Sarapan Bihun Goreng Lagi
8:49 PGBismillahirrahmanirrahaim.
Biasanya awal pagi lagi Encik Suami sudah keluar membeli sarapan. Selepas hantar Firdaus untuk hadi aktiviti kokurikulum di sekolah, Encik Suami pulang lenggang kangkung. Pagi ini, katanya tak perlulah beli sarapan. Ada bihun, bolehlah goreng. Begitulah cadangnya. Rajin pula dai rendamkan bihun dan keluarkan udang. Kita masuk dapur terus gorengkan bihun.
Beginilah rupa bihun goreng untuk sarapan kami. Tidak ada campuran sayur, melainkan potongan daun bawang hasil tanaman Firdaus. Kita dadarkan telur dan taburkan atas bihun goreng tadi.
Banyak hari beli bihun goreng di warung untuk bekal ke tempat kerja. Hari ini goreng bihun di dapur sendiri. Rasanya tentu tak sama dengan bihun goreng yang dibeli.
Bihun Goreng |
Rupanya Encik Suami hendak makan bihun goreng dengan sambal kicap yang kita buat semalam! Katanya, sedap betul sambal kicap itu. Terasa harum asam limaunya.
Inilah antara bahan yang kita gunakan untuk membuat kicap lada. Tambahkan kicap cap kipas udang dan kicap pedas manis Mahsuri. Walllaaaa.... enak banget! |
Bihun Goreng |
Kawan-kawan sarapan apa pagi ini?
9 comments
lama x buat bihun goreng ni makcik., hehe
BalasPadamLarilah Wak membeli di warung hehehehe.
PadamMeriah dgn warna mihun gorengnya.
BalasPadamPs…kak kita pinjam gambar punten akak letak kat blog tau
Ok Ammi. No problem.
Padamsedap tu bihun goreng siap udang...haisyh, linda masih dalam proses beljar masak, sebab hari punya bihun goreng x kn sama rase dgn bihun goreng esok...hahaha..x taw lah, jenis main masuk je ap yg suka
BalasPadamSama dengan saya juga. Kadang-kadang lain jenama bihunnya, lain pula hasil masakannya. Ada yang terlembik, dan ada yang keras kejung.
PadamMesti malamnya Encik Majid termimpi² nak makan Bihun Goreng dengan sambal kicap isterinya yang sedap 😍
BalasPadamHahaha... balik-balik dia sebut kicap lada sedap!
PadamBetul2 meneguk liur lihatnyaa 😄😍. Sambal kecap tu saya langsung bayangkan makan dengan tahu yang dimasak campur telur . Sedaap 🤤❤️
BalasPadam