Bismillahirrahmanirrahim.
Jom cari makan selera kampung di Restoran Bakso Legend yang terletak di Perdana Square Lahhad Datu. Bertahun-tahun jugalah tidak jejak ke sini walaupun kedudukannya tidaklah sampai satu kilometer dari rumah kami. Dulu pernah beberapa kali makan bakso di sini.
Untuk menikmati hidangan makan tengah hari memang sangat sesuai memilih tempat ini. Apalagi untuk orang yang baru nak baik dari demam seperti Amie dan terjumpa pula sup kosong yang sangat sedap. Memang puaslah menghirupnya. Pilihan makanan pun pelbagai dan sudah tentulah kami memilih hidangan ala-ala kampung yang sudah semestinya enak-enak belaka. Selain bakso, ada set nasi pilihan seperti set nasi dengan ikan basung, ikan tuna, ikan keli, ikan bolu, set nasi ayam penyet dan sebagainya.
|
Amie : Set Nasi Ikan Basung |
|
Amie : Cendol Durian |
|
Set Nasi Ikan Basung |
Set Nasi Ikan Basung RM13 didatangkan bersama nasi putih, lima ekor ikan basung @ ikan selayang goreng panas-panas, latok, kilau mangga, kacang bendi rebus, hirisan timun, telur masin dan sambal. Untuk sup panas, pelanggan kena ambil sendiri. Oleh sebab supnya sangat sedap, jadi tiga kali Encik Suami tambahkan untuk kita!
|
Latok & kilau mangga berpisah tiada. |
|
Gandingan mantap, lauk ikan basung goreng dengan ulaman latok serta pencecah. |
|
Encik Suami : Set Nasi Ikan Tuna RM10.90 |
|
Set Nasi Ikan Tuna dihidangkan bersama lauk-pauk termasuk ikan tuna goreng, latok, kacang bendi, hirisan timun, tempe goreng dan sambal serta semangkuk kecil sayur pucuk ubi kayu, |
|
Cendol Durian : RM16.00 |
|
Buah durian direnjis dengan gula melaka. |
Sesiapa yang hendak makan nasi lauk seperti di rumah yang ringkas tapi menyelerakan ini bolehlah datang ke Restoran Bakso Legend pada pukul 11:00 pagi ke atas. Banyak lagi hidangan lain yang sedap-sedap menanti anda di Restoran Bakso Legend.
Saya catat tempatnya ini. Lahad datu itu Sabah kan kak Amie? Nanti kalo ke Malaysia lagi, nak sangat mampir. Sabah Kuching serawak memang dah ada dalam bucket list saya utk di visit
BalasPadamYg set ikan saya penasarn sangaaat. Apalagi pakai anggur laut. Apa namanya dlm BHS Melayu ya? Yg warna hijau tuh, mirip anggur.
Masyaa Allah..terliurnya set nasi ikan basung tu..
BalasPadamTerbayang kerangupan latok dan lemak masin ikan basung rasa lapaq dan dan
Freshnya latok tu, rasanya 2 kali je saya makan, suka gak sebab macam meletup2 dalam mulut 😁
BalasPadamterbayang ikan selayang / sardin ni buat masak balado..sedapnya
BalasPadamgeramnya nengok latok2 tu kak nampak fresh dan besar.... abc durian tu dia punya kacang bukan main banyak dah besar2
BalasPadamhaihhh dugaan org puasa hari ni tgk makanan sedap sedap belaka hehehe
BalasPadamMacam ikan sardin goreng garing tu kak amie..alaaaa kenapa sedap sanagt tu...
BalasPadamHidangannya kelihatan tidak mengecewakan.. boleh berlama² di restoran nak menghabiskan semua yg dipesan.
BalasPadamMacam menarik hidangan Set Nasi Ikan Basung tu Kak Amie. hidangan lengkap dah tu. Wahh sedapnya cendol penuh mangkuk. Nasib baik baru mencendol juga. hihi...
BalasPadam