Golden Bridge (Sun World Bà Nà Hills Đà Nẵng)
3:59 PTG
Akhirnya dapat juga tangkap gambar sepasang tangan gergasi ini. Pertama kali melihatnya dalam gambar (sebelum sampai ke sini) rasa semacam jew sebab warna tangan dan jejari tu nampak pucat! Turun saja dari cable car, rasa tak sabar untuk meniti jambatan emas (Golden Bridge) yang disanggah oleh dua belah tangan gergasi ini.
Berada di ketinggian 1400 meter dari paras laut, sebenarnya kami sudah berada di atas kayangan. Apa tidaknya, awan-gemawan berada di bawah kami.
Gambar-gambar di atas ini Amie ambil dari balik cermin kaca sebelum kami jejakkan kami ke Golden Bridge di bawah ini.
Sekarang, dengan rasminya kami pun menjejakkan kaki ke Golden Bridge.
Cable car yang membawa para pengunjung yang tak putus-putus datang ke sini.
Ambil sajalah seberapa banyak gambar walaupun tak bijak nak pilih sudut...hiks!
Panjang Golden Bridge ini hanya 150 meter sahaja.
Berjalan tak sampai berapa minit, sudah sampai ke penghujungnya.
Intai di bahagian bawah Golden Bridge. Tangan gergasi ini sedang menopang jambatan emas.
Di penghujung jambatan emas, kami menapak lagi ke taman bunga!
Terjumpa bunga hyacinth yang wangi itu lagi!
Aduhai... suasana petang bertambah nyaman! Sudahlah semakin sejuk, ditambah pula dengan haruman hyacinth yang lembut mengasyikkan! Jom layan jiwa sekejap dengan gambar di bawah ini.
Alamak!
Ada tulip lagi!
Rupanya di sini dipenuhi dengan taman-taman bunga tulip pelbagai warna!
Bunga tulip ditanam di atas tanah, sementara bunga hyacinth ditanam di dalam pasu atas kepala nu....
Oleh kerana hari menjelang petang, kami tidak sempat meneroka ke semua bahagian taman ini. Jadi, tangkap sajalah mana yang dapat.
Dah jumpa tulip memang tak ingat dunia!
Kalau boleh nak peluk-peluk bunga tulip tu...ahaks!
Mendongak ke atas, terpandang cable car yang berulang-alik membawa pengunjung.
Selain taman-taman, disediakan juga tandas. Masuk tandas sekejap, dan bersyukur sangat sebab ada air dalam tandas! Taklah kena isi botol mineral dengan air bawa masuk tandas...hiks!
Apabila berada agak lama di satu-satu tempat, tak dapatlah nak terok semua kawasan. Kalau ada rezeki datang buat kali kedua, memang nak abadikan banyak tempat menarik di sini dalam gambar. Kebetulan hari pun hampir senja, jadi kami tyerpaksa kejar masa.
Cadangan seterusnya kami akan naik roller coaster, tetapi ketika kami sampai, giliran untuk menaiki roller coaster tidak kesampaian kerana sudah menjelang pukul 6 petang. Untuk keselamatan, kami tidak dibenarkan beraktiviti di sini dalam keadaan gelap malam.
Pintu masuk ke roller coaster.
Maka berakhirlah sudah perjalanan kami di Ba Na Hills.
Baliklah kami ye....
Tinggallah bunga tulip yang cantik dan bunga hyacinth nan wangi di kala senja!
Sekali lagi kami menaiki cable car untuk turun ke bawah. Rasanya perjalanan pulang ini agak lama pula! Tak apa.... jangan risau. Plastik muntah masih ada. Kalau rasa mabuk dan pening, cepat-cepat tarik sehelai!
Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:
Bercuti ke Vietnam : Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills
Makan Tengahari di Simpur Restaurant (Halal Bruneian & Malay) Danang
Hai Van Pass
Han Market Da Nang
Makan Keledek Ungu Goreng di Simpur Restaurant
Salem Riverside Hotel
Da Nang Museum of Cham Sculpture
Pantai Laut Mỹ Khê & HiepThanh
Asam Pedas Ikan Tenggiri di Simpur Restaurant
Naik Cable Car ke Bà Nà Hills
Cantiknya Tulip! Harumnya Hyacinth di French Village Ba Na Hills!
Golden Bridge (Sun World Bà Nà Hills Đà Nẵng)
Makan Cekodok Udang di Simpur Restaurant
Semburan Bola Api Dari Mulut Naga & Son Tra Night Market
Coconut Forest Basket Boat Tour di Cẩm Thanh, Hội An, Quảng Nam
Hội An Ancient Town yang Mengasyikkan!
Zeytun Middle Eastern & Mediterranean Cuisine
Mengunci Cinta di Love Bridge Danang Kala Senja
Naik Feri Waktu Malam di Sungai Han
Makan Gỏi Cuốn Tôm & Bánh Xèo di Thien Ly Restaurant
Tốt Bởi Danang & Hẹn Gặp Lại!
Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:
Bercuti ke Vietnam : Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills
Makan Tengahari di Simpur Restaurant (Halal Bruneian & Malay) Danang
Hai Van Pass
Han Market Da Nang
Makan Keledek Ungu Goreng di Simpur Restaurant
Salem Riverside Hotel
Da Nang Museum of Cham Sculpture
Pantai Laut Mỹ Khê & HiepThanh
Asam Pedas Ikan Tenggiri di Simpur Restaurant
Naik Cable Car ke Bà Nà Hills
Cantiknya Tulip! Harumnya Hyacinth di French Village Ba Na Hills!
Golden Bridge (Sun World Bà Nà Hills Đà Nẵng)
Makan Cekodok Udang di Simpur Restaurant
Semburan Bola Api Dari Mulut Naga & Son Tra Night Market
Coconut Forest Basket Boat Tour di Cẩm Thanh, Hội An, Quảng Nam
Hội An Ancient Town yang Mengasyikkan!
Zeytun Middle Eastern & Mediterranean Cuisine
Mengunci Cinta di Love Bridge Danang Kala Senja
Naik Feri Waktu Malam di Sungai Han
Makan Gỏi Cuốn Tôm & Bánh Xèo di Thien Ly Restaurant
Tốt Bởi Danang & Hẹn Gặp Lại!
4 comments
cantiknya kak jambatan tu... tengok dekat lagi lah...
BalasPadamsiap duduk bersimpuh lagi ye, bersih je nampaknya kak...
geramnya nengok sana sini penuh bunga tulip... bestlah mesti wangi je sana sini kan...
cumanya gayat lak nengok gambar dari atas tuh kak
Bestnyer Amie gi jalan-jalan..teringin jugak tapi belum ada kesempatan.
BalasPadamPercaya kalau orang cakap ini bukan vietnam, tapi kenyataan memang di vietnam.....
BalasPadamDana,
BalasPadamsebenarnya rasa singkat sangat masa di sini, agaknya sehari suntuk baru puas teroka setiap sudut heheeee.
Suzana,
mana tahu rezeki kita satu hari nanti dapat jalan-jalan sama.
Nas,
kan... sebelum ini Vietnam tidak ada dalam senarai, tapi lepas ni nak teroka lebih banyak wilayahnya.