Hội An Ancient Town yang Mengasyikkan!

12:44 PTG

Salam sejahtera buat semua dan selamat berhujung minggu.
Nampaknya belum selesai lagi entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam. Akhir-akhir ini memang agak sibuk, bukan sahaja di tempat kerja, di rumah pun begitu juga. Agak lama juga tak kongsi resepi sebab memang dapur tak rajin nak berasap....hiks! Farid dah terbang balik ke Perak 8 Februari lalu, diikuti dengan Fuad pada 14 Februari pula terbang ke Johor. Tinggalkan Fairuz bertungkus lumus dengan kerja kursus STPMnya, dan dari kelmarin hingga ke hari ini ikut seminar di Dewan Seri Perdana. Si bongsu Firdaus baru sahaja menyiapkan kerja sekolahnya, dan sedang menonton televisyen. Encik Suami pula, entah apa yang sedang dibuat di belakang dapur sana. Bersihkan rumpu bawah pokok mangga kot.
Jom ikuti coretan seterusnya perjalanan kami dari muara Sungai Thu Bon ke Hoi An Ancient Town. Huurrrmmm... memang tak rugi datang ke sini. Kalau diberi sehari semalan di sini, menginap di sini tentu tambah seronok dapat menyaksikan segala pemandangan pagi, petang, siang dan malam....ahaks! Maklumlah Hoi An merupakan sebuah bandar tua yang diisytiharkan sebagai salah satu warisan dunia UNESCO. Tentu ada sesuatu yang unik akan ditemui di sini.
Bandar ini kecil sahaja  tetapi diwartakan sebagai bandar terbaik dunia oleh pembaca laman web Travel + Leisure. Hoi An termasuk dalam senarai The Top 15 Cities in the World dan menduduki carta pertama mengalahkan San Miguel de Allende di Mexico. Dan tempat ketiga pula diduduki oleh Chiang Mai, Thailand.

Hội An merupakan sebuah bandar di wilayah Quang Nam, Vietnam. Perjalanan dari bandar Da Nang ke sini mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan jarak 30 km ke selatan Da Nang. Oleh kerana kami bergerak awal pagi dari hotel menuju ke sungai bermain basket boat, jadi perjalanan ke Hoi An Ancient Town tidaklah mengambil masa yang lama.


Pada mulanya, agak keliru juga dengan suhu dan musim di Danang. Maklum sahajalah datang ke sini pun main terjah sahaja tanpa membuat kajian dan bacaan terlebih dahulu. Ada orang kata sejuk, ada yang kata panas. Yang sejuk itu sudah tentulah di atas gunung sanun, di Ba Na Hills yang kami kunjungi kelmarin. Itu pun tidaklah sesejuk mana, hanya rasa nyaman dan selesa sahaja tanpa memakai baju sejuk. Tak tahulah tubuh badan orang lain, sebab kita ni jenis banyak simpan lemak, dan berguna di waktu-waktu sejuk untuk panaskan badan... ahaks!


Sebaik turun dari van, seorang penjual topi sudah berada di luar pintu. Memandangkan cuaca yang agak panas, dan ternampak sungai terbentang di sebelah sana, jadi Amie pun belilah sebiji topi dengan harga 100VND (kalau tak silap, sebab pada mulanya dia letak harga 200VND). Kira okey, sebab dapat harga potongan sehingga 50%. Penjual itu yang beri diskaun, Amie tak minta...hiks!

Dari pintu gerbang dan atas jambatan, sudah terlihat warna-warna ceria di sana-sini menyambut kedatangan kami.

 Selamat datang ke Hoi An Ancient Town.



Kereta antik sudah menunggu di bawah pokok. Sesiapa berminat boleh sewa untuk jalan-jalan keliling bandar.

Penjual topi masih mengekori kami!
Itulah satu usaha mencari rezeki dengan kudrat tulang empat kerat.
Tak mahu beli, kita tolak dengan baik.
Lagi pula, soal tawar-menawar tak berapa lancar... heheee barangkali disebabkan bahasa ayam dan itik di antara kami. Amie beli saja sebab memang perlukan topi tersebut.

 
Banyak bangunan bercat warna kuning di sana sini. Dengan warna atap coklat, kombinasi warna ini mampu menceriakan suasana.

 Nak naik basikal pun boleh, tapi kami memilih untuk jalan kaki sahaja.



Kedai makan atau restoran kebanyakannya dipenuhi oleh para pelancong. Banyak pelancong dari barat ada di sini.


Vietnam bukan sahaja terkenal dengan naga keramatnya, tetapi juga topi tradisionalnya yang mengangkat motif bunga dan tumbuh-tumbuhan sebagai lambang budaya hidup mereka yang berasaskan pertanian khususnya penanaman padi.

 Hasil kraftangan yang pelbagai, nampak sungguh teliti cara pembuatannya.




Kalau dah nampak benda-benda begini, memang tak cukuplah masa 1-2 jam berada di sini...ahaks!




 Nampak lembut sangat selendang-selendang ini.

Pakaian tradisional wanita pun nampak menarik dan cantik dengan hasil sulamannya yang sangat berseni jahitannya! Katanya, di bandar Hoi An ini ada kedai-kedai menjahit pakaian 24 jam, dan sesiapa yang ingin menempah boleh tunggu dan ambil pada hari yang sama. Haa... ini berita baik bagi mereka yang berhasrat untuk menginap di sini! Hari ini tempah, esok boleh bawa pulang.


 Jom lihat di seberang jalan berhampiran sungai. Ada gerai jualan buah-buahan di situ.



 Isi durian yang sudah dibungkus berharga 150VND. Lebih kurang RM27.00 matawang kita.


Hoi An terletah di bahagian tengah Vietnam, di sekitar garis pantai pusat, jadi suhunya tinggi sepanjang tahun. Bermakna, tiada suhu sejuk-sejuk manja di sini. Dan terbukti, buah-buahnnya pun sama saja dengan buah-buahan di negara kita yang panas sepanjang tahun dengan iklim khatulistiwa. Ada nanas, buah nona, rambutan, mata kucing, jambu air, buah asam jawa, mangga, durian..bla..blaaa! Dan suhu paling tinggi di sini ialah sekitar 38'C terutamanya pada bulan Julai dan Ogos.

Gerai-gerai makan menghadap Sungai Thu Bon.


 Pokok bunga kertas tumbuh subur hingga ke bumbung kedai. 







Pemandangan di Sungai Thu Bon ini agak kotor sedikit denga kehadiran sampah yang mungkin di bawa air yang mengalir.













Banyak tanglung bergantungan di ranting pokok dan juga kedai dengan pelbagai warna. Bayangkan bila malam menjelma, bagaimana pula suasanya? Tentu menarik bukan?









 Seterusnya, lihat sahajalag gambar-gambar yang dipaparkan, yang sempat dirakam.

Pada mulanya kami sangka ada musim luruh di sini setelah melihat banyak daun berguguran berwarna merah oren. Rupanya bukan musim luruh tetapi awal musim kemarau kerana di katakan Hoi An akan mengalami kemarau pada bulan Februari sehingga bulan Julai setiap tahun.

Gambar kenangan di awal musim kemarau di Hoi An Ancient Town.









 Memang mengasyikkan melihat lukisan di sini.






 Hohooo.... nak datang lagi ke Hoi An!
Salawati kata nak repeat Da Nang.
Moh kita!



 Tak sempat rembat t-shirt...kihkihhh!














 Cantiknya tanglung warna-warni!



 Jom intai makanan jalanan di Hoi An.


 Walaupun pisang, tapi nampak menarik pula hasil gorengannya.





 Wah! Puas makan udang nih!













 Di sinilah banyak habiskan masa memilih souvenir...hiks!























Budaya Vietnam yang berasaskan ekonomi pertanian padi berkembang berabad-abad lamanya mengikut budaya kuno Dong Son. Penerapan unsur-unsur Konfusianisme dan Taoisme terlihat dalam sistem politik dan falsafah tradisonal masyarakat ini. Namun begitu, pengaruh budaya kaum pendatang seperti Cina Selatan turut mempengaruhi budaya hidup mereka.
Biar pun Vietnam cuba menangkis pengaruh budaya luar terutamanya dari barat, namun sejak 1990-an, negara ini mula terdedah kepada budaya dan media Asia, Eropah khususnya dari Perancis dan juga Amerika.

Wokey!
Kami sudah sampai ke penghujung jalan.
Perut pun dah berkeroncong!





 Dah puas jamu mata, sekarang tiba masa untuk jamu selera pula.
Jom cari makan tengahari!

 Simpur Restaurant hari ini tutup. Ke restoran mana pula kami nak isi perut?

Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:

3 comments

  1. cantiknya pemandangan kat sana kak, gerai-gerai jualan nya pelbagai, semua hasil tangan nya cantik-cantik betul, buat mata geram dengan warna yang menarik...
    cantik topi yang dijual, dana suka topi yang ada reben hitam dan bunga tuh kak, sesuai untuk jalan tepi pantai atau pakai saja-saja heheheh...

    beg bentuk bulat tu pun cantik lah... semua cantik la kraftangan kat situ

    BalasPadam
  2. assalamualaikum. harga souvenir mcm magnet or key chain , mana lebih murah? di Hoi An or han market?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe