Pages

Sabtu, 18 November 2023

Sate Padang Uda Jon Pariaman

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas lawatan ke Masjid Muhammad Cheng Ho, Pak Rajaab memandu kami untuk menikmati Sate Padang Uda Jon Pariaman. Ketika itu jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Rasanya hendak pulang saja ke hotel dan terus berehat. Kawan-kawan pula hendak makan sate Padang. Ikut sajalah.

Sate Padang




Masih mampu melemparkan senyuman walaupun muka sudah kelihatan letih dan berminyak-minyak. Kami memilih untuk duduk di bahagian luar restoran. Lebih terbuka dan berangin.



Saiz ketupat di sini besar-besar belaka! Rasanya kelongsong ketupat bukan diperbuat daripada daun kelapa. Ibaratnya sebiji ketupat mewakili lima atau enam biji saiz ketupat biasa.

Kuah Sate Padang

Sate Padang Uda Jon Pariaman


Sate Padang Uda Jon Pariaman sudah ada di depan mata. Apalagi? Jomlah makan. Bismillah. Ada yang tak biasa makan Sate Padang Uda Jon Pariaman. Rasanya memang berbeza dengan Sate Padang yang pernah kami makan di Padang. Syukurlah ada jualan sate ayam kuah kacang dan lontong di gerai sebelah. Bolehlah beli. 

Sate Ayam Kuah Kacang & Lontong

Minuman pembasah tekak malam itu sudah tentulah es jeruk!


8 ulasan:

  1. Nampak sate tu dicelup dalam kuah sate terus.
    Es jeruk tu menggoda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Celup sate dalam kuah. Lepas tu tuang kuah sate atas sate.

      Padam
  2. Pagi² lapar dibuatnya tengok gambar sate Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Naaah saya sukaa kuah sate Padang yg berwarna merah coklat begini 😄👍. Krn kuah sate Padang ada bermacam2 kak Amie. Tergantung dari daerah asalnya. Yg warna kuning saya tak terlalu cocok, tp kalo kemerahan atau coklat saya suka 😄.untungnya di jakarta ada banyak penjual sate Padang yg enak. Jadi tak payah ke Padang kalo teringin 😅🤤

    BalasPadam
  4. lamanya tak makan sate padang kak, akak lagi la makan di indonesia mesti lain kan rasanya

    BalasPadam