Ikan Rebus Kuah Budu & Ulaman
2:31 PTGAmie kongsikan gambar Ikan Rebus Kuah Budu & Ulaman. Tapi ini bukan lauk makan tengah hari kami hari ini. Ini lauk kelmarin. Selain Ikan Rebus Kuah Budu & Ulaman, Amie tambahkan Sambal Tempoyak. Ada pun sambal tempoyak ini, Amie gunakan buah durian segar. Barulah puas makan! Encik Suami sangat suka. Kita takut jew kalau Encik Suami habiskan sendiri... ahaks!
Kita rebus dua ekor ikan kembung. Tambahkan sekeping asam gelugur dan sedikit garam. Setelah masak, toskan dan pisahkan isi dengan tulang ikan. Untuk kuah budu pula, kita tambahkan satu sudu kecil serbuk belacan dan satu sudu kecil pati asam jawa dan gula secukup rasa. Kemudian perahkan sebiji limau nipis. Tambahkan hirisan bawang merah dan cili padi hiris. Oleh kerana sudah disediakan sambal tempoyak, jadi kalau hendak rasa pedas lagi, bolehlah piicit-picit cili padi hiris yang diletak atas Ikan Rebus Kuah Budu tadi.
Peneman Ikan Rebus Kuah Budu sudah tentulah ulaman seperti mentimun, lobak merah dan kacang bendi celur serta isi petai goreng.
Ikan Rebus Kuah Budu |
4 comments
sedap...bertambah-tambah nasi kalu mcm ni...ada tempoyak fresh lg...
BalasPadamYa Allah sedap ni tau makan tapi tak tahu buat hahaha.. sedap mkan dgn nasi panas2 :D
BalasPadamMenarik pula petai goreng tu, biasa makan yang mentah atau celur.
BalasPadamSaya masih penasaran dengan rasa sambal tempoyak kak Amie 😄❤️. Pengen bandingkan dengan tempoyak Palembang juga.
BalasPadamOmg, kalo dah ada ulaman, dan samal, confirm saya lebih suka pakai itu makannya 😄😍