Hai Van Pass

2:18 PTG

Sungguh ayu wajah sang puteri,
Pipi licin bak telur dikupas,
Selesai solat dan makan tengahari,
Teruskan perjalanan ke Hai Van Pass.

Selepas makan tengahari dan solat jamak di Simpur Restaurant, kami terus menaiki van. Bandar Da Nang kelihatan tenang, bangunannya agak tersusun, banyak yang rendah berbanding yang tinggi. Lalu lintasnya juga tidak sibuk, barangkali ketika itu jam baru menunjukkan angka 3 petang, jadi jalan raya agak lengang.
Pemandu van membawa kami melalui beberapa selekoh, dan nampaknya kami sedang menuju ke atas, melalui lereng-lereng bukit dengan disajikan suasana nan menghijau. Apabila berada di paras yang lebih tinggi, terpandang pula lautan nan membiru di bawah sanun! Cantik!
Tempat laluan kami dipanggil Hai Van Pass atau Laluan Hai Van dan juga disebut sebagai Sea Clouds Pass atau Ocean Cloud Pass. Ia merupakan laluan tertinggi di Vietnam iaitu kira-kira  500 meter dari aras laut, terletak di utara Da Nang dan di selatannya ialah bandar Da Nang serta Lang Co Lagoon di sebelah utaranya.

Kami berhenti di seberang jalan berselekoh menghadap ke benteng pertahanan tentera. Bagi yang berminat, bolehlah tanya Pak Google dengan lebih lanjut. Kita pun tak berapa faham tentang kubu pertahanan ini walaupun tour guide ada menerangkan sedikit, tetapi disebabkan sibuk nak tangkap gambar, telinga pun terus jadi 'mata' juga untuk tangkap gambar sama. Kalau belajar sejarah Vietnam, mungkin serba sedikit dapat membantu memahami situasi di sini. Ilmu sejarah kita hanya sampai ke negara Thailand saja...ahaks! Tentang Vietnam pula, hanya tahu negara ini pernah dijajah Perancis.

Selekoh ini agak berbahaya kepada pemandu atau individu yang tidak biasa berada di sini. Nak kata seekoh tajam tidak juga, tapi kena berhati-hatilah sewaktu melintas jalan sebab kenderaan datang dari dua arah, bawah dan atas.

 
Rasa rugi juga sebab tak  mengkaji tentang negara Vietnam sebelum berkunjung ke sini. Apa pun apabila disebut tentang kubu sudah tentulah ia berkaitan dengan peperangan, pertempuran, musuh dan lawan, senjata dan tentera serta mereka yang terkorban  semasa melawan musuh.

Di sini suhunya agak rendah. Terasa dingin dan nyaman sekali tetapi sesekali terselaklah pakaian dan tudung apabila ditiup angin kencang! Kalau pakai topi, eloklah ikat kemas supaya tidak terbang ditiup angin. Mengenangkan perjalanan yang agak meletihkan dari LD pada hari kelmarin, terbang ke Kuala Lumpur, tidur-tidur ayam di surau KLIA2, kalau boleh rasa nak tidur saja bawah pokok jambu batu tu...ahaks!




Imej mungkin mengandungi: luaran


 Pemandangan dari kawasan kubu pertahanan.


 .Terdapat gerai-gerai kecil di bahagian bawah. Nanti kita jalan ke situ, tengok apa yang ada.

 Ambil dulu beberapa keping gambar.





Imej mungkin mengandungi: 4 orang, termasuk Salami Simon dan Salawati Ishak, orang senyum, orang duduk, luaran dan alam
Bahagia tanpa syarat....hiks!

Hahaaa... macam tak ada benda lain dah. Pisang pun masuk lensa juga. Ini bukan sebarang pisang tau. Pisang ini ditanam di tanah Vietnam..kihkihkihhh!


Buah kelapa ini nampak layu, tidak sesegar warna kelapa pandan. Tapi jangan hakimi dia dari kulitnya tau. Airnya manis dan harum!


Di sana sini, akan terjumpalah topi begini! Kena pandai tawar harga kalau nak beli. Boleh dapat separuh dari harga yang ditawarkan. Itu pun kalau peniaga jenis peramah dan rajin layan pelangganlah. Kalau mereka buat sombong, tinggalkan saja. Cari di tempat lainlah pulak. Da Nang tidak menjanjikan suhu yang rendah di semua tempat, kerana ada kalanya cuaca panas lil lit....!

Jom kita lihat apa lagi yang ada di sini. Kalau berkenan bolehlah beli. Kalau tak mahu beli, boleh cari di tempat lain pula.







 Hari pun beransur senja. 
Tinggal dulu Hai Van Quan dengan sejarahnya yang tersendiri.
Kita kembali menyusuri Hai Van Pass.

Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:

1 comments

  1. Seronoknya jalan- jalan tempat orang..bila la nak pergi travel lagi ni...sempadan pun tutup je lagi kan...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe