Ikan Tongkol Masak Kari

8:29 PTG

Assalamualaikum.
Sebelum terlupa, Amie paparkan menu Ikan Tongkol Masak Kari hidangan keluarga pada hari ini. Amie jarang simpan menu dalam folder sebab takut terlupa apa cerita tentang resepi yang dihasilkan pada masa itu.  Menu Ikan Tongkol Masak Kari merupakan menu permintaan anak-anak. Memang mudahlah kerja Amie di dapur sebab sudah tahu apa yang hendak dimasak. Ikan Tongkol Masak Kari ini sangat mudah cara penyediaannya kerana Amie tidak menggunakan pelbagai bahan di dalamnya. Cuma, mungkin sedikit berbeza caranya sebab Amie ikut cara bonda. Biasanya Bonda akan goreng terlebih dahulu  samada ikan atau daging ayam separuh masak sekiranya Bonda ingin masak kari. Kadang-kadang kalau masak di kampung, Amie atau pun adik-adik Amie terlajak masak kari tanpa menggorengnya terlebih dahulu, dan bonda pasti akan menegur! Minta maaf ya Bondaku sayang!


Resepi : Ikan Tongkol Masak Kari
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
8 kepingan ikan tongkol yang telah dibersihkan - gaul dengan sedikit garam dan kunyit - ketepikan
6 sudu makan serbuk kari ikan
4 sudu makan cili kisar
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
15 biji kacang bendi - kerat batang dan ekor
2 biji cili merah - belah 2
2 pelepah daun kari - lurutkan daunnya dari tangkai
1 sudu teh pati asam jawa
garam / gula / peras pilihan secukupnya
minyak

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2cm halia

Cara:
1. Goreng separuh masak ikan tongkol dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis semua bahan tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan gaul rata. Gunakan api sederhana panas dan biarkan sehingga bahan tumisan pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari ikan - jika suka boleh bancuh dengan sedikit air terlebih dahulu, tetapi Amie biasanya masukkan terus serbuk kari ke dalam kuali (gunakan api perlahan), dan bila naik baunya, tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
5. Masukkan daun kari dan biarkan layu kemudian tambah santan cair.
6. Setelah santan cair mendidih, masukkan ikan tongkol.
7. Apabila kuah mula pekat, tambahkan santan pekat dan biarkan mendidih sekali lagi.
8. Masukkan kacang bendi dan cili merah, garam / gula / peras pilihan secukupnya.
9. Tutup api dapur apabila kacang bendi telah berubah warna.



Beginilah rupa masakan kari yang Bonda kami selalu buat! Tapi, sebenarnya.... Bonda suka buat rempah kari sendiri dan warna serta rasanya sudah tentu berbeza dengan hasil masakan kami.

15 comments

  1. sedapnya kalo mkn ngan nasi dagang.... :)

    BalasPadam
  2. samalah..mas pun grg ikn dulu baru masak dgn kari.. sedapnya kak...

    BalasPadam
  3. ooo baru tahu kena goreng separuh masak dulu...ok nak cube lepas ni kalau buat kari :)

    BalasPadam
  4. Amie...sedap ni kalau makan dgn nasi dagang.

    BalasPadam
  5. goreng dulu ya kak amie, nanti nak cuba buat cara kak amie...tengok pun dah terliur...

    BalasPadam
  6. ikan tongkol ni memang feberet MaDiHaA... tp hanya tongkol hitam yg paling suka sebab isinya lembut.. kalau tongkol putih/aye kurik kata org t'ganu.. isinya keras sikit... kurang sedap.. tp kalau nak masak gulai byk2 utk kenduri misalnya sesuai guna aye kurik sbb isinya tak mudah relai dlm kuah...

    BalasPadam
  7. Salam Kak Amie..ini antara ikan kegemaran ni....Tapi belum pernah cuba masak kari...sedappppnya..harus cuba juga bila ada masa nanti...

    BalasPadam
  8. salam kak amie, tun xpenah pulak guna ikan tongkol wat masak kari.. biasa beli ikan tongkol bila nk masak nasi dagang je.

    BalasPadam
  9. assalam kak amie...nani tak pernah goreng dulu. tapi mak kami pulak ajar suruh rebus dulu ikan sehari sebelum nak masak. letak asam keping, lengkuas, garam & gula. dah rebus awal2 ni nanti segala asam garam tu meresap masuk ke dalam isi. baru sedap nak makan. pasni boleh try goreng dulu la.

    BalasPadam
  10. Faa,
    lama tak buat nasi dagang.

    Mas,
    setengah2 orang tak goreng dulu ye Mas...selalu Kak Amie memang tak goreng.

    Amy,
    ini cara bonda kita Amy, sebab bonda nak matikan bau hamis ikan, tu sebab dia goreng setengah masak dulu.

    BalasPadam
  11. Norzie,
    belum cuba lagi makan kari ikan tongkol dengan nasi dagang Norzie...

    MP,
    Bonda kami & orang kampung kami selalunya suka goreng setengah masak dulu baru MP... tapi lain daerah lain caranya ye...

    Madiha,
    betul tu Madiha, kalau yang keras tu betul2 macam kayu he he hehh lagilah kalau digoreng!

    BalasPadam
  12. Sue,
    suka2 je Sue untuk pelbagaikan resepi... lagipun kebetulan kelmarin anak-anak yang minta masak kari.

    Tun Telani,
    tak kisahkan masak apa pun ye Tun... janji sedap he he heh

    Nani,
    sebenarnya bukan terhad kepada ikan tongkol saja, kalau orang kampung kami memang selalunya akan goreng dulu ikan atau ayam sebelum dimasak gulai,sup dan masakan berkuah, tujuannya untuk mematikan atau menghilangkan bau hanyir pada ikan atau ayam tadi...

    BalasPadam
  13. bru nk mncuba masak. bahan yg ade ikan tongkol je. mmg kne la resepi kak amie ngn ikan tongkol yg ade ni. hhe

    BalasPadam
  14. Besok nak buat kari ikan tongkol ni.. kat anak2 kat taska nuna.. sebenarnya nuna x hebat sangat masak even hari2 masak.. tp search jugak kat tenet.. ohh alhamdulillah seb baik sama ngan ape yg ade lam kepala nuna untuk masak kari ikan tongkol.. sama ngan cara kak amie..hehehe... nuna pun perap dulu ikan sb nak goreng kekeke.. hope esok sedap and menjadi :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe