kelihatan sempurna, terbalikkan kuih, dan ia akan kelihatan seperti topi coklat keemasan..
9. Biarkan sebenta dan kemudian angkat kuih penjaram tadi, dan toskan.
Kalau suka, boleh kreativitikan kuih penjaram ini. Selain penggunaan gula merah untuk warnanya, boleh juga tambahkan pewarna pandan atau pandan emulco supaya warnanya menjadi hijau.
24 ulasan:
Kalau kami bangsa bajau kt sabah ni selalu buat penjaram ni letak santan..supaya rasa lebih sedap..
Yaka?? Brpe bnyk sntan nk guna?
Berapa. Bnyk. St
n .mau .d .taruh
Blum pernah wat kueh ni baru nak cuba belajar...
Betulkah ada pantangnya...
Hi, bolehkah hari ini goreng can simpan sampai hari esok, ya masih lembutkah?
Unknown.. Boleh tak kongsi sukatan santan.. Dan santan apa yg sesuai d guna Dan tahan dari basi?
testing
Sya suka mcm Ni simple
Nanti cuba buat
Klu buat dlm 1 bungkus tepung,letak saja 1 bungkus santan..
tepung beras cap gaja 1 buli pakai ka..rasanya silap beli tepung berasvtu
nape nk simpan 8jam..😂terus goreng xbole ke...
Tggu kembang dan larut sgala2 kot..bila goreng dia jadi cantik..setakat yg arwah nenek sy bgtau la...
Satu cawan itu cawan apa? One cup yg biasa guna untuk buat kek kar?
jika takda gula melaka bolehkah digantikan dengan gula lain?
ada pantangnya. jangan nyanyi2 melalak time adun. jangan ketuk2 senduknya. mesti buat dgn hati yg ikhlas
saya selalu guna gula perang je
Lagi lame d peram ..lagi sdap adunan.. Benda nii cerewet..susah nk dpt bentuk yg cantik.. Kebanyakkan org muda xpndai buat..org dulu2 pndai
صيانة الاجهزة المنزلية في مصر
مواقع الصيانة
صيانة كريازي
Smarthost-it شركة تسويق وتصميم مواقع
Kenapa sy buat xcntk bentuk dia ye??? Sukatan sama je.. Betul ke ada yg kata, xblh buat 1gelas tepung gandum, 1gelas tepung beras???
Boleh guna gula apong ka?
Boleh lah.. Mungkin sukatan gula dengan air tak betul....
Klu 1 cawan tepung gandum dan tepung beras, gula kena 1/2cawan , guna cawan yang sama , air pesti 1 cawan jer yang telah d larutkan bersama gula mereh/melaka
Dan pastikan peram 5 ke 8jam
Atau
Masa nak mengoreng tu, pastikan guna kuali kecil dan minyak agak2 1cawan atau lebih sikit
Kalau minyak terlampau bnyk tak jadi juga.
Jgn goreng saiz besar sangat agak2 1 cawan bahagikan kepada 4 atau 6 gorengan....
Benda ni ada pandang juga, masa buat adunan kena hati tenag dan focus, masa memgoreng pun sama...
Kalau menyanyi2 atau cakap "jadi tak kuih saya ni mcm tak jadi jer" klu ckp mcm tu, bertambah2 kuih tu tepi dia x menjadi terus kembung atau jadi bulan 🤣
Terima kasih untuk resepi ini. Dah cuba buat dua kali. Sedap. Cuma agak keras untuk orang tua makan. Jadi kali kedua buat kami ubah sikit. Air kurangkan jadi 1 1/2 cawan then tambah santan satu cawan. Xberani perap lama-lama bila ada santan jadi perap dalam 3 jam lebih je. Alhamdulillah jadi :). Tapi rasanya perap lama-lama pun tak apa kot bila ada santan. sebab nampak je resepi yang pakai santan perap semalaman
1 mgu pn boleh perap dlm peti sejuk wlpn ada santan..sya biasa buat.Bila nk mkan bru goreng.2@ 3 hari maaih lembut.cuma resepi sya gna 2 cwn tpg gandum + 1 cwn tpg beras..
Catat Komen