Makan Tuaran Mee Goreng Special (Chicken) di Kala Hujan Renyai

6:40 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah hantar Firdaus ke sekolah agama, kami terus ke Hospital Lahad Datu, menziarahi tiga orang rakan kami yang sedang menerima rawatan. Prosedur perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka, dan hanya dua orang pelawat dibenarkan menziarahi pesakit pada satu-satu masa. Jika ada penjaga pesakit, terpaksalah minta tinggalkan pesakit sementara dua orang pelawat berada di situ.

Hampir dua puluh minit mencari dan menanti tempat letak kereta. Semua ruang letak kereta penuh baik di bahagian hadapan atau belakang hospital. Hujan pula terus turun mencurah-curah dari langit. Di pintu masuk hospital, pengawal keselamatan meminta nama pesakit yang ingin kami lawati, dan panggilan dibuat untuk memastikan ketika itu tiada pelawat yang berada di situ, barulah kami dibenarkan masuk.

Pesakit pertama kami lawati, Gee iaitu rakan setugas kami yang baru sahaja menjalani pembedahan appendiks dua hari lepas. Keadaannya kurang stabil kerana bacaan oksigennya tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Pesakit kedua, rakan kami iaitu Encik Ramdin. Kami terkejut kerana beliau sedang ditidurkan! Menurut isterinya Encik Ramdin telah menjalani pembedahan appendiks, tetapi tahap oksigennya jatuh, dan pernafasannya tidak stabil. Beliau terpaksa ditidurkan mulai kelmarin.

Pesakit ketiga, pengawal keselamatan di sekolah kami iaitu Encik Stewart. Minggu lepas beliau terpaksa ditidurkan kerana bacaan oksigennya jatuh mendadak. Dua hari lepas beliau menjalani pembedahan di kaki kerana ada ketumbuhan. Isi betis dan bahagian atas kakinya habis dibuang. Semoga Encik Stewart menerima dugaan ini dengan penuh ketabahan kerana menurut doktor kakinya akan memakan masa setahun untuk sembuh sepenuhnya.

“Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkan semua sakit ini, berilah kesembuhan, hanya Engkau yang mampu memberi kesembuhan. Tiada kesembuhan selain dari-Mu. Sembuh yang sempurna iaitu tidak terkena sakit lagi.”

Hujan masih turun tetapi mula renyai-renyai. Memikirkan perut sudah berasa lapar, kami pun singgah makan di Sri Perdana. Amie memesan Tuaran Mee Goreng Special sementara Encik Suami memesan Ayam Penyet Gon Lou Mee. Sesuai dengan susana sejuk hujan renyai-renyai, Encik Suami memesan minuman panas, tetapi Amie pesan minuman sejuk pula.

Amie : Tuaran Mee Goreng Special (Chicken)

Encik Suami : Ginger H.K. Milk Tea

Encik Suami : Ayam Penyet Gon Lou Mee

Snack : Dumpling Fried

Amie : Ho Ka Sai (Cold)

Ho Ka Sai

Perut sudah penuh dengan Dumpling Fried dan Ho Ka Sai (Cold), jadi minta tolong Encik Suami habiskan Tuaran Mee Goreng Special (Chicken).

Hidangan tambah menyelerakan dengan adanya sambal kicap dan sambal cili padi halia.


9 comments

  1. kalau tengok akak punya gambar makanan takde yg tak menyelerakan

    BalasPadam
  2. Kak, ditidurkan itu maksudnya dibuat koma, tak sadar kan? Maknanya ada 2 kalo ditidurkan di sini. Benar2 dibuat tidur, atau ditidurkan (kasarnya dimatikan) Krn tak tertolong lagi.

    Ya Allah semoga diangkat semua penyakit Orang2 ini, banyak sangat musibah mendekati akhir tahun ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ditidurkan itu kira dikomakan atau dengan bahasa lembutnya direhatkan. Kebanyakan pesakit yang ditidurkan ini ada yang terus 'tidur' dan ada yang sembuh / pulih seperti sediakala.
      Terima kasih doanya. Memang sekarang banyak yang jatuh sakit dan pergi selama-lamanya dalam keadaan mengejut.

      Padam
  3. Sejak zaman kovid ni bila dengar di tidurkan Allhuakbar.....seriau je. Semuga sahabat-sahabat amie sembuh seperti dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Notie. Masih teringat arwah kakak saya yang ditidurkan awal tahun 2023, dan akhirnya pergi untuk selama-lamanya.

      Padam
  4. Semoga rakan-rakan Cikgu Amie cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
    Pilunya bila dengar ada rakan yang sakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Memang rasa sedih apabila ada rakan kita yang sakit.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe