Lamb Chop Cukup Rasa
7:11 PTG
Assalamualaikum.
Selamat petang dalam salam sayang buat semua rakan pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Ketika ini Amie sudah meninggalkan rumah dan bermakna Amie's Little Kitchen tidak berasap untuk beberapa hari kerana Amie menghadiri mesyuarat rasmi di Tawau. Bagaimana pun, untuk rakan-rakan yang sentiasa sudi bertandang, Amie tidak biarkan tudung saji di dapur Amie kosong tanpa sebarang hidangan. Pagi tadi Amie sempat sediakan Lam Chop Cukup Rasa untuk rakan-rakan yang disayangi. Sebenarnya resepi ini telah Amie rancang beberapa minggu yang lalu sebagai salah satu resepi untuk penyertaan contest MAGGI GOOD TO GREAT CAMPAIGN - Mieza : When A Working Mother Cooks. Oleh kerana, sekembalinya Amie dari mesyuarat nanti sudah tentu tidak sempat menyertainya kerana tarikh tutup contest ini ialah pada 25 Disember, jadi Amie tunaikanlah juga hasrat hati Amie pada hari ini.
Amie terlupa untuk bertanya kepada anak-anak tentang menu Lamb Chop Cukup Rasa yang dihidangkan sebelum berangkat ke Tawau pagi tadi. Jadi, sebaik sahaja teringat Amie minta pendapat anak-anak. Apa kata si bujang tengah? Tersangat sedap! Balik Lahad Datu nanti Mummy buat lagi ye.... Amie sendiri akui, memang ada perbezaan rasa berbanding di beberapa tempat yang pernah Amie makan.
Setiap kali menghidangkan set lamb chop Amie pasti teringat anak-anak buah Amie yang gemar menikmatinya. Resepi begini memang Amie pernah sediakan untuk anak-anak buah yang memesan khas supaya Amie hidangkan untuk mereka. Biasanya kalau kami buat rumah terbuka raya, pada sebelah siang kami khaskan untuk jiran tetangga serta rakan taulan baik dari sebelah Amie mahu pun sebelah Encik Suami. Manakala sebelah malamnya pula kami sediakan menu khas untuk keluarga sebelah Encik Suami. Sambil menyediakan menu untuk tetamu yang hadir sebelah siang, Amie ambil kesempatan memerap daging bebiri untuk dipanggang pada sebelah malam. Anak-anak buah kami sempat mengingatkan supaya Amie sediakan sekali kentang goreng! Encik Suami menggeleng kepala sambil berkata.... "Hari raya orang makan ketupat, kenapa nak makan lamb chop?"
"Tak kisahlah, bukannya selalu mereka datang. Apa salahnya sekali-sekala layan selera mereka! Dah tahu apa mereka nak makan, senanglah kita nak sediakannya." Itu jawapan Amie. Memang benar, cara penyediaannya tidaklah sesukar mana, hanya sedikit bahan pemerap dan sudah semestinya ditambah dengan Maggi Cukup Rasa!
Encik Suami menambah..... "Atuk suka lamb chop." (Atuk merujuk kepada FIL).
"Nanti Mummy sediakan untuk Atuk sekali," jawab Amie sebab faham apa yang dimaksudkan oleh Encik Suami. Memandangkan tidak semua ahli keluarga berminat dengan lamb chop, jadi Amie kena pastikan berapa orang yang ingin makan sebab kalau berlebihan nanti membazir pula!
Itulah cerita kami bersama keluarga dan sanak saudara. Bukannya selalu dapat bertemu, hanya sesekali bersua pada hari-hari tertentu seperti hari raya, kenduri, sambutan ulang tahun, hari ibu dan juga hari bapa. Jadi, apa salahnya sesekali sediakan menu yang mereka gemari.
Tentu Aznan dan Aman serta Rini masih ingat lamb chop yang pernah Amie sediakan. Waktu itu Atuk (FIL) masih ada, dan betapa seronoknya ketika itu! Masih teringat lagi, anak-anak buah Amie minta mayonis sebagai sos tambahan untuk dinikmati bersama set lamb chop yang tersedia sepinggan seorang!
Resepi : Lamb Chop Cukup Rasa
Bahan-bahan:
4 keping daging biri-biri
3 ulas bawang putih - kisar
3cm halia - kisar
1 sudu makan Soso Perisa Tiram Maggi
1 sudu makan Maggi Cukup Rasa
1 biji lemon - perah jusnya
3 sudu makan minyak zaitun
Cara:
1. Perap daging biri-biri bersama kesemua bahan di atas.
2. Perap selama 4 jam (perap semalaman dalam peti sejuk lebih baik kerana semua bahan meresap dalam daging).
3. Panggang daging biri-biri di atas kuali non-stick hingga masak.
Untuk sosnya pula Amie sediakan seringkas mungkin menggunakan sos lada hitam serta beberapa bahan campuran yang lain seperti di bawah.
Sos Lada Hitam
Bahan-bahan:
1 cawan sos lada hitam
3 sudu makan SosTomato Maggi
3 sudu makan Sos Cili Maggi
1 sudu makan Sos Perisa Tiram Maggi
1 sudu makan lada hitam - tumbuk
1 labu bawang besar - cincang halus
3 sudu makan mentega
1 cawan air
Cara:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar hingga garing.
2. Masukkan kesemua bahan dan biarkan sos mendidih dan pekat.
3. Angkat dan tuangkan di atas kambing biri-biri yang sudah dipanggang.
4. Hidangkan bersama kentang goreng, brokoli dan lobak merah celur.
Senang bukan cara menyediakan Lamb Chop Cukup Rasa dengan menggunakan bahan perencah keluaran Maggi. Untuk Mieza, nampaknya hanya 3 resepi sahajalah yang mampu Kak Amie hasilkan sebagai penyertaan dan sokongan untuk memeriahkan lagi contest yang dianjurkan itu.
Untuk pengetahuan rakan-rakan yang berminat, contest ini bermula dari 26 November sehingga 25 Disember 2012. Hadiah yang ditawarkan pula sungguh lumayan berupa satu set Maggi Culinary Solutions dan Percutian Keluarga ke Legoland Malaysia bernilai RM1500.
Syarat-syarat penyertaan:
1) Hendaklah menjadi FOLLOWER kepada blog When A Working Mother Cooks. Kalau belum jadi follower cepat-cepat tekan butang follow kat sebelah kanan blog ni.
2) Memasak apa-apa sahaja makanan kegemaran dengan menggunakan barangan MAGGI (contoh Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.- apa-apa sahaja barangan MAGGI) - INGAT tau baragan MAGGI je jadi jangan pula guna Knorr ke, Lee Kum Kee ke etc
3) Mengambil gambar dan postkan entry tersebut di blog anda.
4) Ceritakan tentang pengalaman indah anda (testimonial) menggunakan barangan MAGGI dan bagaimana MAGGI menyumbang kepada kehidupan seharian anda.
5) Hantarkan entry blog anda beserta gambar masakan kepadaasliza.yusoff@live.com.my dengan menyertakan butiran berikut:
a) Nama
b) URL untuk post berkenaan
c) Nama masakan
6) Anda boleh post seberapa banyak post/entry yang anda suka dalam masa sebulan kempen. Setiap kali anda post entry tersebut ke blog anda, sila hantar email bersama butiran seperti di perkara (5) di atas.
7) Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan post yang terbanyak dan pengalaman (testimonial) yang paling unik.
SEBARKAN CONTEST INI kepada semua rakan-rakan anda...
24 comments
Isk isk isk lom habis pitam tgk ayam masak merah dtg lak lamb chop adehhhhhh menyanyi terus perut D5 hehehheh best nyerr amie...
BalasPadamtakde la susah mana pun nak buatnya amie kan? yg penting..rajin mencuba.
BalasPadamnak join tapi agak-agak sempat x?hehe
BalasPadamdah laa esok baru nak balik rumah..huuuu
Delima,
BalasPadamlepas ni dapur tak berasap sampai minggu depan Delima....
Whitecappuccino,
betul tu WC... sebenarnya ada maca2 resepi lamb chop ni, pilihlah yang senang dan sesuai dengan selera.
Faa,
boleh Faa... yang penting ada masa lagi sampai 25 Disember... jomlah joint bagi meriah-meriah!
sedap nye lamb chop..hubby saya suka order ni..saya suka chiken chop
BalasPadamMemang secukup rasa..sampai tengok pun bikin liur terjatuh...duinaaa..
BalasPadamMasakan pengikat kasih sayang..
BalasPadamSedapnya, sampai terkesima ummi tengok gambar, hehe..
kalau kambing memang sedap Amie meratah mmg tak cukup sekeping dua keping tu..
BalasPadamsalam syg amie..anda buat saya rasa berada kat steak house skrg..hehe..gravy yg cantik & nampak fresh! :)
BalasPadampeberet hubby saya tu kak tp bukan peberet sy sbb sy tak makan bekk..bekk.. hehehe..
BalasPadamtu kalo akk hulur depan hubby sy comfirm licin kak...
salam amie..
BalasPadamwahh.. bertuahnya anak2 amie.. walau ditinggalkan oleh ibunya beberapa hari tp puas hati sebab sebelum ditinggalkan pagi2 lagi anak2 dpt nikmati lamb chop yg sedap ni...
lamb chop nie fav suami zila kak..minat betul dia mkn ..zila mcm slow sikit..akk mmg rajin tau:) suka dtg sini..semuanya best2:)
BalasPadamfuyyoooo..... hebat2! walaupun tun xmakan daging, tp nmpk sgt sedap nih!
BalasPadamPeberet saya tu kak...biasanya makan kat kedai jer...lepas ni nak buat sendiri...Thnks kak berkongsi resepi..muaahhhhh sayang akak..
BalasPadamuwalah...enak ei..piye arek roso ki??
BalasPadamKak Amie...salam rindu...wahhhh tak tahan mieza tengok lamb chop..dah meleleh dah air liur mieza...kak amie TQ sudi sertai campaign tu..insyaAllah mieza dan MAGGI akan buat pemilihan pemenang sebaik saja campaign ditutup...TQ kak amie
BalasPadamHi Salami, wow! You sure can cook up a storm. Looks so delicious.
BalasPadamBut regret lamb, itek and kambing not on my food list, ha ha.
Can see you have a black belt in cooking.
Have a nice weekend and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
ps, senang datang, ya.
bestnyerr..mcm sajian profesional western food jee...sedap2!!
BalasPadamTihara,
BalasPadamKak Amie suka buat sendiri sebab hasilnya menepati selera diri & family....
Rahel,
lap liur tu dulu Rahel... mari makan sama, Kak Amie sediakan sepinggan he he hehh
Ummiross,
mudah-mudahan Ummi... jom makan sama Ummi.
Kak Nooriah,
BalasPadamanak-anak yang rebut2 makan... kita seronok aje tengok!
Lesung Batu,
salam sayanggg.... sesekali kita layan selera macam kat steak house okey kan LB...
Mas,
he he hehh lain orang lain seleranya ye Mas.
Madiha,
BalasPadamhe he hehh kalau berjauhan tentu rindua-rinduan ye Madiha, itulah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Zila,
alhamdulillah Zila... masih ada kudrat untuk menyediakan sajian....
Tun Telani,
memang ada oprang tak makan lamb, dulu kakak pun tak makan tapi tengok MIL (juga tak makan lamb) selalu masak utk FIL... akhirnya tersuka pula...
MP,
BalasPadammemang sedap kalau makan di luar MP, tapi bila tahu buat sendiri kakak suka pula makan di rumah sebab boleh pilih bahan kegemaran kita.
Rohah,
yo ayok... dolan reney toh, mengko tak gawek no...
Mieza,
salam sayang dari kakak... nampaknya tak banyaklah resepi yang boleh disumbangkan sebab kakak asyik terlari ke sana ke mari menghadiri mesyuarat & urusan rasmi sampai Krismas nanti. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah juga kakak tumpang meriahkan contest tu ye Mieza..
Uncle Lee,
BalasPadamterima kasih banyak... wow! terima kasih... dapat dah Amie back belt dari Uncle Lee!
Nens,
terima kasih Nens sayanggg... jemput!
Aslmkum Amie.
BalasPadamsedap nampak lamb chop Amie hidangkan ni.set nasi tomato dg ayam masak merah kat bwahpun nampak sedap....
good luck Amie utk contest maggi ni!