Bercuti ke Vietnam : Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills

10:20 PTG

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Jumpa lagi!
Setelah beberapa hari dapur maya ini tidak berasap, kali ini Amie sajikan kenang-kenangan sewaktu bercuti di Da Nang, Vietnam sempena cuti Tahun Baru Cina.
Nampaknya semangat untuk menulis masih terbenam di dasar laut, jadi perlahan-lahan kembalikan kekuatan itu. 

Terima kasih buat MH MUSLIM PARADISE yang telah merealisasikan impian kami untuk percutian singkat Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills di Vietnam.


Oleh kerana belum sempat edit gambar dan menulis travelogue sepenuhnya, Amie paparkan dahulu beberapa keping gambar sewaktu kami menghabiskan percutian selama 4 hari 3 malam di sana. Dengan izin-Nya jua dapatlah kami menambah kenalan ketika kembara bersama. Seperti biasa, percutian kali ini kami teman berteman dengan Salawati dan Dayah serta Masytah. Alhamdulillah, dapat menjalin silaturahim dengan semua peserta trip. Mudah-mudahan dapat bersama lagi dalam percutian yang seterusnya.


Hari pertama tiba di Da Nang, kami melawat sekitar bandar dan kemudian bergerak melalui jalan berbukit. Sempat menyaksikan keindahan laut nan membiru dari lereng bukit. Kami bergambar kenangan di puncak Hai Van Pass. Suhunya sejuk-sejuk manja saja. Dari sini bolehlah kita melihat pemandangan alam yang menghijau.

Oh!
Kami berkunjung ke Da Nang ketika penduduk di sana sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina! Sempatlah juga ronda-ronda seketika di Pasar Korea dan pasar malam.

Kami check in di SALEM Riverside Hotel.

 3 malam kami menginap di sini.

Antara tempat lawatan sepanjang kami di sana, termasuklah ke Đà Nẵng Museum of Cham Sculpture yang terletak berhampiran Sungai Han.

 Dan jalan-jalan di tepi pantai yang berpasir putih halus seperti di Lancelin Sand Dunes, Western Australia.

 Saat yang ditunggu pun tiba!
Sebelah petangnya kami menaiki cable car menuju ke Ba Na Hills.

Apa ada di Ba Na Hills?
Kenalah rajin-rajin ikuti entri seterusnya dalam travelogue ke Da Nang ye.

Bila kami sampai di sini, harum jew suasana sekitar!
Mula-mula tertanya-tanya juga, aroma bunga apa? Sudahlah suhu agak dingin dan begitu nyaman, ditambah pula dengan haruman semerbak menyentuh deria bau!

Setelah kami duduk-duduk di tepi kolam, baru kami sedar haruman yang lembut menggoda deria bau itu datangnya dari arah bunga hyacinth!

 Pelbagai warna bunga hyacinth terdapat di sini.


Kemudian kami menaiki cable car sekali lagi untuk sambung perjalanan ke Golden Bridge atau Jambatan Emas.

 Ini dia Golden Bridge!
Ada sepasang tangan seakan-akan memegang jambatan tersebut!



Apa lagi yang ada di Ba Na Hills?
Kami sempat melawat French Village dan juga taman bunga tulip.
Alhamdulillah. Rezeki kami datang ke sini dengan kuntuman tulip pelbagai warna!



Keesokan harinya kami berdayung sampan bulat pula di muara sungai.

Sampan bulat ini diperbuat daripada buluh yang dianyam. Dengar katanya, sebiji sampan bulat ini berharga 300USD.


Tentulah ada pengalaman yang kami tak akan lupakan sepanjang berada di dalam sampan bulat yang menyusuri muara sungai ini.

 Tidak ketinggalan, kami juga mengunjungi Hoi An.

Hội An ialah sebuah bandar di Vietnam, di wilayah Quang Nam. Bandar ini adalah ibu kota kuno Vietnam. Hoi An terletak 30 km di selatan Da Nang.


 Hoi An juga tersenarai sebagai salah satu warisan dunia UNESCO.

Istimewanya ketika berada di sini, seakan-akan sedang menikmati musim luruh! Daun-daun pokok berwarna merah dan berguguran sepanjan jalan!

 Antara makanan jalanan yang boleh ditemui di Hoi An.


Sudah sampai Vietnam, jangan lupa nikmati sajian tradisinya yang enak-enak seperti spring roll atau roll kertas beras.


Jika berkesempatan, bolehlah cuba bánh xèo, atau  lempeng goreng Vietnam yang diperbuat daripada tepung beras dengan campuran isi pelbagai pilihan seperti cendawan, taugeh, udang, bawang dan lain-lain.

 Malamnya pula, boleh bersiar-siar di sekitar bandar Da Nang.

 Suasana senja di tepi sungai.


 Jambatan yang asyik bertukar warna!


Boleh naik feri untuk menyaksikan pelbagai pemandangan di kala malam menjelma termasuklah melihat jambatan naga yang mengeluarkan api dari mulutnya. Naga ini pun sentiasa bertukar warna juga!

 Setakat ini dahulu yang sempat Amie tuliskan.
Ada masa nanti Amie akan kongsikan setiap tempat yang kami kunjungi.




Terima kasih buat tour leader kami, Encik Hazwan, tour guide kami Encik Ahmad yang terbang dari Ho Chi Minh, pemandu van, dan rakan kenalan kami semua, Encik Din dari Thailand & Encik Azhari, Puan Salmiah, Puan Izzan dan Puan Rozie.

Jumpa lagi dalam entri seterusnya.

Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:

3 comments

  1. cantiknya semua bunga-bunga itu kak oi, bunga lupin tu cantik betul... tak sangka dia ada bau wangi ya, tulip tu pun alahai...tepi jalan banyak betul bunga lawa2...

    BalasPadam
  2. Dana,
    hahaaa... sempat menyelit rehatkan minda ke Da Nang... jumpa pulak bunga-bungaan. Tambah-tambah happylah kami hihihiiii.

    BalasPadam
  3. Best tengok bunga-bunga dia... cantik sangat.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe