Udang Galah Masak Rendang Hijau
12:22 PTG
Assalamualaikum.
Semoga sepanjang hari ini kita dapat manfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai perkara yang berfaedah. Jumaat.... dari pagi hingga tengahari, cuaca dingin, sebentar hujan gerimis, dan sekarang langit masih mendung, redup dan suasana sekitar agak gelap sedikit. Awal pagi tadi Amie ke hospital untuk memenuhi temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan, dan Alhamdulillah Amie orang pertama yang mendapat pemeriksaan. Tepat pukul 9.25 pagi Amie sudah selesai berurusan di hospital. Sebaik sahaja sampai di rumah, segala pakaian siap tersidai di atas jemuran tetapi kerana hari hujan, pakaian disidai di ruang letak kereta. Itulah... hasil kerjasama bujang-bujang kami. Terima kasih anak-anak bujangku.... walaupun semuanya lelaki, tetapi sedikit-sebanyak dapat membantu mengurangkan beban tugas rumah tangga.
Untuk hidangan tengahari, Amie sediakan Udang Galah Masak Rendang Hijau. Untuk mengekalkan sekurang-kurangnya ada warna hijau pada kuah rendang, Amie gunakan cili hijau serta cili padi warna hijau, hanya sedikit kunyit dan 2 sudu kerisik. Kita lihat resepinya di bawah ini.
Resepi : Udang Galah Masak Rendang Hijau
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
10 ekor udang galah saiz sederhana besar - bersihkan dan gunting kulit kepalanya untuk mengeluarkan tahi udang (tarik kantung yang berwarna hitam)
2 cawan santan pekat
2 sudu kerisik
2 keping asam gelugur
5 helai daun limau purut
garam / gula / perasa pilihan
minyak
Bahan kisar:
10 biji cili hijau
10 biji cili padi warna hijau
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
5 batang serai - mayang kasar
2cm halia
1.5cm kunyit hidup
sedikit belacan
Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan asam keping. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan udang galah dan biarkan sehingga kulit udang bertukar warna. Setelah itu perlahankan api supaya udang galah masak sepenuhnya kuah mulai pekat.
5. Masukkan kerisik dan gaul sebati sehingga kuah menjadi pekat.
6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan dan tambahkan daun limau purut. Gaul rata.
7. Apabila daun limau purut berubah warna, tutup api dapur.
8. Udang Galah Masak Rendang Hijau sedia untuk dihidangkan.
Walaupun namanya rendang tetapi kita tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakannya kerana udang cepat masak. Dan pastikan tidak terlalu banyak bubuh santan sebab kuah akan jadi lambat untuk memekat.
Jemput makan tengahari....
15 comments
Sedapnya udang galah..Terliur....
BalasPadamSedapnya tgk rendang udang galah..tergolek , besarnya tu. Kat sabah berapa sekilo amie. Minggu lepas kat pasar selayang rm25.00 sekilo,
BalasPadamTerliur tgk
Mel,
BalasPadamjemput makan Mel.
Rosa,
samalah harganya Rosa... kami beli di Tawau, RM25 sekilogram.
masak hijau? pedas ek
BalasPadamHnahdy,
BalasPadamtak pedas... sebab bila cili padi berjumpa santan, timbul rasa manis di situ.
Saya suka udang, tapi MyToklaki kurang udang jadi jarang saya beli udang. Tengok udang galah ni, oh teruja sungguh!
BalasPadamamie... tak kisah anak dara ke bujang ke.. kena dengan didikan.. semua boleh punya.. :) seronokkan.. :)
BalasPadambesar sungguh udang tu.. nani sejak ngandong ni.. tak suka plak makan udang.. nape ek? padahal nani hantu udang galah tau sblm ni.. tapi tak per.. pembawakan budak kan macam2...
terima kasih mendoakan nani.. aminnnnn
salam kak amie..
BalasPadamsedapnye lah tgk udang galah tue baring2...nyummmy sgt2..:)
Subhanallah...rasa nk terkam jer udang galah tu.... fengsan!!
BalasPadamaduh! tak tahan tgk udang yg berlapis2 tu... gemok2.. hehehe.. madihaa berpeluang mkn udang galah bila ke rompin pahang aje.. kat sana byk udang galah dijual yg siap dimsk atau yg fresh.. kat sini jarang2 berjumpa dgn udang galah segar.. mentelah madihaa bukan jenis yg kerap ke pasar maupun pasar tani... beli lauk di kedai runcit jer.. hehe..
BalasPadambesarnya udang, nampak sedap sekali!
BalasPadambelingkar udang galah amie....terliur akak tgk.
BalasPadamAmie...sedap...
BalasPadamAlahaiiiii wat terliur je tngk udang galah yg berdiri megah ni...udang masak apa2 pun sedap...tapi yg ni special sangat...kan....rajin anak2 bujang Amie...sejuk hati ibunya...alhamdulillah...
BalasPadamterliur,,, untung tpt anda murah, tpt saya rm40 sekilo sekarang, nak makan beli aje.
BalasPadam