Sate Padang Uda Jon Pariaman
8:23 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas lawatan ke Masjid Muhammad Cheng Ho, Pak Rajaab memandu kami untuk menikmati Sate Padang Uda Jon Pariaman. Ketika itu jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Rasanya hendak pulang saja ke hotel dan terus berehat. Kawan-kawan pula hendak makan sate Padang. Ikut sajalah.
Sate Padang |
Masih mampu melemparkan senyuman walaupun muka sudah kelihatan letih dan berminyak-minyak. Kami memilih untuk duduk di bahagian luar restoran. Lebih terbuka dan berangin.
Saiz ketupat di sini besar-besar belaka! Rasanya kelongsong ketupat bukan diperbuat daripada daun kelapa. Ibaratnya sebiji ketupat mewakili lima atau enam biji saiz ketupat biasa. |
Kuah Sate Padang |
Sate Padang Uda Jon Pariaman |
Sate Padang Uda Jon Pariaman sudah ada di depan mata. Apalagi? Jomlah makan. Bismillah. Ada yang tak biasa makan Sate Padang Uda Jon Pariaman. Rasanya memang berbeza dengan Sate Padang yang pernah kami makan di Padang. Syukurlah ada jualan sate ayam kuah kacang dan lontong di gerai sebelah. Bolehlah beli.
Sate Ayam Kuah Kacang & Lontong |
Minuman pembasah tekak malam itu sudah tentulah es jeruk! |
8 comments
Selamat menyate padang
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamNampak sate tu dicelup dalam kuah sate terus.
BalasPadamEs jeruk tu menggoda.
Ya betul. Celup sate dalam kuah. Lepas tu tuang kuah sate atas sate.
PadamPagi² lapar dibuatnya tengok gambar sate Kak Amie.
BalasPadamSate Padang tinggal kenangan SK.
PadamNaaah saya sukaa kuah sate Padang yg berwarna merah coklat begini 😄👍. Krn kuah sate Padang ada bermacam2 kak Amie. Tergantung dari daerah asalnya. Yg warna kuning saya tak terlalu cocok, tp kalo kemerahan atau coklat saya suka 😄.untungnya di jakarta ada banyak penjual sate Padang yg enak. Jadi tak payah ke Padang kalo teringin 😅🤤
BalasPadamlamanya tak makan sate padang kak, akak lagi la makan di indonesia mesti lain kan rasanya
BalasPadam