Makan Gỏi Cuốn Tôm & Bánh Xèo di Thien Ly Restaurant
7:57 PTG
Apabila berkali-kali makan di Simpur Restaurant, maka berkatalah di dalam hati tiada peluang untuk merasa makanan tradisi Vietnam, memandangkan di Simpur Restaurant hanya menawarkan masakan Melayu Nusantara sahaja. Kemudian makan pula di Zeytun Middle Eastern & Mediterranean Cuisine, memang tak akan jumpalah makanan tradisi Vietnam yang diidam-idamkan, yang selalu dilihat di kaca televisyen! Tak apalah.
Mungkin tidak ada rezeki kali ini. Barangkali, selain Da Nang, boleh jumpa banyak restoran halal yang menghidangkan makanan tradisional Vietnam.
Maka, pejam mata sahajalah kalau ingin menikmati gỏi cuốn tôm dan bánh xèo.
Gỏi cuốn tôm ialah roll spring segar atau roll kertas beras, dan di dalamnya terdapat udang, sayur-sayuran dan vermicelli beras.
Alhamdulillah!
Malam terakhir kami pada 25 Januari 2020, selepas menyusuri Sungai Han dengan menaiki feri, kami dibawa makan malam di sebuah restoran halal iaitu Thien Ly Danang Style. Bila terpandang menu gỏi cuốn tôm dan bánh xèo, tanpa berfikir panjang, kita pun terus pesan! Kita pesan yang ada udang. Ada pelbagai pilihan bahan inti yang digunakan. Gỏi Cuốn Tôm atau Prawn Summer Roll yang Amie pesan di bawah ini berharga 50,000 VND, lebih kurang RM9++. Satu set Gỏi Cuốn Tôm mengandungi 5 gulungan lengkap dengan sos pencecahnya sekali.
Selain prawn summer rolls, Amie pesan bánh xèo, sejenis lempeng goreng vietnam yang juga diperbuat daripada tepung beras, dan di dalamnya ditambah inti mengikut pesanan. Amie memilih inti cendawan.
Datanglah set lempeng berintikan cendawan dan juga taugeh yang besar! Lengkap dengan kertas beras, dan salad serta pencecahnya! Set ini berharga 80,000 VND, lebih kurang RM14++.
Sesungguhnya tak larat nak habiskan kedua-duanya!
Bukan apa, sebelum sampai hidangan yang dipesan memang macam-macamlah yang ditelan terlebih dahulu kerana memenuhi pelawaan kawan-kawan yang tak habis makan hidangan mereka!
Jadi, sesiapa yang berkunjung ke Da Nang, bolehlah singgah di Thien Ly Da Nang Style untuk menikmati pelbagai hidangan tradisi Vietnam. Restoran ini letaknya di 37 Ba Đình, Thạch Thang, Hải Châu, Đà Nẵng 551300, Vietnam.
Restoran ini mempunyai sijil halal, dan terima kasih kepada rakan peserta trip kerana berkongsi sijil halal tersebut.
6
Dah cerita dua makanan idaman, marilah kembali semula ke luar pintu masuk restoran... ahaks! Sewaktu kami tiba, restoran ini sudah dipenuhi pelanggan, tapi masih ruang untuk kami duduk.
Antara hidangan yang dipesan oleh rakan-rakan.
Ahmad, tour leader kami menunjukkan cara menggulung roll kertas beras dengan memasukkan inti pilihan.
Dah siap!
Gunting dulu supaya saiznya lebih kecil dan mudah untuk masuk mulut...hiks!
Salawati memesan Bún bò Huế atau bún bò iaitu sejenis sup Vietnam yang mengandungi bihun atau vermicelli dengan daging lembu. Katanya, ada rasa serai dalam sup ini. Semangkuk sup ini berharga 60,000 VND, lebih kurang RM11++.
Masytah pula memesan Bihun Perancis atau Le Bo Bun (Le Garde-Manger De Francaise).
Masytah cari kangkung (morning glory) juga di sini.
Di sini dipanggil Rau Muong Xao Toi.
Dan Dayah pula dengan nasi goreng seafood.
Sekian cerita makan malam di Thien Ly Restaurant.
Tentulah rasa seronok sangat dapat makan makanan yang diidam-idamkan sejak sekian lama!
Mudah-mudahan ada kesempatan untuk berkunjung ke wilayah lain di Vietnam dan berpeluang menikmati makanan tempatan yang lain pula.
Jom Din. Perut dah kenyang, kita baliklah.
Selamat malam!
Bolehlah bersiap-siap sebelum tidur malam ini, sebab keesokan harinya dah nak balik .
Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:
1 comments
This is how my partner Wesley Virgin's story starts with this shocking and controversial video.
BalasPadamYou see, Wesley was in the military-and shortly after leaving-he unveiled hidden, "MIND CONTROL" secrets that the government and others used to get everything they want.
As it turns out, these are the exact same SECRETS tons of celebrities (notably those who "come out of nothing") and elite business people used to become wealthy and successful.
You probably know how you only use 10% of your brain.
That's because most of your brainpower is UNCONSCIOUS.
Maybe that expression has even taken place IN YOUR very own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head around 7 years ago, while driving a non-registered, beat-up garbage bucket of a car without a license and $3.20 on his banking card.
"I'm absolutely frustrated with living paycheck to paycheck! When will I finally succeed?"
You've taken part in those thoughts, am I right?
Your very own success story is waiting to start. You just have to take a leap of faith in YOURSELF.
Watch Wesley Virgin's Video Now!