Ratah Ketam Fama @ Merah dengan Air Asam
6:02 PTGBeberapa hari kemudian, sewaktu kami datang lagi ada bekalan ketam fama baru sampai. Harganya RM40.00 per kilogram. Sebelum ini RM35.00. Kami beli dua ekor seberat 1200 gram. Sempat tanya pekerja di situ, ketam ini sedap masak apa? Jawabnya: Kami biasa rebus dan makan begitu sahaja. Jawapannya itu mengingatkan Amie kepada seorang kawan baik yang sudah pergi untuk selama-lamanya. Kawan baik Amie itu pernah ajar Amie cara untuk menikmati ketam. Diajaknya Amie datang ke rumahnya, dan pada pada yang sama dia singgah membeli lima kilogram ketam di pasar. Sampai ke rumahnya, semua ketam tersebut direbus, dan disediakannya sos pencecah yang sangat ringkas. Dituangnya sos cili dan sos kicap, dan kemudian dipicitkan beberapa biji cili padi. Ketam yang sudah direbus dengan sedikit garam dan perasa, ditoskan dan kemudian kami makan berdua! Puaslah meratah isi ketam rebus dengan sos pencecah.
Ketam Fama @ Merah Rebus |
Ketam fama @ merah sedia untuk diratah. |
Sediakan air asam sebagai pencecah. |
Dan juga sambal tomato. |
Meratahlah kami tiga beranak. Rasanya macam ketam juga, tapi lebih sedap sebab isinya tebal dan banyak terutamanya di bahagian sepitnya. |
10 comments
Salam. Suka makan ketam. Tapi tak boleh banyak2... alergik.
BalasPadamsaya tak pernah tengok ketam ni. cantik warna ala2 kingcrab
BalasPadamsaya sudah lama tak makan ketam. tak bisa memasaknya pula, hanya beli saja di kedai kerana tak faham nak masak apa. heheheh
BalasPadamWow! Besar dua tapak tangan!
BalasPadamcantik pulak ketam fama ni... mcm fake tapi ori
BalasPadamSaya pun LBH suka macam tuh, rebus saja, kasih sos pedas asam. Sedaaap. Apalagi kalo kepitingnya fresh. Rasa dagingnya walo hanya rebus pasti manis 😍
BalasPadamkakkkkkkk saya kecurrrrrrrrrr dah niiiiiii
BalasPadamPertama kali tengok ketam fama ni. Terima kasih share kak Amie. Banyak isinya tu. Jarang rebus ketam sebab asyik kalah dengan masakan lemak cili api tu. Sesekali boleh juga merebus kan. Sedap di ratah dengan pencicah.
BalasPadampenuh betul isinya ye kak, yelah mesti terasa manis betul isinya tu direbus je pastu cicah dengan sambal atau sos
BalasPadamSusah nak jumpa kat sini...suka ketam ni..banyak telur dan manis isinya
BalasPadam