Semburan Bola Api Dari Mulut Naga & Son Tra Night Market
7:42 PG
Selepas makan di Simpur Restoran, kami singgah sebentar di Son Tra Night Market. Kemudian menapak ke seberang jalan menuju ke taman di tepi Sungai Han menikmati panorama malam. Masih lagi terlupa, rupanya malam itu malam sambutan Tahun Baru Cina. Ramailah penduduk tempatan dan pelancong memenuhi kawasan taman tersebut.
Antara pemandangan menarik yang dapat disaksikan pada malam itu ialah Jambatan Naga nun di sana! Naga gergasi yang merentangi jambatan tersebut akan bertukar-tukar warna. Sekarang warnanya hijau.
Jambatan Naga di kala senja.
Jambatan Naga atau sebutan Vietnamnya Cầu Rồng. di waktu siang. Warnanya kuning keemasan. Jambatan ini dijadikan mercu tanda sempena pembebasan Vietnam dari tentera Amerika Syarikat. Panjang jambatan ini ialah 666 meter.
Kita cerita dulu suasana pasar malam di sini.
Tidak banyak tempat kami teroka.
Dan tidak juga begitu banyak gerai, barangkali malam itu malam Tahun Baru Cina!
Di bahagian hadapan pasar malam, persembahan pelbagai nyanyian sedang diadakan. Kami duduk seketika di tepi tembok melihat persembahan mereka. Tak berani duduk atas kerusi sebab saiznya kecil. Kami sangka kerusi tersebut untuk kanak-kanak sekolah tadika, rupanya memang di sini kerusinya kecil-kecil belaka! Itu pun setelah kami perhatikan betul-betul ketika berjalan melintasi gerai-gerai makan! Memang orang dewasa yang duduk di atas kerusi saiz kecil-kecil tersebut!
Sekarang kami berada di taman pula, meninggalkan pasar malam dan persembahan kebudayaan yang sedang berlangsung.
Dari taman, dapat dilihat dengan jelas hotel penginapan kami di seberang sungai, Danang Riverside Hotel.
Ketika sedang bersiar-siar di taman, tiba-tiba mata tertumpu kepada semburan bebola api dari mulut naga nun di atas jambatan sana.
Dapatlah kami saksikan beberapa kali semburan bebola api yang besar dari mulut naga gergasi ini.
Beberapa minit kemudian mulut naga menyemburkan air pula. Bertempiaranlah lari pengunjung yang berdiri di bawah mulut naga tersebut!
Sekian cerita Dragon River Bridge dan Son Tra Night Market.
Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:
1 comments
v
BalasPadam