Makan Tengah Hari di Simpur Restaurant (Halal Bruneian & Malay) Danang

8:46 PTG

Waktu senja matahari terbenam,
Berkelip-kelip si kunang-kunang,
Jalan bercuti ke negara Vietnam,
Singgah di Hoi An dan juga Danang.

Maaf, pantun kurang sempurna, kurang puitis terutama dari segi pemilihan diksi yang sepatutnya senada dan seirama dengan rima tengah dan rima akhir. Apa pun, sebagai permulaan barangkali masih boleh diasah bakat terpendam nun di dasar laut...hiks! Jom kita sambung entri percutian singkat ke Danang, Vietnam Amie bersama kawan-kawan.

Tempat pertama kami singgah sebaik sahaja keluar dari Danang Airport ialah di Simpur Restaurant yang terletak di 165 Đ. Trần Hưng Đạo, Nại Hiên Đông, Sơn Trà, Đà Nẵng 550000, Vietnam. Walaupun ruang restoran ini agak kecil, namun suasananya selesa kerana tidak sesak dengan pelanggan, dan kemudahan wifi percuma, tandas dan juga tempat solat turut disediakan. Melihat gambar Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien yang terlekat di dinding restoran, terasa seperti berada di Borneo pula!
Sebelum itu, layan dulu gambar di bawah ini.

Penerbangan kami dari Kuala Lumpur pada pukul 10:10 pagi dan tiba di Danang pada pukul 11:50. Waktu di Danang lewat satu jam dari waktu kita. Jadinya, kalau di Danang pukul 11:50 pagi bermakna waktu di tempat kita pukul 12:50 tengahari. Campur dan tolak, kira-kira 2 jam 40 minit jugalah tempoh penerbangan kami. Alhamdulillah, walaupun kelihatan begitu ramai orang yang beratur panjang di tempat pemeriksaan imigresen, tetapi urusan di situ tidak memakan masa yang lama. Lancar!

 Selamat datang ke Danang!


Sumber : Kumpulan WhatsApp

Van inilah yang digunakan sebagai kenderaan kami sepanjang berada di Danang.

Sambil memilih menu yang akan dipesan, mata sempat membaca info tentang restoran ini seperti di bawah.

Simpur ialah sejenis bunga kebangsaan Negara Brunei Darul Salam. Restoran ini diberi nama Simpur Restaurant sempena nama bunga tersebut. Restoran ini dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Brunei Darussalam sebagai memenuhi rasa tanggungjawab menyediakan sumber makanan halal untuk penuntut dan pengajar yang berada di Danang. Alhamdulillah, selain warga Brunei, muslim yang lain pun dapat manfaat bersama di sini untuk turut menikmati hidangan halal. Di Danang sebenarnya tidak banyak restoran yang menyajikan hidangan halal. 

Seperti yang biasa dilihat di restoran Brunei, wajah Sultan dan Sultanah Brunei memang wajib ada di dinding restoran. Daulat Tuanku!
Menu pilihan yang ditawarkan merupakan menu Nusantara, dan tidak ada menu tempatan. 




Sementara menanti hidangan tiba, kami basahkan dahulu tekak dengan minuman sejuk. Sebenarnya perut tidaklah lapar sangat sebab awal pagi di KLIA2 sudah isi perut dengan nasi lemak!

 Dan dalam penerbangan pun kami dihidangkan dengan Nasi Lemak Pak Nassier pula!


Tidak dapat dinafikan, harga yang ditawarkan juga lebih tinggi berbanding harga di tempat kita. Contohnya Nasi Goreng Bawang Putih berharga 100.000VND = RM18++. Minuman yang Amie pesan (gambar atas) berharga 40.000VND = RM7++. 


Antara hidangan tengahari yang kami pilih termasuklah Nasi Goreng Tom Yam Seafood seperti di bawah ini.



Agak lama jugalah kami menunggu pesanan tiba, memandangkan masing-masing memilih menu yang berbeza. Tukang masak pun kena ambil masa untuk menyediakannya.

 Pesanan kedua tiba, menu Mee Goreng Seafood.


 Kemudian disusuli dengan Nasi Goreng Bawang Putih.

Teruja nak tahu rasa Nasi Goreng Bawang Putih, tapi tak jumpa pula bawang putihnya atau aromanya hihihiii. Yang ada ialah mix-vege, kentang dadu kecil-kecil dan juga daging.


Dan yang terakhir tiba di meja kami ialah Mee Goreng Daging. Oleh kerana hidangan sampai ke meja berselang masa, jadi setiap kali hidang tiba kami makan bersama-sama dalam satu pinggan!  Mungkin sudah kenyang makan nasi, kami rasa Mee Goreng Daging pulalah yang sedap!



Setelah selesai makan tengahari, kami ke tingkat atas untuk menunaikan solat jamak. Dan kemudian meneruskan perjalanan melihat-lihat sekitar bandar Danang.




Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:

2 comments

  1. ooohh restoren tu di miliki kerajaan brunei ye kak.... menarik jugak tu kan

    semua menu tu nampak sedap betul... cantik betul bunga kekwa kecil-kecil hiasan tu

    BalasPadam
  2. Kat Ho Chi Minh pun dah banyak kedai- kedai makan muslim yang best..rindunya nak pi Vietnam lagi..nak pi Da Nang lagi...sebabnya Da Nang ni sejuk...pergi musim bunga dia pun best...mee goreng daging tu nampak sedap kak amie...nampak sama macam mee goreng daging Pak Zain buat..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe