Rahsia Kesihatan Dari Kunyit
9:17 PTG
Assalamualaikum.
Rakan-rakan pengunjung yang budiman, selain berkongsi resepi Amie juga ingin berkongsi pelbagai info tentang kesihatan di bawah label Pemakanan Sihat. Memandangkan "We Are What We Eat", eloklah rasanya kita peka terhadap pengambilan makanan dalam diet kita sehari-hari. Sebenarnya makanan yang kita makan akan menentukan keadaan kesihatan tubuh.
Alhamdulillah, Amie sempat membaca beberapa buah buku yang berkaitan dengan pemakanan dan kesihatan yang Amie beli beberapa bulan yang lalu. Kalau dahulu Amie kekurangan bahan bacaan kerana punya banyak waktu untuk membaca sehingga mengulang baca beberapa kali buku sesebuah buku tersebut, tetapi 7 tahun belakangan ini Amie kekurangan waktu untuk membaca walaupun dikelilingi oleh buku. Pada mulanya Amie fikirkan tidak perlulah membeli bahan bacaan kerana ketiadaan masa yang mencukupi untuk membacanya, tetapi pada masa yang lain pula Amie mendapat fikiran adalah lebih baik Amie membeli apa sahaja buku yang Amie gemari. Buku tidak akan basi seperti makanan dan tidak akan rosak jika disimpan dengan baik. Jadi, bila ada kelapangan Amie boleh membeleknya.
Kunyit
Ehsan : Google (Wikipedia)
Info yang ingin Amie kongsi bersama ialah tentang pengambilan kunyit dalam masakan berdasarkan buku Rahsia Kesihatan Dari Kunyit. Kunyit merupakan bahan dapur yang memilik banyak khasiat. Ia sejenis tanaman rempah-ratus sebagai pelengkap perencah dapur yang sangat terkenal di negara kita. Kunyit tergolong dalam kelompok halia dengan warna yang khas iaitu kuning. Rasanya agak pahit, sedikit pedas serta mempunyai aroma khas dan rimpang berwarna kuning kejingga-jinggaan. Batangnya berwarna hijau atau agak keunguan, berdaun 4 hingga 8 helai dan berbunga coklat serta berwarna kemerah-merahan dan kuning di tengahnya.
Ubi / Isi kunyit
Ehsan : Google (Wikipedia)
Menurut sebuah kajian dalam Neurobiology of Aging, curcumin iaitu suatu sebatian yang terdapat dalam kunyit yang sering digunakan sebagai bahan masakan, antara lain ialah kari, dapat mengurangkan inflamasi dan pengoksidaan yang merosakkan sel-sel otak yang mempengaruhi ingatan. Kajian pada sebatian anti-inflammatory lain juga menunjukkan, semakin awal mengamalkan sebatian ini, semakin kecil kemungkinan untuk mendapat penyakit alzheimer.
Para penyelidik menganjurkan untuk memakan masakan yang mengandungi kunyit 3 kali seminggu. Kita beruntung kerana selain kari, kita masih mempunyai banyak masakan lain yang menggunakan rempah kunyit. Yang paling mudah ialah minum kunyit asam yang sudah terkenal khasiatnya.
Kari membunuh sel-sel kanser, jadi ia baik untuk membantu mencegah kanser kolon. Kajian laboratorium di Louisiana State University menemui, curcumin, pigmen kuning di dalam kunyit, menghancurkan 25% sel-sel kanser kolon dalam 24 jam. Dapatkan 1/2 sudu teh kunyit setiap hari dan tambahkan pada sup, nasi atau salad. Kunyit dalam masakan kari dikatan membantu mengurangkan sakit sendi dan meningkatkan sistem imun, selain dapat mencegah alzheimer dan penuaan.
Rata-rata daripada kita menggemari masakan kari. Kari berasal dari bahasa 'Tamil' yang bererti sos atau pelbagai jenis masakan sayur-sayuran dan daging dari India Selatan yang dimakan bersama nasi putih. Kari juga dikatakan sebagai nama untuk berjenis-jenis makanan yang menggunakan campuran bahan dan rempah ratus sehingga mempunyai rasa berempah yang pedas. Antara bahan yang digunakan untuk membuat kari termasuklah ketumbar, lada, cili, serbuk lada benggala, jintan putih, jintan manis, kunyit, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, daun kari dan cengkih. Manakala serbuk kari (curry powder) merupakan campuran dari pelbagai jenis bahan dan rempah yang pertama kali dibuat oleh orang Inggeris yang rindu pada masakan kari India.
Jika anda bukan penggemar kari, anda boleh mencuba pais, gulai kuning atau masakan-masakan yang menggunakan bahan kunyit. Selain itu serbuk kunyit juga boleh ditabur pada makanan seperti telur, ikan, ayam, daging, nasi, mi dan sayuran, sos stik dan barbeku. Kunyit juga boleh digunakan sebagai pengganti halia pada masakan Asia atau India.
Ramuan kunyit banyak khasiatnya dalam mencegah penyakit termasuk diabetes melitus, tifus, usus buntu, disentri, keputihan, haid tidak lancar, sakit perut ketika haid, melancarkan susu ibu dan sebagainya. Kajian di Amerika pula menunjukkan kunyit dapat mengatasi masalah hati berlemak yang dihidapi oleh sebahagian besar wanita Amerika. Ini diakui oleh Ann Louis Gittleman, Ph.D., dalam bukunya The Fat Flush Plan.
Kita beruntung kerana kaya dengan masakan tradidional dengan rempah segar termasuk kunyit. Sama ada kita mahu atau tidak untuk meneruskan rutin nenek moyang yang rajin makan makanan berempah agar tubuh kekal sihat. Ia merupakan sebuah rawatan kesihatan yang murah dan mudah yang perlu terus kita kekalkan.
Untuk info yang lebih lengkap dan menyeluruh tentang khasiat dan keajaiban herba kunyit ini, eloklah anda dapatkan dan baca sendiri buku ini.
Sumber : Health Secret : Rahsia Kesihatan Dari Kunyit (Synergy Media)
5 comments
slm syg kak Amie...
BalasPadamrajinnn..terima kasih dgn info tsebut
terima kasih ifo ni ya amie
BalasPadamSelamat malam kak amie, wah info yang berguna....kalau org tengah berpantang bersalin banyak manafaatnya ni, boleh buat kulit jadi montok gituu : )
BalasPadamTerima kasih berkongsi info ni Amie
BalasPadamMasa dlm pantang mmg selalu amalkan minum jus kunyit tetapi tk diteruskan agar jd kebiasaan....
Salam Amie,
BalasPadamTulah sebabnya dalam ubat2 melayu seperti makjun dan jamu kunyit banyak digunakan.
Beruntung kita kerana masakan kita banyak menggunakan kunyit sebagai bahan masakan.