Makan Cekodok Udang di Simpur Restaurant
5:37 PTG
Aktiviti terakhir kami pada malam kedua di Danang, sudah tentulah isi perut setelah turun dari gunung...ahaks! Sekali lagi kami singgah makan di Simpur Restaurant. Rupanya malam itu merupakan malam terakhir kami makan di sini kerana keesokan harinya restoran ini akan ditutup. Oh ya... pekerja juga bercuti sempena Tahun Baru Cina.
Malam itu kami pesan cekodok udang. Cecah dengan sos cili Thai. Waduh! Enak banget ni kalau ada minuman panas!
Sekali lagi kami pesan asam pedas ikan tenggiri.
Nasi Goreng Bawang Putih.
Mee Goreng Daging.
Dan tak lupa keledek ungu goreng yang sedap sangat tu!
Yang habis dulu sudah tentunya cekodok udang!
Kalau sampai Danang, jangan lupa singgah jamu selera di sini ye : Simpur Restaurant yang terletak di 165 Đ. Trần Hưng Đạo, Nại Hiên Đông, Sơn Trà, Đà Nẵng 550000, Vietnam.
Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:
1 comments
Hujan di Gombak ni kak amie. Kalau ada cekodok udang tu sedap ni :)
BalasPadam