Limau Bali dan Kenangan
4:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tiba-tiba teringat kenangan sewaktu hayat arwah Ayahanda masih ada! Arwah Ayahanda tanam pelbagai jenis pokok limau bali di sekeliling rumah. Ada jenis limau bali manis, getir dan masam manis. Warnanya juga pelbagai, ada isi warna putih dan ada isi warna kemerah-merahan. Tak ingat berapa pokok, tapi memang banyak ditanam selang seli dengan pokok ciku. Kalau buka pintu dapur, ada sepohon pokok limau bali rasa masam manis di sebelah kiri. Berjalan ke belakang rumah melalui pokok belimbing, ada dua pokok ciku dan kemudian jumpa dua pokok limau bali lagi. Buahnya lebat dan kalau tidak rajin menjengah ke bumbung dapur, memang tak nampaklah berbiji-biji buah limau bali di situ. Kita suka panjat pokok ini sebab tumbuhnya rendang. Gerak terus ke bahagian kanan, ada pokok limau kasturi, dua pokok jambu bertih dan sepokok limau manis. Jumpa lagi pokok limau bali yang agak tinggi. Di sebelahnya pokok ciku yang sentiasa berbuah lebat.
Kemudian, setelah melintasi tangga rumah bahagian hadapan, ada sepohon pokok bunga sakura yang sentiasa berbunga lebat, jumpa lagi dua pokok limau bali yang sangat rendang dengan buahnya yang besar-besar bergantungan. Di antara dua pokok limau bali ini arwah ayahanda letakkan pangkin tempat kami berehat-rehat. Sayangnya, walaupun buah limau bali di sini besar-besar dan isinya warna kemerah-merahan, tetapi kami tidak berminat kerana rasanya agak getir! Dan berjalan sedikit di sebelah pokok limau bali getir ini, ada serumpun pokok bunga ros merah jambu yang berbunga lebat dan menjelang petang aromanya semerbak mewangi. Di sebelah pokok bunga ros merah jambu, ada pokok ciku, dan di belakang pokok ciku ada lagi dua pokok limau bali dan sepohon pokok jambu batu!
Kalau ada jiran tetangga dan orang kampung datang, arwah Ayahanda akan petik buah limau bali dan makan bersama-sama di atas pangkin di antara dua pokok limau bali itu.
Sekiranya sudah kemuncak buah ciku mulai tua dan matang, kami sekeluarga bergotong royong memetik, mencuci dengan sabut kelapa, menjemur hingga kering. Bonda akan bungkus dengan kain dan masukkan ke dalam tin besar. Dua hari kemudian, ciku yang diperam sudah masak dan terciumlah bau manisnya! Buah-buah ciku yang sudah masak diagihkan ke rumah jiran tetangga dan saudara mara!
Limau Bali |
Limau Bali Tenom |
Sekarang sudah tidak ada lagi pokok limau bali dan pokok ciku di sekeliling rumah pusaka tinggalan arwah Ayahanda. Kalau hendak makan limau bali, beli sahajalah di pasar. Di LDU kami beli di pasar pagi dengan harga RM10.00 sekilogram. Kalau di cold storage harganya RM12.00 sekilogram. Kebanyakan limau bali di LDU datangnya dari Daerah Tenom. Rasanya manis!
Limau Bali |
Semua pokok limau bali dan pokok ciku arwah Ayahanda subur-subur belaka. Setiap sebulan sekali, arwah Ayahanda akan buka tong baja buatannya sendiri, dan menceduk isinya lalu dituangkan ke setiap perdu pokok tanamannya. Ketika itu, seisi keluarga akan menutup hidung dan ada yang muntah-muntah tidak tahan menderita dengan aroma baja buatan arwah Ayahanda.
9 comments
Dulu masa kecik SA suka makan limau bali ni..sekarang dah umur2 ni tak rasa plak nak makan walau ada banyak kenangan di sebalik limau bali ni
BalasPadamsedapppp... kalau yang masam bubuh serbuk asam boi... ngences dah ni.
BalasPadamDulu arwah atuk tanam banyak pokok ni. Mana buah yang masam takde sapa petik terbiar jatuh. Masa tu rasa takde orang jual asam boi, kalau ada mesti masing2 berebut2 petik.
Limau Bali sedap. Lama dah LeYa tak makan... Ermm...tiba-tiba teringin pula lepas baca entry ni
BalasPadamSekarang wak tanam pokok limau bali sunkist.
BalasPadamSedap buat air jus
Issshhhh besar2 sangat jeruk Bali nya kak 😍😍. Saya dulu ada pohonnya pas msh di Aceh. Tapi rasanya jenis yg getir lah. Jadi saya tak seberapa suka.
BalasPadamSaya kira rasa jeruk Bali memang getir macam tuh. Baru setelah dewasa, jadi tahu ada juga yg rasanya manis. ❤️
Kalau dapat yang manis hish sedapnya. Banyak juga ye pokok buah-buahan sekeliling rumah amie. Syiok sungguh siap ada pangkin buat acara colek mencolek.
BalasPadamMemori yg manis namun di akhirnya derita dengan bau baja 😂
BalasPadamMemori limau bali pastinya mengusik hati .
BalasPadamMemang ada limau bali jemis pahit kan cikgu...melakt kat tekak dia punya pahit..hihihi
Baja tu walau aroma pedih hidung tapi tetap organic kan..
baja arwah ayahanda dibuat daripada apa tu? hahaha...kalau ayah ammi dulu suka simpan najis2 ayam direban untuk jadi baja pokok bunga. kalau tak pun sodok aja tahi lembu yg bersepah2 disepanjang jalan besar
BalasPadam