Asam Pedas Ikan Tenggiri di Simpur Restaurant
7:47 PG
Kali ketiga kami berkunjung ke Simpur Restaurant!
Alhamdulillah, rezeki berada di tanah asing tapi masih boleh menikmati masakan dan makanan halal.
Kami pilih untuk makan nasi berlauk ikan. Oleh kerana ada menu asam pedas, jadi kami memilih asam pedas ikan. Ada juga masakan kari. Kedua-dua jenis masakan asam pedas dan kari menggunakan ikan yang sama iaitu ikan tenggiri. Sayurnya pula, oleh kerana malam tadi sudah makan kangkung, kami memesan sayur kacang panjang. Tidak banyak pilihan sayur, dan kacang panjang pula tiada. kami minta sayur terung.
Asam pedas ikan tenggiri sudah sampai. Aksesorinya pun terung juga, dengan hirisan tomato.
Datang pula kari ikan tenggiri.
Oh! Ada terung juga!
Kemudian, datang pula sayur terung!
Alhamdulillah, semuanya sedap belaka. Sayur terung sedap. Asam pedas dan kari ikan juga sedap!
Intan menu yang dipesan kawan-kawan yang lain.
Nasi ayam penyet.... memang menu kegemaran mereka!
Lepas makan tengahari, seperti sebelumnya kami tunaikan solat jamak di restoran ini. Kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.
Pemandangan di jalan raya dari dalam van.
Oleh kerana esok sambutan Tahun Baru Cina, jadi mereka sedang membuat persiapan hiasan seperti membeli pokok bunga kekwa dan juga pokok limau.
Nampaknya kenderaan paling banyak digunakan di sini ialah motorsikal.
Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:
0 comments