Pages

Rabu, 15 November 2023

Ikan Rebus Kuah Budu & Ulaman

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa crita hari ini?
Semoga rakan-rakan sekalian dalam keadaan sihat dan ceria sepanjang hari. Tengah hari ini makan nasi lauk apa ya? 

Amie kongsikan gambar Ikan Rebus Kuah Budu & Ulaman. Tapi ini bukan lauk makan tengah hari kami hari ini. Ini lauk kelmarin. Selain Ikan Rebus Kuah Budu & Ulaman, Amie tambahkan Sambal Tempoyak. Ada pun sambal tempoyak ini, Amie gunakan buah durian segar. Barulah puas makan! Encik Suami sangat suka. Kita takut jew kalau Encik Suami habiskan sendiri... ahaks!


Kita rebus dua ekor ikan kembung. Tambahkan sekeping asam gelugur dan sedikit garam. Setelah masak, toskan dan pisahkan isi dengan tulang ikan. Untuk kuah budu pula, kita tambahkan satu sudu kecil serbuk belacan dan satu sudu kecil pati asam jawa dan gula secukup rasa. Kemudian perahkan sebiji limau nipis. Tambahkan hirisan bawang merah dan cili padi hiris. Oleh kerana sudah disediakan sambal tempoyak, jadi kalau hendak rasa pedas lagi, bolehlah piicit-picit cili padi hiris yang diletak atas Ikan Rebus Kuah Budu tadi.

Peneman Ikan Rebus Kuah Budu sudah tentulah ulaman seperti mentimun, lobak merah dan kacang bendi celur serta isi petai goreng.

Ikan Rebus Kuah Budu


Ulaman Lobak Merah, Mentimun, Kacang Bendi & Petai Goreng
Sambal Tempoyak
Ikan Rebus Kuah Budu

4 ulasan:

  1. sedap...bertambah-tambah nasi kalu mcm ni...ada tempoyak fresh lg...

    BalasPadam
  2. Ya Allah sedap ni tau makan tapi tak tahu buat hahaha.. sedap mkan dgn nasi panas2 :D

    BalasPadam
  3. Menarik pula petai goreng tu, biasa makan yang mentah atau celur.

    BalasPadam
  4. Saya masih penasaran dengan rasa sambal tempoyak kak Amie 😄❤️. Pengen bandingkan dengan tempoyak Palembang juga.

    Omg, kalo dah ada ulaman, dan samal, confirm saya lebih suka pakai itu makannya 😄😍

    BalasPadam